|
Pelakon Nora Danish tidak mahu mengulas mengenai perkongsian bekas suaminya, Nedim Nazri susulan hantarannya di laman Threads yang berbaur sindiran. Memetik Harian Metro, Nora berkata dia tidak mahu masuk campur urusan peribadi Nedim memandangkan mereka sudah membawa haluan masing-masing. “Bab itu, saya tak nak komen apa-apa, sebab saya memilih untuk tidak bersamanya (Nedim). Jadi, saya hormati hak privasinya dan sebagainya. Buat apa nak komen sebab tiada kena mengena dengan saya,” katanya. Sementara itu, Nora berkata dia tidak membaca mengenai hantaran Nedim itu kerana sibuk menguruskan restorannya serta merasakan ianya tidak ditujukan kepada dirinya. “Tidak juga (baca Threads) sebab saya sibuk dengan perniagaan restoran saya dan tidak perasan langsung. Saya tak rasa hantaran itu ditujukan kepada saya sebab kami mempunyai hubungan yang baik sahaja.
“Saya mengharapkan hubungan yang baik untuk semua pihak dan dari dulu saya tekankan perkara ini agar anak dapat membesar dengan sihat,” katanya. Terdahulu, Nedim berkata jangan percaya dengan mereka yang bertudung namun dia berkata bukan semua. Nedim turut menyebut hal berkenaan anak serta memberi peringatan anak adalah segalanya baginya. Sumber: - Harian Metro, Rotikaya |
sukanyanyi replied at 5-11-2025 11:17 AM
Ok je dia jwb mcmni. Biar org tu royan sorang2, whomever yg ditujukan....
babelina replied at 5-11-2025 03:11 AM
hmmmm.. kna jwb2 elok2 nowa.. kang naik hantu ex ko.. tiba londeh mcm2.. hehehe..
sukanyanyi replied at 5-11-2025 11:17 AM
Ok je dia jwb mcmni. Biar org tu royan sorang2, whomever yg ditujukan....
ADVERTISEMENT