|
IPOH – Gara-gara menyamar sebagai anggota polis trafik, dua lelaki menerima padah apabila masing-masing dijatuhi hukuman denda RM5,000 oleh Mahkamah Majistret, di sini hari ini. Tertuduh, Wong Jiun Wei, 24, dan Lim Boon Ping, 40, juga berdepan hukuman penjara 12 bulan jika gagal membayar denda berkenaan. Hukuman itu dijatuhkan selepas kedua-dua tertuduh membuat pengakuan bersalah atas pertuduhan yang dibacakan jurubahasa dalam bahasa Kantonis di hadapan Majistret Mohd. Harith Mohd. Mazlan. Mengikut pertuduhan, Jiun Wei dan Boon Ping didakwa telah menyamar sebagai anggota polis trafik dan memperdaya dua remaja berusia 15 dan 17 tahun dengan meminta wang untuk tidak mengeluarkan saman atau dibawa ke balai polis. Perbuatan itu dilakukan tertuduh di hadapan sebuah restoran di Jalan Lebuh Bercham Selatan 1, Taman Ipoh Timur Baru, Ipoh pada pukul 12.38 pagi, 1 November 2025.
Terdahulu, peguam bela, K. Nathan yang mewakili kedua-dua tertuduh memohon hukuman denda dengan nilai munasabah yang mampu dibayar anak guamnya. “Tertuduh pertama iaitu Jiun Wei bekerja sebagai juruelektrik manakala Boon Ping pula pembantu kedai makan dengan pendapatan bulanan sebanyak RM1,500. Kedua-dua mereka memohon maaf dan telah insaf serta berjanji tidak akan mengulangi kesalahan sama,” katanya. Sumber: -KOSMO! ONLINE |
Purestteam1 replied at 4-11-2025 07:12 PM
Dah boleh kawan ngan Inspektor Ramdan


ADVERTISEMENT