CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Menginap di hotel 4 bintang, suami isteri trauma lelaki separuh bogel muncul dekat katil

5-11-2025 08:51 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 1889| Komen: 26

 


SEPASANG suami isteri berdepan detik cemas ketika menginap di sebuah hotel bertaraf empat bintang apabila seorang lelaki separuh bogel berdiri berhampiran katil mereka pada tengah malam.

Menurut laporan, suami yang dikenali sebagai Sun, terjaga selepas isterinya memaklumkan bahawa terdapat seorang lelaki tidak dikenali di dalam bilik mereka dan dia hanya memakai seluar pendek hitam.

Sun yang terkejut segera menghubungi pihak hotel dan polis, dalam kejadian pada 28 Oktober lalu di China. 

Lelaki misteri tersebut hanya berdiri dalam keadaan terpinga-pinga dan tidak menjawab sebarang soalan daripada Sun.

Sun akhirnya memutuskan untuk membiarkan lelaki itu pergi kerana menyangka dia mungkin tersilap masuk bilik.

Sun mengakui bahawa dia juga berasa takut dan bimbang akan kemungkinan niat jahat lelaki itu, namun dia cuba menenangkan isterinya.


Pihak hotel kemudian memaklumkan bahawa pintu bilik pasangan itu rosak, menyebabkan lelaki berkenaan yang sebenarnya tetamu dari bilik sebelah tersalah masuk.

Bagaimanapun, laporan polis mendapati pihak hotel telah tersilap mengeluarkan kad kunci bilik, menyebabkan lelaki itu dapat membuka pintu bilik pasangan berkenaan tanpa disedari.

Pihak pengurusan hotel kemudiannya menawarkan pasangan tersebut untuk berpindah ke bilik lain pada malam sama.

Sun berkata, selepas kejadian itu, isterinya berasa trauma dan sentiasa memastikan pintu dikunci sebelum tidur di bilik baharu mereka.

“Setiap kali sebelum tidur, isteri saya akan bertanya berulang kali sama ada pintu sudah dikunci,” katanya kepada media China.-Agensi

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote afie_m 5-11-2025 08:59 AM
siapa pun mesti trauma kalau ko celik mata malam2 ada org lain dalam bilik
Quote BoongaKertas 5-11-2025 09:26 AM
dgn baju xde, seluar katok mcm tu. uish, giler ke apa.
Quote edayildiz 5-11-2025 09:29 AM
sherammm....nsb bkn malaysia
ni yg takut ni..xkn nk tumpang bilik sblh time outstation
Quote Purestteam1 5-11-2025 10:02 AM
orang minyak versi PRC
Quote kemaruk 5-11-2025 10:08 AM
Edited by kemaruk at 5-11-2025 10:11 AM

Pernah terjadi kat bangkem

Tapi terbalik

Bangkem check in sebuah hotel bertaraf 5 bintang di ibunegara

Dah dapat  access card maka bangkem pon pergi la kat bilik tu

Bukak bilik, eh nape ada beg atas katil.. oh maybe guest sebelum ni tertinggal kot takpon housekeeping yang tertinggal beg

Pastu bangkem dengar bunyi flush jamban dan shower dibukak shrrrrrrr..

Bangkem pon terua keluar cepat2..

Pergi balik kat kaunter rupanya receptionist silap bagi bilik

KimK

Itu lah kali terakhir bangkem check in hotel 5 bintang. sejak dari tu bangkem  check in hotel bajet je
Quote girlfridayz 5-11-2025 02:12 PM
fuh cerita ni mengingatkan iols zaman moda-moda dulu masa dok otel area bukit bintang kalau tak salah.. tengah syok tido tetibe pintu kena gegar gila2 iols ingat ni mesti orang nak tangkap khalwat ni ketuk... iols nak gi bukak pintu pun takut tau dak dia gegar mcm nak runtuh pintu!! dengan mamainya lagi. lassst sekali bukak jugak, tengok2 sorang laki glabah nak masuk dalam...

dia tanya iols cemana boleh duduk bilik hotel tak bayar?? dia ckp dia yg jaga kaunter bawah. ai ckp ehhhh mestilah bayar, ai bayar kat bawah tu la kalau tak cemana dapat kunci? ai bayo kat sorg pempuan kat bawah... pastu dia macam baru dpt tangkap, macam akak kat kaunter tu selalu wat duit tepi rasanya.. ingat ai jenis selambe nak masuk hotel org tido gitu keeeeeee? gila betul.
Quote dua_chzy 5-11-2025 02:51 PM
girlfridayz replied at 5-11-2025 06:12 AM
fuh cerita ni mengingatkan iols zaman moda-moda dulu masa dok otel area bukit bintang kalau tak sala ...

Gila.

Baru bulan lepas meols nginap hotel budget kat Kota Warisan, Sepang. Hotel 1 Orange. Sebab nak transit je so tido situ. Meols sampai lambat, pukul 4 pagi. Masa meols tengah ready2 nak tido around pukul 5.00 pagi, eh tiber meols dengar bunyi pintu dibukak dan dikatup. Kot ye pun receptionist/housekeeping nak cek, perlu ke bukak2 pintu? Hish...Meols tak pi komplen ke apa la since meols husnuzon. Tapi lepas tu tokleh tido sebab terganggu emosi dengan kejadian tiber tu.
Quote girlfridayz 5-11-2025 03:46 PM
dua_chzy replied at 5-11-2025 02:51 PM
Gila.

Baru bulan lepas meols nginap hotel budget kat Kota Warisan, Sepang. Hotel 1 Orange. Sebab  ...

Eee mmg seram. Hotel budget bleh plak kuar masuk gitu yaaa. Bilik tu takde kunci dari dalam ke? Iols pny bilik ada kot, dah lupa, sebab tu mamat tu tak terus terjah masuk kot
Quote ulamalu 5-11-2025 03:53 PM
Maknanya access card yg hotel tu bagi utk lelaki pertama boleh masuk dua bilik ke.  Tak reliable betul.  Buat customer trauma.
Quote Skuau 5-11-2025 03:54 PM
OK...drp hotel 5 bintang ke bajet hotel...semuanya...cam 'tadaq yg benar2 selamat'....ada sesapa yg boleh berkongsi tips nk pastikan hotel yg selamat???
Quote PULANGKAN 5-11-2025 04:46 PM
Skuau replied at 5-11-2025 03:54 PM
OK...drp hotel 5 bintang ke bajet hotel...semuanya...cam 'tadaq yg benar2 selamat'....ada sesapa yg  ...

homestay?

entah la chuols

dapat duk hotel and homestay ok, berhantu pulakk
Quote Skuau 5-11-2025 06:07 PM
dua_chzy replied at 5-11-2025 02:51 PM
Gila.

Baru bulan lepas meols nginap hotel budget kat Kota Warisan, Sepang. Hotel 1 Orange. Sebab  ...

off-topic...Cikgu...tumpang  tanya..'apa ke bendenya'...1 kelas 2 guru tu???
Quote mejaputih 5-11-2025 06:31 PM
Skuau replied at 5-11-2025 03:54 PM
OK...drp hotel 5 bintang ke bajet hotel...semuanya...cam 'tadaq yg benar2 selamat'....ada sesapa yg  ...

maybe check bilik hotel tu ada safety lock tak dari dalam.
Quote ninja boy 5-11-2025 06:40 PM
Cari hotel yg record baik yg bukan tempat pelacuran, tgk pekerja tukang kemas bilik itu wargasing lelaki ka wanita ka, kena pasang extra apa itu door lock yg bersekru tu
Quote manopp 5-11-2025 09:07 PM
kemaruk replied at 5-11-2025 10:08 AM
Pernah terjadi kat bangkem

Tapi terbalik

Dia bagi BR!M sekali tak?
Kah kah kah
Quote dua_chzy 5-11-2025 10:53 PM
Skuau replied at 5-11-2025 10:07 AM
off-topic...Cikgu...tumpang  tanya..'apa ke bendenya'...1 kelas 2 guru tu???

Ow. Buat collaborative teaching tu...Tapi tak pasti camna meka pair up subjek - sama bidang or berlainan. Contohnya subjek BI collab dengan subjek Pendidikan Muzik untuk buat lesson dalam kelas. Dan rasanya mula dari prasekolah dulu.
Quote dua_chzy 5-11-2025 10:56 PM
girlfridayz replied at 5-11-2025 07:46 AM
Eee mmg seram. Hotel budget bleh plak kuar masuk gitu yaaa. Bilik tu takde kunci dari dalam ke? Io ...

Hado uolllsss. Meols pun tafaham dah la tinggal berdua ja dengan kawan pompuan. Meols tak bagitau kawan pasal ni sebab dia jenis over thinking.
Quote pisanggoreng 5-11-2025 11:17 PM
[youtube]tgW_DRgVIi0?si=P2003ywTvuLRT5bS[/youtube]
Quote Jitu 5-11-2025 11:21 PM
uish bahaya tu
bg aku biar kena kacau hantu daripada org gila

Lihat semua komen(26)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

13-11-2025 10:17 PM GMT+8 , Processed in 0.049560 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top