|
Pelakon Rebecca Nur Al Islam berkata dia tidak menyangka perkahwinan yang dibina selama 14 tahun berakhir pada Mei lalu. Memetik mStar Online, Rebecca bagaimanapun enggan mendedahkan punca perceraian dengan bekas suaminya, Datuk Nur Azman demi menjaga aib kedua belah pihak. “Sejujurnya saya pun terkeju dan tak sangka perkahwinan saya yang dibina sampai di sini sahaja. Mungkin tiada jodoh antara kami. “Tak perlu (kongsi punca bercerai) sebab akan mengaibkan kedua-dua belah pihak. Rasanya apa yang boleh ditutup untuk simpan aib sendiri dan bekas suami, kita tutuplah. “Bagi saya hidup ini teralu singkat. Saya ikut apa yang sudah tertulis oleh Allah SWT. Saya terima ketentuan ini walau saya sendiri rasa tak sangka,” katanya. Sementara itu, Rebecca berkata dia masih dalam fasa untuk memulihkan semangat serta menyesuaikan diri dengan kehidupan dan perlu bangkit demi 7 orang anaknya.
“Sejujurnya saya tengah ‘down’. Saya pun baru saja keluar rumah jumpa orang. Saya banyak mendekatkan diri kepada dunia yang kekal selamanya, tapi bila fikir semula saya ni dah nak mati ke? “Saya sedar saya kena bangkit dan cari semangat semula untuk teruskan kehidupan serta mencari rezeki demi tujuh orang anak saya,” kongsinya. Sumber: mStar Online, Rotikaya |
sweetfasha replied at 5-11-2025 08:38 AM
masa dia gaduh dengan tinsyid, takut dengar apa dia cakap.. kalau tak kawin dengan org kaya ko dah m ...

prettyuglybabe replied at 5-11-2025 10:07 AM
dulu berlagak sangat..
bekas bini pun senyum sinis
pocongkiutss replied at 5-11-2025 10:09 AM
Dia sondol2 ke dulu eh
BoongaKertas replied at 5-11-2025 09:35 AM
so dia kena kerja balik lah eh utk sara anak2 diorang? laki sheols mcm dah bukan lawyer kan?
ADVERTISEMENT