|
SEORANG lelaki menarik perhatian ramai selepas tampil di media bagi mencari bekas kekasih lamanya untuk membayar wang yang dipinjam lebih dua dekad lalu. Lelaki berkenaan yang dikenali sebagai Li menghubungi sebuah stesen televisyen yang terkenal dengan program kerana membantu menyelesaikan masalah masyarakat biasa. Menurut Li, dia dan bekas kekasihnya yang dikenali sebagai Ma mula berkenalan pada 1991 ketika mereka bekerja di syarikat yang sama. Pada waktu itu, Li berusia 23 tahun manakala Ma berusia 25 tahun dan sudah bercerai serta mempunyai seorang anak daripada perkahwinan terdahulu. Mereka menjalinkan hubungan cinta selama lapan tahun, namun terpaksa berpisah secara baik apabila bapa Li menghidap kanser dan meminta dia pulang ke kampung untuk menjaga keluarga serta berkahwin dengan wanita pilihan keluarga. Kejadian dilapor berlaku di wilayah Anhui di timur China.
Selepas berpisah, Li meneruskan kehidupan seperti biasa sehinggalah pada 2001, dia menghadapi masalah kewangan ketika mahu menubuhkan sebuah syarikat kecil. Ketika itu, Ma membantu tanpa ragu-ragu dan meminjamkannya wang sebanyak 10,000 yuan (RM6,600), satu jumlah yang besar pada masa itu memandangkan purata pendapatan bulanan rakyat China masih rendah. “Tanpa berfikir panjang, dia terus memindahkan wang itu kepada saya. Jika bukan kerana bantuannya, saya tidak mungkin berjaya menubuhkan syarikat tersebut,” kata Li. Namun, tidak lama selepas itu, Li kehilangan telefon bimbitnya dan sejak itu dia tidak lagi dapat menghubungi wanita tersebut. “Saya menyesal selama bertahun-tahun kerana tidak sempat membayar semula wang itu. Saya cuma mahu pulangkan hutangnya,” ujar Li. Ketika pasukan media menjejaki alamat lama Ma di wilayah Henan, kawasan perumahan setinggan tempat wanita itu tinggal dahulu telah dirobohkan dan digantikan dengan pangsapuri moden. Pegawai komuniti tempatan memaklumkan bahawa mereka telah menjalankan siasatan awal, namun tidak berjaya mengesan Ma atau keluarganya, dipercayai kerana mereka telah berpindah sejak sekian lama. Li yang kini sudah berkahwin dengan wanita lain memberitahu bahawa isterinya menyokong penuh usaha mencari Ma, malah tidak cemburu dengan niat tersebut.-Agensi Sumber: mStar |
akuMNdia replied at 5-11-2025 09:46 AM
bagus la ingat nak bayar utang.
exbf aku x byr utang sampai ujung nyawa.
BoongaKertas replied at 5-11-2025 09:32 AM
isteri li tu biar betul kak? ko agree jer laki tu nak g cari balik exgf? kang depa rekindle old roma ...
pengecatbintang replied at 5-11-2025 10:24 AM
laki China x sama ngan tipikal laki Melayu
laki Melayu ni selalu baik ada makna
pengecatbintang replied at 5-11-2025 10:31 AM
ni aku dengar banyak kisah bangsa cina mEsia ya
nak pi blajar oversea
songket_merah replied at 5-11-2025 10:05 AM
banyak ke hutang exbf kau tu
pengecatbintang replied at 5-11-2025 02:24 AM
laki China x sama ngan tipikal laki Melayu
laki Melayu ni selalu baik ada makna

lana_lang replied at 5-11-2025 10:37 AM
ex bf aku xmau cr aku ka byr utg masa kapel dulu2 kala (23thn lps)
pengecatbintang replied at 5-11-2025 10:24 AM
laki China x sama ngan tipikal laki Melayu
laki Melayu ni selalu baik ada makna

BoongaKertas replied at 5-11-2025 09:32 AM
isteri li tu biar betul kak? ko agree jer laki tu nak g cari balik exgf? kang depa rekindle old roma ...

zuuu replied at 5-11-2025 04:38 AM
Wifenya husnuzon kut,lakinya cuma nk bayar hutang kat gf lama,ataupon dia x pikir jauh apa yg baka ...

pengecatbintang replied at 5-11-2025 10:31 AM
ni aku dengar banyak kisah bangsa cina mEsia ya
nak pi blajar oversea
akuMNdia: xbyk..xsampai 10k pun. masa masih bernyawa dia mampu jer nak bayar tapi aku xtau la kenapa dia xnak bayar sampai malaikat maut jemput dia.
ADVERTISEMENT