CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Polis sahkan suspek kes tembak di Sungai Golok adalah bekas pemain import bola sepak Kelantan

3-11-2025 08:24 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 1050| Komen: 4

 


Kota Bharu: Suspek kes tembak mati rakyat Malaysia di Sungai Golok, Narathiwat, semalam adalah bekas pemain import bola sepak Kelantan, kata Ketua Polis negeri Datuk Mohd Yusoff Mamat.

Beliau berkata, mangsa yang maut ditembak pula ialah Mohd Fuad Fahmie Ghazali berusia 33 tahun.

Mohd Yusoff berkata, maklumat berkenaan diperoleh menerusi hasil siasatan dalaman pihaknya.

"Kita percaya suspek juga memiliki dua kerakyatan tetapi siasatan lanjut akan diteruskan. Setakat ini, kita belum menerima gambar suspek daripada pihak berkuasa Thailand.

"Polis turut memperketat kawalan dan membuat sekatan jalan raya bagi mengesan suspek yang kemungkinan lolos ke negara ini," katanya ketika dihubungi hari ini.

Berkaitan motif kejadian, Mohd Yusoff menyerahkan kepada pihak polis Thailand untuk menjalankan siasatan.

Menurutnya, Mohd Fuad Fahmie didapati masuk ke Thailand pada 1 Nov (semalam) menggunakan pas sempadan.


"Hasil siasatan awal mendapati mangsa turut memiliki empat rekod kesalahan berkaitan dadah sejak 2020," katanya.

Terdahulu, Bernama melaporkan seorang lelaki rakyat Malaysia maut ditembak dalam kejadian di sebuah rumah di pekan Sungai Golok, Narathiwat, Thailand, malam tadi.

Jenazah Mohd Fuad Fahmie selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Apam, Apam Putra, Pasir Mas pada 2.30 petang tadi.



Sumber: Harian Metro
 

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote KamikuP 3-11-2025 09:49 AM
Tak dadah, hutang.
Quote goldden 3-11-2025 12:38 PM
dah tahu ke motif sebenarnya kes ni
Quote zuuu 3-11-2025 12:51 PM
Dengar berita tv3 smlam katanya ada kaitan ngan hutang,suspek pon katanya sepupu isteri si mati,baca kat atas ni si mati ada rekod kesalahan dadah pulak,hurmmm yg pasti mmg si mati ngan pembunuh ada dendam kalo x xdelah kena tembak sampai 18 kali
Quote cm_vungtau 3-11-2025 01:10 PM
Yang berkaitan dadah tu si mati kan? So ada logik ke self defense?

Lihat semua komen(4)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-11-2025 01:18 AM GMT+8 , Processed in 0.028392 second(s), 19 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top