CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

PDRM tempa sejarah, Ketua Polis Kuala Lumpur, Blade tamatkan Ironman 16 jam

3-11-2025 09:15 AM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 1213| Komen: 11

 


KUALA LUMPUR – Pasukan Polis Diraja Malaysia (PDRM) menempa sejarah dalam kejohanan sukan lasak Ironman Malaysia dan Ironman 70.3 Langkawi 2025 di Pulau Langkawi, semalam.

Dalam kejohanan itu, Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Fadil Marsus menjadi ketua polis negeri pertama yang berjaya menamatkan Ironman Malaysia.

Polis Kuala Lumpur dalam satu kenyataan berkata, Fadil atau lebih dikenali sebagai ‘Blade’ mengetuai 18 pegawai dan anggota PDRM.

Blade mengharungi menyelesaikan cabaran berenang sejauh 3.8 kilometer, berbasikal 180 kilometer dan larian marathon sejauh 42 kilometer dengan keseluruhan jarak 226 kilometer dalam tempoh lebih 16 jam.

Pasukan PDRM turut mencatat keputusan membanggakan apabila meraih tempat kedua bagi kategori Relay, manakala Koperal Muhammad Luqmanul Hakim Hamidi menamatkan saingan di tempat ketiga bagi kategori IRONMAN 70.3.


“Penyertaan pasukan PDRM dalam acara berprestij tersebut diharap dapat menyuntik inspirasi kepada seluruh warga pasukan untuk terus mengamalkan gaya hidup sihat selain memperkukuh imej positif PDRM di mata masyarakat,” kata kenyataan itu.  

Sumber: – Kosmo
 

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote prince_marhaen 3-11-2025 09:24 AM
Banyak masa eh training, join event bagai ni..
Quote orangbiasaje 3-11-2025 01:04 PM
prince_marhaen: Banyak masa eh training, join  ...


Elok ni drpd membuncit di kedai mamak sis...
Quote royaldanish 3-11-2025 01:30 PM
orangbiasaje replied at 3-11-2025 05:04 AM
Elok ni drpd membuncit di kedai mamak sis...

setuju sis
Quote sfrnna 3-11-2025 06:00 PM
Elokla. Kita taknak org boroi2 jadi polis.
Quote talapia 4-11-2025 09:41 AM
sfrnna replied at 3-11-2025 06:00 PM
Elokla. Kita taknak org boroi2 jadi polis.

kan... bagus buat aktiviti camni..
masa training? pandai2 la..
orang lain keje jugak..
weekend bole all out.. petang2 pon bole
Quote nisako 4-11-2025 09:58 AM
amboi byk masa free ke
Quote ainonymous 4-11-2025 10:14 AM
orangbiasaje replied at 3-11-2025 01:04 PM
Elok ni drpd membuncit di kedai mamak sis...

setujuuu. dari polis boncit gemok boroi nak kejar penjahat tak fit
Quote zehra2 4-11-2025 10:18 AM
nama manjah pun Blade..  tp raut wajah  Datuk ni mmg ganas pun hehe
Quote Cpkay 4-11-2025 10:49 AM
kudos pdrm.. kene masukkan dalam kpi ni
Quote goldden 4-11-2025 11:00 AM
sasaran kerja utama dia adalah training utk masuk ironman kah?
Quote sharlenetexas 4-11-2025 10:50 PM
Oh nama dia blade.
Blade bugis. Eh bajau laut?


Lihat semua komen(11)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-11-2025 12:57 AM GMT+8 , Processed in 0.031296 second(s), 26 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top