CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

“Kos IVF Memang Mahal, Dah Boleh Buat ‘Kitchen Island” - Adam Lee

5-11-2025 08:12 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 2107| Komen: 31

 


Pelakon Adam Lee berkata dia dan isterinya, Sweet Qismina masih mencuba secara semula jadi untuk mendapatkan cahaya mata serta belum berbincang mengenai rawatan persenyawaan in-vitro (IVF).

Memetik HibGlam, Adam berkata dia percaya dengan ketentuan Tuhan dan doktor memberitahu mereka berdua subur serta akan mempertimbangkan rawatan IVF sebagai jalan terakhir.

“Kalau bab anak ini, kami masih mencuba secara organik. Kami belum berbincang untuk buat IVF. Mungkin itu jalan terakhir.

“Kami pun sudah buat pemeriksaan kesuburan sejak tahun pertama kahwin. Doktor beritahu kami berdua subur dan tiada masalah untuk dapat anak,” katanya.

Sementara itu, Adam berkata usia perkahwinan mereka masih baru serta takut apabila memikirkan kesakitan yang perlu dilalui isterinya jika melakukan rawatan IVF.

“Saya jujur takut. Tak sampai hati nak tengok Sweet lalui prosedur sakit. Selagi boleh cuba, kita cuba, lagi pun sudah halal, tiada masalah pun.


“Kami pun baru tiga tahun berkahwin, boleh kata baru lagi, bukannya sudah lama. Lagi pula, saya difahamkan kos IVF memang mahal dan boleh mencecah RM20,000 ke atas. Harga macam tu pun dah boleh buat ‘kitchen island’ untuk rumah,” katanya.

Sumber: HibGlam, Rotikaya
 

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote KamikuP 5-11-2025 08:27 AM
“Kami pun sudah buat pemeriksaan kesuburan sejak tahun pertama kahwin. Doktor beritahu kami berdua subur dan tiada masalah untuk dapat anak,” katanya.

Meolls tertanya2 mcmana doktor periksa tahap kesuburan seseorg itu? Ambik air mani masing2 kah?
Quote lasagna 5-11-2025 08:39 AM
adam lee ni cousin dgn jana nick kannn?
hurmmm...
Quote slyfynx 5-11-2025 10:31 AM
KamikuP replied at 5-11-2025 08:27 AM
“Kami pun sudah buat pemeriksaan kesuburan sejak tahun pertama kahwin. Doktor beritahu kami berdua  ...

sperm count untuk laki
Pompuan die check uterus, hormon etc.
Quote KamikuP 5-11-2025 10:35 AM
slyfynx replied at 5-11-2025 02:31 AM
sperm count untuk laki
Pompuan die check uterus, hormon etc.

Maknanya kita kena bagi sampel air mani le kan? Mcm cerita Naked Gun 1/2 tu le kan? Masuk bilik tengok porno macam tu kah kat bank sperm kat Malaysia ni atau sperm tu kita 'capmelan' kat umah? tanyaku serius tak tahu dan ingin tahu..
Quote sudirmanistas 5-11-2025 11:34 AM
KamikuP replied at 5-11-2025 10:35 AM
Maknanya kita kena bagi sampel air mani le kan? Mcm cerita Naked Gun 1/2 tu le kan? Masuk bilik te ...

Ya masuk bilik dkt situ, keluarkan la mcm mana pun. Tpi x leh la bersenggama, kene guna imaginasi & tangan la ha ha ha
Quote KamikuP 5-11-2025 11:37 AM
sudirmanistas replied at 5-11-2025 03:34 AM
Ya masuk bilik dkt situ, keluarkan la mcm mana pun. Tpi x leh la bersenggama, kene guna imaginasi  ...

oO ye ke.. kat pusat tu depa sediakan bahan ke atau kita tengok kat phone? ekekekekeke
Quote goldden 5-11-2025 11:44 AM
Edited by goldden at 5-11-2025 11:51 AM
KamikuP replied at 5-11-2025 10:35 AM
Maknanya kita kena bagi sampel air mani le kan? Mcm cerita Naked Gun 1/2 tu le kan? Masuk bilik te ...

kat lppkn ada 1 bilik disediakan utk ehem2.  den tau sbb member den citer. malu katanya sbb kalau pasangan keluar dr blk tu org akan tau baru lps bersenggama lah. ini cara lppkn dptkan spesimen utk check kesuburan
Quote KamikuP 5-11-2025 11:46 AM
goldden replied at 5-11-2025 03:44 AM
kat lppkn ada 1 bilik disediakan utk ehem2. pasangan yg keluar dr bilik tu akan senyum2 segan sbb ...

OO gitu rupanyer.. tq yaach atas penjelasan
Quote lifeline 5-11-2025 12:18 PM
KamikuP replied at 5-11-2025 11:46 AM
OO gitu rupanyer.. tq yaach atas penjelasan

tapi klo buat dkt lab ada bilik khas la..
ada bahan2 atau bini boleh temankan sekali
buat la cemana pon bagi keluaq hahahaha
tp hubby iols ckp susah jugak nk kluarkan sbb dipaksa kan HAHAHAHAHAHAH
kira amik masa la dgn pressure nak bagi keluar
Quote pocongkiutss 5-11-2025 12:25 PM
goldden replied at 5-11-2025 11:44 AM
kat lppkn ada 1 bilik disediakan utk ehem2.  den tau sbb member den citer. malu katanya sbb kalau  ...

Menambah perisa jah kwn uols tu..bila masa utk bersenggama noks..bilik tu utk mengeluarkan sperma jah..bkn utk senggama..cr keluarkan tu tgkla laki tu nk masturbate ka .atau nk ajak bini masuk skali , mgkin dia tgk tek bini dia leh keluar air mani ke apa ke kan..ahahaha
Quote pocongkiutss 5-11-2025 12:27 PM
lasagna replied at 5-11-2025 08:39 AM
adam lee ni cousin dgn jana nick kannn?
hurmmm...

Lah ye ke..mcm tak rapat je..xtau pun..haha
Quote matseh 5-11-2025 01:34 PM
You can sell or not?
Quote dua_chzy 5-11-2025 01:38 PM
Kawin belum 5 tahun dah bodoh2 ni tanya pasal buat IVF. Bodoh punya wartawan or whomever dia menjawab ni.
Quote azimodin 5-11-2025 02:13 PM
Bagus la dah check kesuburan awal.. selebihnya usaha dan tawakal. Ada kes yg lambat dapat anak pertama tapi lepas tu susun paku bak kata orang. Sementara tu boleh la kumpul duit. IVF memang mahal, pastu belum tentu lagi berjaya cycle pertama. Silap buat financial planning boleh jadi huru hara hidup
Quote Cyempaka 5-11-2025 02:50 PM
ntah kenapa dalam otak aku dok rasa macam  sweet ni pernah mengandung
Quote sleepandream 5-11-2025 03:01 PM
enjoy jela hidup berdua... masa ni la best dapat full attention
Quote Gianna111 5-11-2025 04:27 PM
i pernah pregnant masa awal awal kawen dulu. lepas tu gugur. sampai sekarang i tak preganant lagi.
Quote chandrahusin 5-11-2025 04:32 PM
depa ni sweet lah
nmpak both matang
semoga ada legacy nnt
Quote Prickford 5-11-2025 04:58 PM
dua_chzy replied at 5-11-2025 05:38 AM
Kawin belum 5 tahun dah bodoh2 ni tanya pasal buat IVF. Bodoh punya wartawan or whomever dia menjawa ...

Tukang tanya tu otak sekolah tadika agaknya. Kalau dah lama kawin pon, ada step by step. Belum tentu terus proceed ke final stage IVF. Ada yg mula dgn kawal pemakanan, amik supplement, IUI. Idokkk lerrr baru setahun jagung kawin, belum apa2 dah terus ke IVF. Sultanah boksit pon belum tentu proceed kes gini.

Lihat semua komen(31)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-11-2025 01:17 PM GMT+8 , Processed in 0.038747 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top