CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Anak dalam kandungan hidap sindrom Edwards, isteri Shah Iskandar perlu jalani prosedur gugur bayi

5-11-2025 08:50 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 2310| Komen: 50

 


PELAKON Shah Iskandar berkongsi khabar duka isterinya, Siti Sarah Mohd Noor, perlu menjalani prosedur menggugur bayi dalam kandungan. 

Menurut Shah, 43, ia dilakukan atas nasihat doktor susulan bayi tersebut mengalami sindrom Edwards. 

“Ujian besar menimpa apabila doktor mengesan bayi kami disahkan menghidap sindrom Edwards.

 

"Doktor menasihati supaya proses kelahiran diawalkan kerana jika ditunggu lebih lama, ia boleh membahayakan nyawa isteri saya,

“Dengan hati yang sangat berat dan atas nasihat pakar kandungan, saya dan Sarah akhirnya membuat keputusan untuk meneruskan pengguguran ini. Kami tak sanggup melihat anak kecil kami menanggung penderitaan dalam tempoh yang singkat itu,” katanya. 


Shah menulis perkara tersebut dalam satu hantaran di Instagram miliknya pada malam Selasa. 

Tambahnya kemungkinan bayi tersebut untuk bertahan hidup adalah tipis jika dilahirkan. 

“Kadar untuk bayi bertahan hanyalah sekitar 5 peratus dan kalau pun berlaku keajaiban, hayatnya dijangka hanya antara enam bulan hingga setahun. Ituupun bergantung kepada alat sokongan hayat bagi organ yang terjejas,” jelasnya. 

Dalam hantaran sama, Shah turut berkongsi dia telah memilih nama untuk bayi perempuan itu. 

Dia dalam masa sama memohon doa agar isterinya selamat menjalani prosedur berkenaan. 

 

“Mohon doa semua agar Sarah selamat dan proses ini dipermudahkan. Semoga anak perempuan kami , Maryam Inara, bidadari syurga kami menanti kami di syurga nanti, imsya-Allah,” luahnya.

Untuk rekod, Shah dan Sarah mendirikan rumah tangga pada pada 16 Januari 2016.

Pasangan ini dikurniakan dua orang cahaya mata iaitu Yusuf Zulkarnaen, lima tahun, dan Noah Arjuna yang kini berusia lapan bulan.

Sumber: mStar

 

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote primarikey 5-11-2025 11:48 AM
Comelnya anak lelaki dia
Quote Minami2013 5-11-2025 12:15 PM
Anak boy dia mcm muka create by AI.. nmpak perfect feature utk budak2 kategori hensem.
Quote Tinot7 5-11-2025 01:07 PM
Takziah kpd keluarga
Quote kucingitam 5-11-2025 02:10 PM
kesian dia kena kecam beramai2 kat ig pasal isu ni. siap ada yang kata mesti sebab malu sbb dpt anak cacat. jahat betul mulut drg masing2
Quote 800214 5-11-2025 02:20 PM
kucingitam replied at 5-11-2025 02:10 PM
kesian dia kena kecam beramai2 kat ig pasal isu ni. siap ada yang kata mesti sebab malu sbb dpt anak ...

I dulu buat xckp sapa2. I ngan husband n both family. Itupun mil je tahu. Adik2 ipar semua i tak ckp. I cakap heartbeat baby dh stop je.. Koser nak hadap org lain punya pandangan. Jaga mental health sendiri
Quote kucingitam 5-11-2025 02:31 PM
800214 replied at 5-11-2025 02:20 PM
I dulu buat xckp sapa2. I ngan husband n both family. Itupun mil je tahu. Adik2 ipar semua i tak c ...

salam takziah utk u. betul, jaga mental health sendiri. mulut org kan, takleh jaga punya.
Quote sue_liah 5-11-2025 03:24 PM
kecik2 lagi ya anak dia..semoga dipermudahkan urusan

Quote sudirmanistas 5-11-2025 03:57 PM
Orang yg kecam tu, mmg senang2 je menulis. Doctor ada la pertimbangan sndiri. Mcm I'olls dlu, ada jgk pengalaman bila scan anak dah nampak ada symptoms2 Edward dgn Patau ni, tpi sbb masa tu PKP tu limited movement n time kan x sempat nak buat test2 genetic ni smua, tau2 dah besar kandungan. Duk berharap jgk anak lahir sempurna, tpi bulan ke-8, baby kluar sndri n mmg x hidup lama sejam je.
Quote NuansaBiru 5-11-2025 04:24 PM
Pendapat I sajalah
Tak semua benda2 yg libatkan health issues or medical procedures ni perlu diwar2kan kepada umum, cukup lah org2 terdekat saja
Bukan menda yg libatkan kepentingan awam pun
Kalau rasa perlu juga bagitau, cakap anak meninggal saja cukuplah, kenapa nak perlu detail2 sgt, di medsos ni tahap intelek manusia bermacam2, ramainya yg jenis otak2 udang saja with zero eq.
Quote azimodin 5-11-2025 06:10 PM
kucingitam replied at 5-11-2025 02:10 PM
kesian dia kena kecam beramai2 kat ig pasal isu ni. siap ada yang kata mesti sebab malu sbb dpt anak ...

I dah pernah rasa. Siap family cakap i sengaja xnak selamatkan baby sebab xnak renyah. Doctor pon dah tulis dalam report not compatible with life. Orang dok compare dengan budak2 syndrome down tapi Syndrome macam Edward, Patau, Turner & Klinefelter tak sama macam DS. Sekarang bila ada saudara mara yg mengandung memang i galakan buat detail scan awal, jangan buat 3D & 4D.
Quote azimodin 5-11-2025 06:14 PM
sudirmanistas replied at 5-11-2025 03:57 PM
Orang yg kecam tu, mmg senang2 je menulis. Doctor ada la pertimbangan sndiri. Mcm I'olls dlu, ada jg ...

Lebih kurang kes i la.. masa mengandung dah kena fikir nak buat preparation kematian. Stress sangat. Pastu kena kecam dengan extended family sebab i bagi approval untuk DNR & lepaskan baby pergi bila dia ready nak bersama pencipta. Lama2 kena kecam sampai i rasa maybe betul la apa orang cakap, yg i "bunuh" anak sendiri. Tambah pulak tekanan masa pkp. Sampai terpaksa makan ubat depression.
Quote azimodin 5-11-2025 06:18 PM
NuansaBiru replied at 5-11-2025 04:24 PM
Pendapat I sajalah
Tak semua benda2 yg libatkan health issues or medical procedures ni perlu diwar2k ...

Mungkin bokeh jadi pengajaran kepada bakal ibu bapa kat luar sana. Kita kat malaysia ni banyak ditekankan pasal screening untuk Down Syndrome sahaja sedangkan anak2 DS ni kebanyakannya masih boleh mendapatkan hidup yg berkualiti. Macam edward ni memang most cases x boleh hidup lama.. jadi bila dapat tahu awal boleh la parents & ahli keluarga dapatkan/beri support. Cuma tu la.. masyarakat kita dah terbiasa salahkan ibu mengandung bila jadi kes macam ni
Quote pocongkiutss 5-11-2025 06:28 PM
azimodin replied at 5-11-2025 06:10 PM
I dah pernah rasa. Siap family cakap i sengaja xnak selamatkan baby sebab xnak renyah. Doctor pon  ...

Masa kes uols dulu detect masa bape bulan uols? Iols dulu masa lekat cuma mak, bapak, laki sendiri je tau..even adik beradik pun iols x bgtau..nk masuk 5 bulan br bgtau yg lain, bila dh buat segala mala test tu..boleh bygkan betapa pressurenya bila berada kt tmpt uols tu
Quote azimodin 5-11-2025 06:39 PM
pocongkiutss replied at 5-11-2025 06:28 PM
Masa kes uols dulu detect masa bape bulan uols? Iols dulu masa lekat cuma mak, bapak, laki sendiri ...

6 bulan.. dari segi fizikal nampak normal la, even lahir pon nampak macam budak biasa (tak teruk macam Patau/Edward). Sebab tu scan biasa tak nampak. Bila buat detail scan doctor macam terkedu nak bagitahu..banyak sangat internal organ yg terganggu. Kami dapatkan beberapa pendapat pakar lain, semua result yg sama.. makin bertambah abnormalities ada la. Doctor dah suruh prepare untuk premature delivery & stillbirth sebab dah hujung2 term tu heartbeat dah tak tentu arah & air ketuban berkurang.
Quote noor2 5-11-2025 07:16 PM
Laki bini ni sama cantik sama padan...anak pun hensem
Quote AWEKSAMURAI 5-11-2025 07:56 PM
Minami2013 replied at 5-11-2025 12:15 PM
Anak boy dia mcm muka create by AI.. nmpak perfect feature utk budak2 kategori hensem.

Bakalan besar esok jd rebutan .. jgn kemek satu kan dgn ank dia ara kepala besar tu sudah
Quote AWEKSAMURAI 5-11-2025 08:01 PM
azimodin replied at 5-11-2025 06:14 PM
Lebih kurang kes i la.. masa mengandung dah kena fikir nak buat preparation kematian. Stress sanga ...

Adik kak biras aku dia kwen dgn lelaki OKU ..  lama dlm 4 tahun kwen baru dpt baby... Masa preggy doctor dh ckp akan ada masalah so suggestion lebih kurang cmni lah sbb doc takut tertekan dgn hidup ..

Dia xmau lah sbb lama tggu bru dpt baby .. dia kata xpe dia tanggung nk jd apa pun jd lah tp dia nak ank dia hidup . Lahir lah ank perempuan comey sgt tp x boleh salah sikit tulang patah... Tulang senang patah .. entah apa sakit pun. .bayang kan dlm setahun hidup ank dia lg lama kt hospital dari kt rumah.. tangan kaki sume dh patah .. asyik bersimen je

Dia stress gila sbb ank asyik melalak sakit patah tulang .. ank dia bantut.. nk jalan takut nk buat apa pun takut. So kdg dgr lah ckp doctor dorang lg tau akibat penyakit ni cmne.
Quote azimodin 5-11-2025 08:05 PM
AWEKSAMURAI replied at 5-11-2025 08:01 PM
Adik kak biras aku dia kwen dgn lelaki OKU ..  lama dlm 4 tahun kwen baru dpt baby... Masa preggy  ...

Iouls x ingat apa nama penyakit ni tapi orang awam panggil penyakit ni glass bones.. macam watak samuel L jackson dalam filem unbreakable.
Quote Minami2013 5-11-2025 08:45 PM
AWEKSAMURAI replied at 5-11-2025 11:56 AM
Bakalan besar esok jd rebutan .. jgn kemek satu kan dgn ank dia ara kepala besar tu sudah

Omaigad .. jgn la terjerat dgn keluarga pilak ni. Ara nmpak mcm dah di grooming jadi mcm emak nya.

Lihat semua komen(50)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

8-11-2025 09:03 AM GMT+8 , Processed in 0.087313 second(s), 47 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top