CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Kena serangan jantung lepas terima notis pengosongan rumah - Penduduk Kampung Batu 11, Gombak

3-11-2025 09:03 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 1994| Komen: 23

 

GOMBAK – Seorang penduduk Kampung Batu 11, Gombak mendedahkan mengalami serangan jantung dua hari selepas menerima notis pengosongan daripada pihak berkuasa beberapa bulan lalu.

Abu Bakar Alang Mat Isa, 86 tahun, berkata, rumah yang didiaminya itu merupakan satu-satunya tempat berteduh sejak sekian lama, dan beliau tidak mempunyai tempat lain untuk dituju sekiranya kediaman itu dirobohkan.

“Kalau kami pindah, saya nak ke mana? Saya nak duduk mana? Rumah tak ada, pencen pun tak ada. Yang ada cuma rumah ni saja. Kalau rumah ni diroboh, ke mana saya nak pergi?” ketika ditemui Kosmo! di Kampung Batu 11, Gombak di sini hari ini.

Menurut warga emas itu, beliau dan penduduk kampung hanya mengharapkan belas ihsan pihak berkuasa agar diberi peluang terus tinggal di situ.

“Kami bukan minta duit, bukan minta apa-apa. Kami cuma minta kesenangan yang maksimum untuk kami. Kami dah tua, hanya minta pertimbangan,” katanya.


Mereka merayu agar tindakan tersebut ditangguhkan sementara bagi memberi ruang kepada perbincangan dan pertimbangan kemanusiaan.

“Kami hanya harap ada timbang rasa. Kami sudah lama di sini, bukan perampas tanah. Ini rumah kami, tempat kami tua,” katanya.

Beberapa penduduk lain turut meluahkan rasa kecewa kerana tiada wakil rakyat turun padang bagi meninjau sendiri keadaan mereka sejak isu ini timbul.  


Sumber: – Kosmo
 

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Rogue98 3-11-2025 09:16 AM
Galak sakan pihak berkuasa duk roboh rumah skrg..
Quote alieyrina 3-11-2025 09:31 AM
Jap. Maksudnya selama ni bukan tanah deme ke
Quote shernazz 3-11-2025 09:34 AM
Ada bayo cukai tanah dak
Quote prettyuglybabe 3-11-2025 09:59 AM
gombak tu penuh indon buka tanah buat rumah sewa..
elok la semua kena halau..
Quote Samerosie 3-11-2025 10:05 AM
Kejab lagi ada la acik porumer terpaling pun ckp kuil tak dapat notis gak ke? Temple tak dpt notis gak ke? Ini semua salah DAP.
Quote Samerosie 3-11-2025 10:16 AM
prettyuglybabe: gombak tu penuh indon buka tan ...


Ke sbb kerajaan ambil tanah buat ecrl.  Kalau gitu sure dpt pampasan.  Kita tunggu esok rafidah ibrahim dgn ratu nangka pun subuh sepiee sampai tunggang isu.
Quote BungaKencana 3-11-2025 10:22 AM
sebenarnye situ tanah penduduk yg sah atau tanah kerajaan? atau dorang da dpt duit tanah tp tak nk pindah..
Quote Samerosie 3-11-2025 10:41 AM
Oooo so betullah sebab nak bina ECRL and derang ni dah diberitahu awal2.  Kira bukan la kosong je suruh pindah kan?

Screenshot 2025-11-03 103859.png

Ini news tahun lepas:

Screenshot 2025-11-03 104134.png
Quote prettyuglybabe 3-11-2025 10:42 AM
Samerosie replied at 3-11-2025 10:16 AM
Ke sbb kerajaan ambil tanah buat ecrl.  Kalau gitu sure dpt pampasan.  Kita tunggu esok rafidah ib ...

belah gombak tu settle dah ambil tanah untuk ecrl..
yang kena banyak belah orang asli..
dorang ok je pindah dapat pampasan segala..
tiang ecrl pun dah naik..
batu 11 ni jenis rumah pacak sampai tepi jalan..
kalau check penduduk, confirm banyak dna leluhur..
sama batu 9 sungai chinchin sungai pusu semua..

Quote chandrahusin 3-11-2025 11:08 AM
prettyuglybabe replied at 3-11-2025 09:59 AM
gombak tu penuh indon buka tanah buat rumah sewa..
elok la semua kena halau..

betul, tgk style rumah pun dh tau
dh mcm tempat asing dh belah2 situ
sapa2 lalu ikut jalan lama gi Bentong
tau lah suasana kat situ mcm mana
ada rumah yg mcm bsr mcm istana pun ada
& ada rumah di atas rumah pun ada
Quote batmana 3-11-2025 11:19 AM
Kene ambik tahu,, disini hanya buat kuil haram je dpt pampasan setimpal, kalau buat rumah haram kat tanah gomen mmg kna halau pakcik
Quote Pumpkinhead 3-11-2025 01:47 PM
mesti dapat pampasan kan?
Quote nisako 4-11-2025 10:00 AM
dah bukan tanah ko ape ke hal
Quote putribonda 4-11-2025 12:20 PM
kalau dah tanah tu bukan hak kita,kalau orang suruh pindah kena lah pindah.
tapi takkan suruh pindah saja2 tak bagi pampasan apa2 kan.
musykil pula
Quote airfilterkotor 4-11-2025 10:32 PM
Lazimnya kalau betui tanah tu bergeran, pampasan akan dibayar oleh PBN... melainkan ko memang setinggan kat situ.

Tapi sebab wartawan samdol cerita tak abis, maka bunyinya macam penduduk tu pulak teraniaya.
Quote sharlenetexas 4-11-2025 10:36 PM
Ada geran tak?


Quote B40tastePosh 4-11-2025 11:46 PM
chandrahusin replied at 3-11-2025 11:08 AM
betul, tgk style rumah pun dh tau
dh mcm tempat asing dh belah2 situ
sapa2 lalu ikut jalan lama gi ...

Celaka betul, view sungai cantik cantik jadi tempat Indon buat setinggan. Diorang ni IC merah ke cam mana?

Datang ke Malaysia jadi beban kepada Malaysia.
Quote renko 5-11-2025 08:55 AM
berdarah indon ke ni
Quote kemaruk 5-11-2025 08:58 AM
Quill mall

Lihat semua komen(23)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-11-2025 01:21 AM GMT+8 , Processed in 0.041792 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top