CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Namawee ditahan di hotel, disyaki miliki, ambil dadah

4-11-2025 03:50 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 802| Komen: 4

 


KUALA LUMPUR: Penyanyi rap tempatan, Wee Meng Chee atau lebih dikenali sebagai Namewee, ditahan polis selepas disyaki memiliki dan menggunakan dadah di sebuah hotel di ibu negara pada 22 Oktober lalu.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Fadil Marsus, berkata sepasukan anggota dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi menahan lelaki berusia 42 tahun itu sekitar jam 4.30 petang.

"Hasil pemeriksaan di bilik hotel berkenaan menemui sembilan biji pil berwarna biru disyaki pil ekstasi dengan anggaran berat 5.12 gram.

"Suspek kemudian dibawa ke IPD Dang Wangi untuk tindakan lanjut dan hasil ujian saringan awal air kencing mendapati dia positif dadah jenis amphetamine, methamphetamine, ketamin dan THC," katanya dalam kenyataan hari ini.

Fadil berkata, suspek ditahan reman selama dua hari sebelum dihadapkan ke mahkamah pada 24 Oktober lalu, terhadap dua pertuduhan mengikut Akta Dadah Berbahaya 1952.


"Bagi pertuduhan pertama mengikut Seksyen 39A(1) akta sama kerana memiliki dadah, manakala bagi pertuduhan kedua Seksyen 15(1)(a) akta sama atas kesalahan menggunakan dadah.

"Suspek mengaku tidak bersalah bagi kedua-dua pertuduhan dan mahkamah membenarkan jaminan sebanyak RM4,000 bagi setiap pertuduhan dengan seorang penjamin tempatan.

"Tarikh sebutan semula kes dijadualkan pada 18 Disember ini," katanya.

Sumber: – BH
 

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote JahLupa 4-11-2025 10:07 PM
Telepas lg mamat ni x tau nak kata apa dah
Quote fattymah 4-11-2025 10:37 PM
JahLupa replied at 4-11-2025 10:07 PM
Telepas lg mamat ni x tau nak kata apa dah

Dah lesap...gone.. kut dah sampai siam
Quote sharlenetexas 4-11-2025 10:39 PM
Mintak tolong sama mca dap lah. Biro bantuan mca kan ada.


Quote sharlenetexas 4-11-2025 10:39 PM
Lepas ni boleh buat lagu dalam jel. Jelkuku.


Lihat semua komen(4)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-11-2025 01:10 PM GMT+8 , Processed in 0.033368 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top