CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Pengiktirafan halal 'Muslim Choice' dipertikai... Jakim, Matrade beri penjelasan

5-11-2025 09:01 AM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 552| Komen: 2

 


SEORANG pengguna media sosial menzahirkan rasa tidak puas hati terhadap label pengiktirafan halal oleh Muslim Choice, yang didakwanya menggunakan nama Islam tetapi majoriti pegawai pemantau bukan beragama Islam.

Menurut lelaki tersebut, perkara berkenaan dianggap tidak wajar kerana urusan berkaitan halal dan Muslim-friendly seharusnya dikendalikan oleh mereka yang beragama Islam.

“Nama Muslim Choice tapi kenapa monitoring officer majoriti bukan Islam? Ini sudah melampau. Halal ni berkaitan agama Islam urusan Islam biarlah orang Islam yang urus.

"Agama kau, agama kau. Agama aku, agama aku," luahnya menerusi hantaran di Threads pada Isnin.

Dia turut menyifatkan tindakan tersebut sebagai satu bentuk 'tunggang agama' kerana menggunakan nama Islam bagi tujuan komersial, sekali gus berpotensi mengelirukan pengguna Muslim.

Tambahnya, Malaysia sudah pun mempunyai pihak berkuasa rasmi, iaitu Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), yang diiktiraf sebagai satu-satunya badan sah untuk mengeluarkan pensijilan halal.


“Label Muslim Choice ini boleh menyebabkan kekeliruan. Orang Islam mungkin menyangka ia setaraf dengan sijil halal Jakim, sedangkan bukan,” katanya.

Posting tersebut dibuat selepas Jakim, pada Ahad menegaskan penggunaan istilah Muslim Choice atau seumpamanya yang diperkenalkan mana-mana pihak, bukan perakuan atau penandaan halal yang diiktiraf pihak berkuasa.

Ketua Pengarahnya, Datuk Dr Sirajuddin Suhaimee berkata, istilah diperkenalkan Pasukan Pemantau Mesra Muslim (MFW) itu antara lain boleh menimbulkan kekeliruan dalam kalangan masyarakat berhubung status halal sesuatu produk atau premis.

Selain itu, Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (Matrade) turut menafikan sebarang pembabitan dalam inisiatif MFW, susulan dakwaan yang tular di media sosial berhubung kerjasama antara kedua-dua pihak.

Dalam kenyataannya, Matrade menjelaskan bahawa pihaknya tidak terlibat dalam sebarang bentuk kerjasama, program promosi, atau aktiviti berkaitan MFW.

Sumber: mStar

 

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote bulalof 5-11-2025 09:08 AM
sebab JAKIM terlalu lemah sampai ada pula badan mana entah yg tiba2 boleh nak ambik alih syorkan makanan yg 'halal' untuk Muslim.
Quote Isninselasarabu 5-11-2025 10:45 PM
Diorang ni malas apply halal sebab dah tahu takkan dapat punye. Mknn diorang jual pun ade unsur syubhah.. no lard no pork.. alcohol tetap letak...  Serupe syaitan perangai

Lihat semua komen(2)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

13-11-2025 11:07 PM GMT+8 , Processed in 0.136471 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top