CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Baru sebulan kematian isteri, 'atuk' 81 tahun bersama kekasih umur 69 tahun dicekup bersekedudukan dalam rumah di Alor Gajah

5-11-2025 09:37 AM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 1845| Komen: 24

 


SEORANG lelaki warga emas berusia 81 tahun ditahan selepas disyaki bersekedudukan dengan seorang wanita berusia 69 tahun di sebuah rumah di Lubok China, Alor Gajah di Melaka pada Isnin malam.

Serbuan yang dijalankan sekitar pukul 10 malam itu melibatkan imam, ketua kampung, anggota polis serta beberapa penduduk sebelum perkara tersebut dimaklumkan kepada Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM).

Difahamkan, pasangan berkenaan gagal mengemukakan dokumen sah pernikahan dan kemudiannya dibawa ke pejabat agama untuk siasatan lanjut.

Beberapa gambar serbuan turut tular di media sosial dan menimbulkan pelbagai reaksi dalam kalangan netizen, kerana kes melibatkan pasangan warga emas.

Menurut sumber kariah masjid, lelaki berkenaan yang baru kehilangan isteri sebulan lalu merupakan seorang peniaga dan sering dilihat keluar bersama wanita terbabit.

"Penduduk sebelum ini sudah menegur tindakan pasangan warga emas itu yang kerap dilihat keluar berdua.

"Tetapi mereka bukanlah tinggal bersama di rumah itu, cuma ketika serbuan dibuat, hanya mereka berdua yang berada di dalam rumah," katanya, memetik laporan Sinar Harian.

Pasangan berkenaan kini disiasat di bawah Seksyen 53 Enakmen Kesalahan Syariah Negeri Melaka 1991 kerana bersekedudukan tanpa nikah.

Sumber: mStar

 

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote BoongaKertas 5-11-2025 09:38 AM
atok and nenek ni kenapa? kot ye pun nak teman berborak, borak lah kat cafe ke, kedai paktam ke...takyahlah sampai masuk dlm rumah...
Quote afie_m 5-11-2025 09:41 AM
kalau dah kenan, napa tak kawin tok, boleh buat teman bersembang..
Quote BoongaKertas 5-11-2025 09:47 AM
Edited by BoongaKertas at 5-11-2025 04:06 AM

tp perbuatan atok ni hina betul eh? baru sebulan arwah isteri pergi, dah kemain x nyabor cari pengganti. tu kalau dpt cari pengganti, kalau buatnya mati sampai dulu, tak ke naya?
Quote Kitty_catz 5-11-2025 11:04 AM
amazing nonek atuk naik lagi and atuk boleh perform lagi yerr

apakah rahsia nyeeeer ?
Quote chandrahusin 5-11-2025 11:25 AM
81 & 69
sudah ditegur tp tak mendengar
teringat kwn aku cerita
ada atok dgn nenek kat tempat dia
kena fitnah smpai kena tangkap khalwat mcm ni
tp ye lah klu dh berdua2an kan
Quote prettyuglybabe 5-11-2025 11:29 AM
BoongaKertas replied at 5-11-2025 09:47 AM
tp atok ni hina betul eh? baru sebulan arwah isteri pergi, dah kemain x nyabor cari pengganti. tu ka ...

hina kenapa? dia bukan ada iddah pun nak kena tunggu 3 4 bulan baru boleh cari pengganti..



Quote midori888 5-11-2025 11:37 AM
atuk nenek sapa lah nie....
Quote Ai_kiu 5-11-2025 11:44 AM
Ai lupa aritu ada org share kat mana ntah lebih kurang kes gini lah.
Anak2 dah nasihat kat ayah yg umur dah senjakala toksah lah menikah lagi tp ayah diorang still nk menikah jugak lepas bininya meninggal.
Mmg ada sorang makcik tu suka dtg umah ayah diorang sembang2 segala sampai mlm pun dtg jugak. Anak2 xduduk sekali dgn ayah diorang.
Kot la ntah2 kes ni anak2 lelaki tu yg report soh org surau dtg serbu di mlm kejadian senang suruh nikah ekspress je
Speku jahhhhh
Quote BoongaKertas 5-11-2025 12:05 PM
prettyuglybabe replied at 5-11-2025 03:29 AM
hina kenapa? dia bukan ada iddah pun nak kena tunggu 3 4 bulan baru boleh cari pengganti..

mmglah takde iddah tp perbuatan tu mcm hina lah sbb org kg dah tegur dia before tu. pastu kenapa tak masuk meminang nenek tu properly. make it legal lah atok tu pun...
Quote prettyuglybabe 5-11-2025 12:56 PM
BoongaKertas replied at 5-11-2025 12:05 PM
mmglah takde iddah tp perbuatan tu mcm hina lah sbb org kg dah tegur dia before tu. pastu kenapa t ...

ooo.. u maksudkan perbuatan dia la ye..
bukan hina sebab terus cari pengganti lepas bini mati
Quote goldden 5-11-2025 01:15 PM
iskh iskh iskh
Quote Minami2013 5-11-2025 01:31 PM
Dah 80s pun masih kuat utk bermaksiat..
Quote BungaKencana 5-11-2025 01:33 PM
ada pakcik tu ckp "aku da hidup lbh kurang 50thn dgn bini aku tibe2 dia meninggal, aku rs sunyi sbb tu aku nk kawen, aku nk kwn teman borak je bukan nk benda tu.." ank2 pakcik pulak jenis lps mak da takde, masing2 bawa haluan takde nk jenguk ayah tu..

aku takde nk tuduh atok ni gatal tp aku rs dia lbh nk teman borak2, pd umur2 gini segalanye da kurang baik pendengaran baik mata baik kekuatan fizikal & mental, entah2 da kejap2 lupa..tp kalu anu dia naik lg aku tak tahu la kate ape
(kalau Tun M tu kau jgn leee compare hawauuu )


Tapi dari side pakcik aku pulak, wlpn jari kaki da byk hlg tetap laaa nk kawen lg yeeee.. ank2 da nasihat pun tak jalan juga tp lps dia ceraikan bini nombor 3, dah takde pmpuan lagi nk dkt dia wlpn harta berjuta2 lemon..
Quote awanysss 5-11-2025 01:50 PM
aku mcm kesian pulak dah tua2 kena tangkap camni..
tp aku husnuzon kena tangkap sbb khalwat, bukan sbb maksiat..
dah tua2 ni nak teman borak je..

what if kan, sebenarnya atok/nenek report diri sendiri sbb anak2 tak restu hihi..
Quote renko 5-11-2025 03:33 PM
Kitty_catz replied at 5-11-2025 11:04 AM
amazing nonek atuk naik lagi and atuk boleh perform lagi yerr

apakah rahsia nyeeeer ?

pas bancuh kopi songkok
konek keras la
terus g umah makwe

Quote Decaffeinated 5-11-2025 04:46 PM
Nak kata orang jantan ja berhajat sehingga ke hujung usia tengok nenek tu pun tak juga muda. Dua insan istimewa.
Quote azimodin 5-11-2025 05:30 PM
Nak berborak, pergi la berborak dekat kedai kopi ke.. geng2 pencen mesti ramai. Mentua aku sejak pencen busy mengalahkan orang kerja. Pagi kelas usrah, habis usrah pergi ngeteh.. petang berkebun / kayuh basikal dengan member. Malam lepas habis solat isyak mengeteh depan surau pulak. Hujung minggu ada kelas & rombongan. Kadang2 saja nak buat suprise datang rumah parents bawak ole2 tapi dorang xde.. kena set appointment bila nak melawat.
Quote sharlenetexas 5-11-2025 07:42 PM
Larat ke onyang?


Quote jejai 6-11-2025 07:53 AM
dia berborak kot..mustahil umur dekat 70 masih bernafsu tinggi...biasa perempuan kalau dah monopos tak bernafsu sangat dah kan,..soalan serius ni. yg laki tak hairan sampai tua pun steady

Lihat semua komen(24)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

13-11-2025 10:27 PM GMT+8 , Processed in 0.062119 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top