|
MENGUTAMAKAN pemilihan watak dalam lakonan, aktres Mimi Lana terbuka untuk bekerjasama dengan mana-mana produksi kerana percaya setiap syarikat penerbitan ada kelebihan tersendiri. Bagi Mimi atau Mimi Roziana Zainal Abidin, 30, kesungguhan pasukan produksi yang terlibat adalah penting dan disebabkan itu dia tidak hanya menerima tawaran dalam projek berskala besar. “Sebenarnya, saya rasa semua pelakon sama sahaja. Kelebihan pelakon ialah apabila mereka suka bekerja dengan orang yang mempunyai semangat dan kesungguhan dalam kerja mereka. Itu yang menjadikan sesuatu produksi lebih mudah. “Macam saya sendiri, saya suka bekerja dengan studio besar dan set yang besar. Tapi dalam masa yang sama, saya juga gemar bekerja dengan produksi bebas (independen). “Ini kerana skrip produksi bebas selalunya lebih ‘grounded’, lebih dekat dengan realiti kehidupan. Berbeza dengan produksi studio yang biasanya menumpukan kepada cerita-cerita besar, meletup, atau lebih bersifat komersial,” katanya kepada mStar.
Berkongsi lanjut, Mimi berkata setiap pengalaman bekerja dalam produksi yang berbeza membantunya untuk berkembang sebagai seorang pelakon dan memahami lebih banyak gaya pengarahan serta suasana kerja. Malah, kata Mimi, aspek bayaran bukanlah perkara utama yang menjadi pertimbangan apabila dia menerima sesuatu tawaran lakonan. “Namun, bagi saya kedua-duanya ada kelebihan masing-masing. Sama ada filem komersial atau produksi bebas, saya okay selagi berminat dengan watak yang diberikan. “Dari segi bayaran pula, ia sebenarnya bergantung pada komitmen terhadap sesuatu projek... apa yang saya perlu lakukan dalam filem itu, berapa hari saya terlibat dan sejauh mana tanggungjawab saya dalam produksi tersebut. Itu perkara biasa bagi saya,” jelasnya. Dalam perkembangan lain, Mimi bakal tampil dengan filem terbaharu berjudul Polong yang dijangka ditayangkan pada tahun depan. Filem tersebut mengisahkan tentang seorang wanita bernama Maria Hadi lakonan June Lojong, yang hidup bergelumang dengan amalan ilmu hitam dan dosa masa silam, namun cuba mencari keampunan menjelang akhir hayatnya. Filem Polong, yang menelan kos penerbitan sebanyak RM3 juta, bakal menjalani penggambaran di tiga negeri iaitu Selangor, Melaka dan Johor. Selain Mimi, filem arahan Zulkarnain Azhar itu turut dibintangi oleh Nadiya Nisaa, Nam Ron, June Lojong dan Fad Anuar. Sumber: mStar |

Perawankota replied at 5-11-2025 11:46 PM
Aku suka Mimi ni, pandai berlakon dan makin cantik. Cuma aku tak setuju bila ada netizen kata dia cl ...
dua_chzy replied at 6-11-2025 12:55 AM
Tapi betul la. Tetap sendu. Dia belum pernah jadik lead actress mana2 movie kan? Banding laki dia tu ...
sharlenetexas replied at 6-11-2025 12:31 AM
Ada nampak sikit rempit. Sikit je lah.
jambatannetizen replied at 6-11-2025 03:00 AM
Dia memang asal rempit pun.
Tapi sebab dh pandai bergaya takde nampak
ADVERTISEMENT