CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Siti Nurhaliza Rujuk Doktor Pakar Untuk Pulihkan Suara

5-11-2025 08:34 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 801| Komen: 5



Biduanita negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza sebelum ini berkata beliau reda seandainya Allah menarik suaranya selepas diuji masalah peti suara.

Memetik Utusan, Siti meluahkan rasa syukur kerana mampu menyanyi seperti dahulu selepas kotak suaranya pulih.

“Aset setiap penyanyi adalah suara. Saya tidak pernah berputus asa untuk mendapatkan semula suara saya yang pernah terganggu sebelum ini.

“Saya rujuk kepada doktor pakar, ikut saranan yang diberikan untuk pulihkan semula kotak suara saya. Alhamdulillah, saya akhirnya mampu menyanyi seperti dulu selepas melalui pelbagai proses,” katanya.

Melancarkan album tradisional terbaharu berjudul Gema Bumantara, Siti mengakui berdepan tekanan apatah lagi sentiasa mahu menghasilkan album terbaik.

“Peminat menaruh harapan dan menantikan sebuah album yang lebih baik berbanding album tradisional saya sebelum ini.


“Saya janjikan yang saya tidak main-main, sentiasa mahu menghasilkan album terbaik dan tidak pernah berkompromi soal kualiti,” katanya.

Sumber: Utusan, Rotikaya


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote prince_marhaen 5-11-2025 09:32 AM
Manakala Nek Ani relax je suara sengau-sengau angsa, badan begau, makeup crack buat konsert di dewan serbaguna... hihihihi..
Quote sharlenetexas 5-11-2025 04:15 PM
Kalau dulu arwah dr imran ayah dr farah hani.


Quote Kuin-Kepam 5-11-2025 09:40 PM
Mana tak haus vokal ...tiap2 tahun keluar album, buat konsert bagai....
Quote me12345 5-11-2025 09:58 PM
Sora mmg tersedap ....
Quote binisupir 7-11-2025 07:41 PM
Suara sheol sedap masa baru-baru kahwin..

Lihat semua komen(5)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-11-2025 01:04 PM GMT+8 , Processed in 0.034810 second(s), 18 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top