|
Pelakon Sharifah Haneesya berkata bukan mudah untuk dia berada di tahap sekarang selepas berdepan kesukaran susulan kontroversi lama yang terpalit dirinya. Memetik Xtra, Haneesya berkata dia pernah hampir mahu berhenti dari industri serta meninggalkan dunia seni kerana sering kali ditolak dalam uji bakat. “Sedih sangat bila orang tak tahu betapa susahnya nak sampai ke tahap ini. Saya dah pergi banyak casting tapi banyak kali dotolak. “Sampai pernah rasa nak berhenti terus, nak jadi pramugari atau kahwin saja walaupun tak ada teman lelaki..sebab terlalu penat nak buktikan diri,”katanya. Sementara itu, gadis berusia 25 tahun itu mengakui dirinya tidak sempurna namun berharap orang ramai tidak terus menghukum atas kesilapan yang lalu. “Saya tahu saya tak sempurna tapi tak adil setiap perkara orang kaitkan dengan kesalahan lama. Dosa saya bukan satu, tapi janganlah hukum saya sepanjang hidup dengan benda yang dah lama berlalu,” katanya.
Sumber: - Xtra, Rotikaya |
bulalof replied at 5-11-2025 09:04 AM
ok lah tu dah dpt job jadi hantu air.
Gianna111 replied at 5-11-2025 03:58 PM
pada yang berkata tak ada isu lain selain kes mabuk dan kes kulit hitam.. ketahuilah bahawa komen ko ...

Gianna111 replied at 5-11-2025 03:58 PM
pada yang berkata tak ada isu lain selain kes mabuk dan kes kulit hitam.. ketahuilah bahawa komen ko ...
rayriff replied at 5-11-2025 05:47 PM
Dikk.. Ko gi improve diri ko betul2, dia camni.. Samada ko buat satu benda positif (x kira la bakat ...
ADVERTISEMENT