CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Lelaki bujang hanya berseluar dalam ketika dicekup tidur berpelukan dengan isteri orang

5-11-2025 09:19 AM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 1427| Komen: 18

 


SEORANG lelaki bujang ditangkap bersama seorang wanita berstatus isteri orang selepas penguat kuasa Jabatan Agama Islam Negeri Johor (JAINJ) menyerbu sebuah rumah teres dua tingkat di Segamat, Johor, awal pagi Selasa.

Serbuan dilakukan sekitar pukul 12.30 tengah malam selepas pihak JAINJ menerima aduan awam mengenai kegiatan mencurigakan di rumah berkenaan.

Menurut JAINJ, sebaik tiba di lokasi, pintu pagar didapati terbuka manakala pintu rumah pula tidak berkunci. 

Anggota penguat kuasa yang masuk ke dalam rumah mendapati suasana gelap sebelum menghidupkan lampu dan menemui pasangan berusia 20-an berkenaan sedang tidur di ruang tamu.

“Lelaki itu hanya berseluar dalam, manakala wanita terbabit berpakaian t-shirt dan skirt labuh.

"Mereka didapati tidur berpelukan di atas tilam nipis di ruang tamu bersama dua kanak-kanak lelaki berusia dua dan empat tahun yang merupakan anak wanita tersebut,” menurut perkongsian JAINJ di Facebook.


Hasil pemeriksaan lanjut mendapati rumah itu adalah milik lelaki berkenaan yang tinggal bersama ibu serta adik-beradiknya.

"Wanita tersebut difahamkan sedang dalam proses perceraian dengan suaminya dan sering dibantu oleh lelaki berkenaan.

“Bagaimanapun, bantuan itu melampaui batas apabila mereka didapati tidur bersama di rumah itu,” katanya.

Pasangan tersebut kemudian dibawa ke pejabat JAINJ untuk siasatan lanjut di bawah Seksyen 27 Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah Johor 1997 kerana disyaki berkhalwat.

Anggota keluarga lain di rumah itu turut diminta hadir ke pejabat penguat kuasa bagi membantu siasatan.


Sumber: mStar

 

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Decaffeinated 5-11-2025 05:14 PM
Gila open punya family. Semua open termasuk pintu dan pagar.
Quote sharlenetexas 5-11-2025 07:43 PM
Decaffeinated replied at 5-11-2025 05:14 PM
Gila open punya family. Semua open termasuk pintu dan pagar.

Seluar dalam je tak open.


Quote L.U.S.M 5-11-2025 10:03 PM
Baru 12.30 tgh mlm ....mmg la xopen lg..tunggu 2.30 pagi.hehehe
Quote kemaruk 6-11-2025 06:59 AM
Mana satu dalam gambar
Quote supernaturalee 6-11-2025 01:41 PM
"Wanita tersebut difahamkan sedang dalam proses perceraian dengan suaminya dan sering dibantu oleh lelaki berkenaan.

“Bagaimanapun, bantuan itu melampaui batas apabila mereka didapati tidur bersama di rumah itu,” katanya.



jainj nye ayat...shady yach

i like
Quote Decaffeinated 6-11-2025 01:43 PM



tapi kalau yg macam ni ada tingkap dan tak berkunci

Quote gigahertz 7-11-2025 02:52 AM
supernaturalee replied at 6-11-2025 05:41 AM
jainj nye ayat...shady yach

i like

i suruh AI ( bukan anwar ibrahim ) unlock gambar diorang

Quote hart_attack 7-11-2025 07:15 AM
Edited by hart_attack at 7-11-2025 07:18 AM

"Mereka didapati tidur berpelukan di atas tilam nipis di ruang tamu bersama dua kanak-kanak lelaki berusia dua dan empat tahun yang merupakan anak wanita tersebut,” menurut perkongsian JAINJ di Facebook.

Anak pun ada sama,malu la sikit dkt anak tu.
Satu rumah bersubahat atau waktu tu dorg semua dh masuk bilik tido,then laki tu dtg senyap² masuk ke ruang tamu
Quote hart_attack 7-11-2025 07:18 AM
gigahertz replied at 7-11-2025 02:52 AM
i suruh AI ( bukan anwar ibrahim ) unlock gambar diorang

Erk,itu polis ke atau yg kena tangkap. Ada mcm lanyard tp tutup pulak.
Quote redz85 7-11-2025 08:37 AM
gigahertz replied at 7-11-2025 02:52 AM
i suruh AI ( bukan anwar ibrahim ) unlock gambar diorang

takde rupa 20an
Quote farlis 7-11-2025 09:11 AM
buat keje pun x brp cerdik..awat la pintu umah pun x kunci...
Quote cikdot 7-11-2025 09:42 AM
habis semua bukak..memang nak suh kantoi agaknya. que sera, sera gituh
Quote bluebutter 7-11-2025 10:31 AM
Bagaimanapun, bantuan itu melampaui batas apabila mereka didapati tidur bersama di rumah itu,” katanya.


Reporter pommmm, ayat cam ayat Gersang dalam novel picisan Alaf 21 hehe.
Quote kerunai 7-11-2025 11:39 AM
Lelaki bujang hanya berseluar dalam ketika dicekup tidur berpelukan dengan isteri orang di JOHOR
Quote tompie 7-11-2025 12:17 PM
Tapi JAINJ tu ada hak ke nak ceroboh rumah orang macam tu?
walaupun tak berkunci, diorang pun takde adab, main terjah aje...ada warrant ke? i doubt it
Kalau aku jadik tuan rumah, aku dakwa balik, trespassing private property..
Quote binisupir 7-11-2025 07:30 PM
western sangat ni
Quote hmmlantakko 10-11-2025 12:17 AM
tk hot sgt sbb tak jadi di Kel
Quote clueless_gamer 13-11-2025 11:27 AM
tompie: Tapi JAINJ tu ada hak ke nak ceroboh rumah orang macam tu? walaupun tak berkunci, diorang pun takde adab, main terjah aje...ada warrant ke? i doubt it ...
probable cause ?

Probable cause is the legal standard that law enforcement must meet to conduct a search or make an arrest, requiring a reasonable belief that a crime has been committed or that evidence of a crime will be found in a specific location. It is more than a mere hunch but less than proof beyond a reasonable doubt. Probable cause can be established through officer observations, witness statements, or other reliable information gathered during an investigation.


Lihat semua komen(18)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

13-11-2025 11:24 PM GMT+8 , Processed in 0.045312 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top