|
Kuala Lumpur: Usahawan muda dan pempengaruh media sosial, Farah Fakhira Fakhrulruzi, 28, diuji kematian suami tersayang, sebelum sempat menimang cahaya mata pertama yang kini dalam kandungan. Lebih meruntun hati, pasangan yang mendiri rumah tangga sejak Februari 2021 itu sempat meluangkan masa bersama melakukan imbasan kehamilan pada sekitar jam 1 tengah hari, Khamis lalu. Suaminya, Zaidul Ariff Abdul Malek disahkan meninggal dunia ketika dikejarkan ke hospital selepas pengsan secara tiba-tiba sewaktu bermain badminton pada malam hari sama. "Jam 1.06 tengah hari imbas kandungan, bayi sudah besar, semua bentuk badan dia jelas dan doktor imbas muka bayi. "Berjalan dari 3 petang, makan sama-sama sampai kita tunggu solat maghrib dekat luar sebelum balik (ke rumah). "Sebelum suami pergi badminton jam 10 malam, sempat luangkan masa di rumah berborak.
"Jam 12 tengah malam, dapat panggilan maklumkan Zaidul pengsan dan dikejarkan ke hospital. "Sampai di hospital saja, dapat tahu awak dah tiada," tulisnya di Instagram Story, semalam. Dalam satu lagi Instagram Story, Farah Fakhira menyifatkan Zaidul Ariff sebagai suami yang penyayang dan mengutamakan isteri, malah menurutnya tiada sedikit luka pun terhiris ketika mereka hidup bersama. "Sebelum awak (Zaidul Ariff) pergi, kita pernah berborak antara kita siapa dulu yang Allah akan ambil. "Tapi jauh sudut hati, saya selalu doa biar saya seorang yang rasa sakit kepergian bagaimana sebab saya tahu tak akan tertanggung bebanan itu. "Doakan saya boleh lalui kehidupan tanpa awak dan diizinkan membesarkan anak dengan baik. "Terima kasih sekali lagi sudi hidup bersama saya, sudi sayang saya. Sudi terima saya seadanya. "Maaf jika saya banyak membebankan hidup awak selama ni. Terima kasih sekali lagi wahai suami. "Al-Fatihah buat suami yang paling aku cintai Zaidul Ariff Abdul Malek," tulisnya. Jenazah Zaidul Ariff dibawa ke Masjid Sendeng Jalan Jelebu untuk disolatkan dan selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Jalan Paroi-Kuala Pilah, semalam. Sumber – Harian Metro |
Decaffeinated replied at 1-11-2025 02:07 PM
Ok kesian kat ko dik... but moral of the story nya jangan main badminton ka?
VioletsAre_Blue replied at 1-11-2025 07:14 PM
Malam tak sesuai untuk bersukan sebab badan dah penat. Malam untuk rehat. Al Fatihah untuk arwah.
orkid_amani replied at 1-11-2025 11:08 PM
Biasa sudden death ni sbb jantung kn.. classmates aii dulu pun cakap mlm xpayah laa nk bersulan baga ...
ADVERTISEMENT