CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Baru Tiga Tahun Kahwin, Sweet Qismina Tak Terfikir Buat IVF - “Saya Masih Muda Dan Saya Akan Follow The Flow"

3-11-2025 08:15 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 1023| Komen: 10

 


Pelakon Sweet Qismina berkata dia belum terfikir untuk melakukan kaedah rawatan persenyawaan in-vitro (IVF) bersama suaminya, Adam Lee untuk mendapatkan cahaya mata.

Memetik Oh Bulan, Sweet berkata usia perkahwinannya masih muda dan baru serta menyerahkan pada rezeki mengenai perkara itu.

“Saya tidak pernah terfikir nak buat apa-apa rawatan, saya masih baru dalam rumah tangga. Baru tiga tahun dan saya rasa masih baru sangat.

“Saya masih muda dan saya akan follow the flow Ada rezeki ada kerana itu semua Allah punya kerja,” katanya.


Sementara itu, Sweet berkata dia dan suaminya gembira hidup berdua meskipun belum diberikan rezeki cahaya mata dan tidak menolak seandainya dikurniakan zuriat dalam masa terdekat.

“Saya gembira sekarang ini mana tahu ada zuriat selepas ini. Apa-apa pun saya dan suami tidak pernah ada tekanan langsung daripada orang luar.

“Kami sangat bersyukur keluarga sangat beri semangat doakan yang baik. Rezeki saya tahun ini mana tahu rezeki zuriat pun datang juga tahun ini,” katanya.


Untuk rekod, Sweet Qismina dan Adam Lee mendirikan rumah tangga pada 24 Oktober 2022.

Sumber: Oh Bulan, Rotikaya
 

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote cicicumel 3-11-2025 08:35 AM
Adam lee ni pelakon full time ke? Risau kan nnti jadi isu proooooviderrrrrr....

Btw best sgt ke Babah? Dh lama masuk Netflix iols x tergerak hati nk nonton haha
Quote silampumeja 3-11-2025 08:49 AM
cicicumel replied at 3-11-2025 12:35 AM
Adam lee ni pelakon full time ke? Risau kan nnti jadi isu proooooviderrrrrr....

Btw best sgt ke Bab ...

Menyelam rasa dan perasaan seorang anak dan bapa dalam kehidupan. Kisah banyak dalam kehidupan kita je, tapi dia buat dari POV seorang ayah dan POV seorang anak. Tapi perubahan fasa tu ada lah conflict2 tertentu. Cerita memang biasa je tapi semua mainkan peranan sebaik mungkin. I rasa yang tak best dalam tu si adam laki sweet je. Yang lain best. Sebab tu most pelakon tercalon. Cristina tu pon best dalam ni jadi mak sweet walaupun pembantu. Kalah dgn elli suriati je lah.

By the way sweet baguslah jawab macam tu. Tak stress2 sgt. Rilex. Ada rezeki nanti. Umur muda dan baru je lagi berkahwin. Kecuali pergi check memang ada yang kurang sihat, bolehlah berusaha... Kalau semua normal, positivekan dia je
Quote sukanyanyi 3-11-2025 09:47 AM
Belom rezki anak tp rezki menang ffm, same mcm lizi tan taun lepas. Kdg mmg camtu
Quote pocongkiutss 3-11-2025 09:55 AM
Kalau betul2 nk..pi cek jela dulu..kalau tau apa yg bermasalah..leh perbaiki..improve pemakanan ke apa ke..ni citernya kalau mmg beria nak la mcm si jena tu

Ivf tu mcm last option sebenarnya..bnyk lg cara leh cuba..iols suka couple ni.. semoga bahagia & serasi selalu serta dijauhkan dr tergoda dgn penyondol b4b1 yah
Quote dekmieDandy 3-11-2025 09:58 AM
adam lee pun buat janggut tanam ke

hurmmm, dah semua jadi wukong
Quote alieyrina 3-11-2025 10:27 AM
Pelik rupa jambang gitu. Kpop muka licin baru la rare. Muda lagi ok. Kalau dah tua memg kalut n letih mental fizikal fikir bab anak
Quote fifie_olin 3-11-2025 10:32 AM
betol tu awal lagi
rilek sudaa
jgn stress2
Quote sudirmanistas 3-11-2025 11:02 AM
rse mesti soalan wartawan yg tnye ni. sbb betul la muda lagi, kahwin pun org kata masih honeymoon phase. Ikut rezeki dapat anak awal alhamdulillah. tpi sweet ni bnyk ke berlakon lagi?
Quote metthew7 9-11-2025 03:30 PM
the update on Sweet Qismina sharing her thoughts so candidly is really refreshing.
Her openness about not considering IVF just yet after three years of marriage is empowering and deeply relatable. https://yacinetvpro.com/get-yacine-tv-for-your-iphone-2025/
mforum.cari.com.my

After going through this, I’ll take a break and catch some shows on Yacine TV to unwind.
Thanks for sharing this — looking forward to what she might share next!
Quote mrsamz 9-11-2025 03:36 PM
apoo netizen sibuk pasal orang tu nak beranak pinak ka tidak ka..suka hati dia lah

Lihat semua komen(10)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-11-2025 12:57 PM GMT+8 , Processed in 0.040540 second(s), 23 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top