CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Farahdhiya Anggap Buka Aib Pasangan Lepas Berpisah ‘Red Flag’

3-11-2025 08:12 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 1999| Komen: 28

 


Pelakon dan penyanyi Farahdhiya beranggapan individu yang membuka cerita ataub aib bekas pasangan disifatkan perbuatan tidak matang dan tiada kelas.

Menerusi perkongsian di Threads, Farahdhiya turut mempersoalkan apa mereka dapat dengan berkongsikan aib bekas pasangan kepada umum dan tiada rasa hormat. 

 


“Antara benda paling red flag ialah apabila seseorang berada dalam hubungan dengan lelaki atau wanita yang bila putus atau bercerai, habis satu dunia dia buka cerita dalam kain, aib bekas pasangan dia.

“Sangat tak matang dan no class. Awak dapat apa eh kongsi aib bekas awak secara terbuka? Saya langsung tak ada rasa hormat kepada orang macam ni,” katanya.


Sementara itu, Farahdhiya turut bertanyakan tiada rasa kasihankah kepada keluarga dan anak-anak dan tindakan berkenaan dianggap seperti budak-budak serta seolah terdesak.

“Tak ada malu ke? Tak kesian dekat keluarga dan anak-anak? Pelik betul. Awak akhirnya nampak sangat terdesak dan kebudak-budakan,” katanya lagi.

“Gunalah akal yang tuhan bagi dengan sebaik baiknya. Jangan lupa,semua orang ada aib masing-masing, jangan sampai aib awak pula yang terbuka,” tulisnya.


Sumber: Rotikaya
 

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote jas7512 3-11-2025 11:16 AM
Cantik faradhia ni..klu i lelaki i pinang dia..cantik..pandai masak dan baik ngan famili..haha tapi mungkin taste timggi kot
Quote alesandra 3-11-2025 11:30 AM
jas7512 replied at 3-11-2025 11:16 AM
Cantik faradhia ni..klu i lelaki i pinang dia..cantik..pandai masak dan baik ngan famili..haha tapi  ...

Aku follow dia semata dia suka masak makanan melayu.menyelerakan betul tgk dia masak
Quote BungaKencana 3-11-2025 11:40 AM
jas7512 replied at 3-11-2025 11:16 AM
Cantik faradhia ni..klu i lelaki i pinang dia..cantik..pandai masak dan baik ngan famili..haha tapi  ...

i pernah ternmpk dia, masa tu dia naik beca dkt melaka waktu ptg mcm tu.. kwn i yg perasan dia ckp eh tu artis kan, i kenal dia sbb rambut dia yg blkg tu .. tp mmg cantik & putih yela mix omputih
Quote sweetfasha 3-11-2025 11:53 AM
dia ni dah kawin ke belum ek...cantik cantik macam ni
Quote NuansaBiru 3-11-2025 11:58 AM
Tapi kalau orang yg mana seterunya (kes berebut terung kecut) dpt musibat (kes jenayah kolar putih) dan dia merasa gumbira, itu red flag tak? #tanyajer
Quote ctnorpropa 3-11-2025 12:49 PM
She cantik sangat2 tau tgk depan2. Dah la pandai masak, suara sedap. I suka dia
Quote lightheaded67 3-11-2025 12:52 PM
Edited by lightheaded67 at 3-11-2025 12:53 PM

tema nya adelah takyah peduli reputasi org yg dh rosak/kacau kn kita fizikal/mentally
katanya
Quote L.U.S.M 3-11-2025 01:31 PM
NuansaBiru replied at 3-11-2025 11:58 AM
Tapi kalau orang yg mana seterunya (kes berebut terung kecut) dpt musibat (kes jenayah kolar putih)  ...

Hahaha apa dia pandang kat si hutton tua tu ek
Quote NuansaBiru 3-11-2025 03:19 PM
L.U.S.M replied at 3-11-2025 01:31 PM
Hahaha apa dia pandang kat si hutton tua tu ek

Boleh ditanya pada dua2 si puteh gebu itu bah apa yg dipandang dan direbut2kan
Quote kerani_je 3-11-2025 03:25 PM
Dia dulu antara skandel normiang kan? punca normiang n bakyah cerai kali pertama n rujuk balik dulu sebelum kantoi membusuk dgn memek dulu..So die punye statement ni tuju kat bakyah lah gamaknye kot tak abis2 bukak aib ex..

Tapi ko pun tak kawin lagi farah oi, tak pyh la bg statement ttg org bukak aib ex..engko ex pun tak dak..Ko dah alami pahit manis rumah tangga n bercerai nnti engko tahu la bukan sesaje org bukak aib ex kekadang..
Quote kakasotong2 3-11-2025 03:34 PM
Sheols sindir bossned kan, sheols update lepas bossned spill teas psl ND. Sbb sheols comolot dengan ND, pernah shooting sama, siap masak2 lauk lg bg Nora makan. Padan muka bossned

Tp pesanan sheols ni terpakai je untuk semua baik pihak lelaki atau perempuan yg gigih buka aib bekas bini atau bekas laki
Quote ninja boy 3-11-2025 03:46 PM
Edited by ninja boy at 3-11-2025 03:50 PM

X pernah berkawen x rasa kehidupan berkawen nak nasihat2, org berkahwen itu jika ada masalah rumahtangga kena curang ka kena pukul ka kena tanggung biawak ka suami gay ka, kena cakap kat kucing cakap kat pokok cakap kat awan x boleh cakap kat manusia hujung2 bunuh diri taw sbb beban dlm kepala, hujung2 menyusahkan polis lawyer siasat punca mati bunuh diri kena buli ka kena verbal abuse ka atau suami buat2 bini bunuh diri
Quote JahLupa 3-11-2025 03:50 PM
Ntah lah ek. Yg x kawen pulak nasihatkan org yg dah kawen. Penin ah.
Quote brunesss 3-11-2025 04:02 PM
NuansaBiru replied at 3-11-2025 11:58 AM
Tapi kalau orang yg mana seterunya (kes berebut terung kecut) dpt musibat (kes jenayah kolar putih)  ...

ni tea apa, apasal sis tak tahu or tak pernah dengarrrrrrrrrrr
Quote Shayang 3-11-2025 06:36 PM
Pastu bila dah sejuk rasa menyesal dan mintaa jgn viralkan
Mcm kes yg gaduh kat klinik tu bila org dh buat parodi sana sini baru nak rasa kesal sbb pergi upload.
Sama je mana2 kes yg serang laki la serang skandal laa, dedah itu ini kat socmed
Bila menda dah makin teruk hingga family dan sedara mara terkesan baru la nk tersedar
Tapi dah terlamberttt laaa
Quote bottombikini 3-11-2025 07:30 PM
Edited by bottombikini at 3-11-2025 07:34 PM
Shayang replied at 3-11-2025 06:36 PM
Pastu bila dah sejuk rasa menyesal dan mintaa jgn viralkan
Mcm kes yg gaduh kat klinik tu bila org d ...


lahhhh..ada sambungan ke kisah tersebut?

si paradia ni eloknya takyah komen apa2
sbb bukan kita yg pakai kasut mereka
depa je yg tau suka duka rumahtangga
kau jaga kuali sendiri masak sedap2 sudehhh
Quote TomyamPuteh 3-11-2025 08:21 PM
Ex Tok Tan Tin Ton kan beliau ini?
Quote sukanyanyi 3-11-2025 08:24 PM
bottombikini replied at 3-11-2025 07:30 PM
lahhhh..ada sambungan ke kisah tersebut?

si paradia ni eloknya takyah komen apa2

Meols rase rentanan sheols ni lebih kpd lepas geram sbb hormon org lanjut usia lom tawen. Lebih kuang same ngn hormon nk peot dan hormon preggy. Senang salahkn hormon yg tak stabil itu jah kalo pmpuan ni. Kalo boned tu meols tatau..api shemburu kot
Quote babelina 4-11-2025 04:19 PM
I ols suka sgt dia.. i ols tgk dia mmg kawan ngn semua org.. geng2 cuci duit pn dia kawan.. hahaha.. tp tu la jgn la post benda2 yg tgh hangat nie.. ko jadi la pmpuan cantik diam2 ayuuuu ngn bdn yg meletops tu..

Lihat semua komen(28)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-11-2025 12:26 PM GMT+8 , Processed in 0.036294 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top