CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Kopi termahal di dunia, secawan hampir RM4,700

1-11-2025 01:16 PM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 1900| Komen: 64

 




Dubai: Sebuah kafe di Dubai mencuri perhatian dunia selepas menawarkan kopi termahal bernilai hampir AS$1,000 (kira-kira RM4,700) bagi setiap cawan.

Kopi istimewa itu dibancuh menggunakan biji kopi premium dari Panama yang dijual pada harga mencecah ribuan ringgit.

Pengasas bersama kafe Julith, Serkan Sagsoz berkata, Dubai dianggap lokasi paling sesuai untuk memperkenalkan minuman mewah berkenaan.

Kafe yang terletak di kawasan perindustrian itu merancang menyajikan kira-kira 400 cawan kopi bermula Sabtu ini.

Minuman berkenaan dikatakan mempunyai rasa bunga dan buah-buahan dengan aroma melur, oren, bergamot, aprikot serta buah pic.

Dalam pada itu, menurut Sagsoz, kopi berharga 3,600 dirham (kira-kira RM4,700) itu mempunyai rasa lembut dan manis seperti madu.

Dubai sebelum ini mencatat Rekod Dunia Guinness (GWR) bagi kopi termahal dunia apabila kafe Roasters menawarkan secawan kopi pada harga 2,500 dirham (kira-kira RM3,250).


Penduduk tempatan menganggap harga baharu itu mengejutkan tetapi seiring dengan gaya hidup mewah di bandar berkenaan.

Biji kopi yang dinamakan 'Nido 7 Geisha' itu dibeli melalui acara lelong di Panama selepas persaingan sengit yang menarik ratusan pembida.

Sebanyak 20 kilogram (kg) biji kopi itu dijual pada harga lebih kurang 2.2 juta dirham (kira-kira RM2.86 juta), menjadikannya antara yang termahal di dunia.

Difahamkan, biji kopi berkenaan ditanam di ladang berhampiran Gunung Berapi Baru (Baru Volcano) di Panama dan terkenal kerana kualiti serta rasa uniknya.

Selepas pembelian itu, peminat kopi dan pengumpul dari Asia termasuk Emiriah Arab Bersatu (UAE) menghubungi kafe Julith untuk mendapatkannya.

Bagaimanapun, Sagsoz menegaskan hanya sebahagian kecil biji kopi berkenaan akan dikongsi dengan keluarga pemerintah Dubai.


Sumber – Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Namplawan123 3-11-2025 12:05 AM
Sama level ke dengan kooi taik musang?
Quote Namplawan123 3-11-2025 12:05 AM
Sama level ke dengan kopi taik musang?
Quote Farnor 3-11-2025 02:50 AM
Guwe ni kalau minum kopi mmg pening kepala
Quote zuuu 3-11-2025 01:30 PM
Secawan kopi je almost rm5k,yg kaya raya harta 7 keturunan makan x abis boleh la rasa kopi ni,aq minum kopi 3in1 jelah yg mampu
Quote B40tastePosh 4-11-2025 01:22 PM
Kopi kalau letak gula memang la sedap rasa premium.
Quote dubuk 4-11-2025 04:38 PM
Kopi kalau letak gula rasa murahan bagi aku la.. tapi kalau letak dark choco ohh paduu
Quote B40tastePosh 4-11-2025 04:55 PM
dubuk replied at 4-11-2025 04:38 PM
Kopi kalau letak gula rasa murahan bagi aku la.. tapi kalau letak dark choco ohh paduu

Acik taste Bipoti.. rasa kampung murahan dan ghaib
Quote midori888 4-11-2025 04:56 PM
geng cuci duit bole lah try kopi nie....
Quote B40tastePosh 4-11-2025 05:01 PM
midori888 replied at 4-11-2025 04:56 PM
geng cuci duit bole lah try kopi nie....


Ye, kopi pun dari Panama

Acik prefer Kopi dari Tanah Ghaib Nuruttimuran. (Kampung Imaginasi Acik)
Quote Samerosie 4-11-2025 05:04 PM
Dah kenapa kopi nak rasa bunga2.  Kalau nal rasa bunga2 camtu might as well minum teh.  I like my coffee rasa kopi der, if not what is the poen.
Quote Kitty_catz 4-11-2025 06:26 PM
zuuu replied at 3-11-2025 05:30 AM
Secawan kopi je almost rm5k,yg kaya raya harta 7 keturunan makan x abis boleh la rasa kopi ni,aq min ...

jgn amalkan selalu.. 3in1 ni tak elok utk kesihatan

lg herlok bancuh nescape kosong je kaka...
Quote Kitty_catz 4-11-2025 06:29 PM
Samerosie replied at 4-11-2025 09:04 AM
Dah kenapa kopi nak rasa bunga2.  Kalau nal rasa bunga2 camtu might as well minum teh.  I like my co ...

how to tell you are rich without telling your are rich punya vibes  sisthurrrrr

layankan saje

haku minum kupi instant kosong je hari2... idop segar bugar sihat alhamdulilah hingga ke hari yini... tak perlu kacip mengacip untuk  mengecap bahagiaaaaaaaaaaaaa
Quote ardent91 4-11-2025 06:30 PM
B40tastePosh replied at 4-11-2025 01:22 PM
Kopi kalau letak gula memang la sedap rasa premium.

yuck! i prefer kosong kalo minum kopi..
Quote Kitty_catz 4-11-2025 06:32 PM
midori888 replied at 4-11-2025 08:56 AM
geng cuci duit bole lah try kopi nie....

termasuk gengn ponder2 influenzer berkerak buat content sampah demi sekumpulan tololwers
Quote akies 4-11-2025 06:50 PM
Mak aihh terlebih premium harga kopi
Quote B40tastePosh 4-11-2025 07:14 PM
ardent91 replied at 4-11-2025 06:30 PM
yuck! i prefer kosong kalo minum kopi..


Di Kampung Ghaib Nuruttimuran
kami minum Kopi Cempaka dan Melur.

Ko kalau datang tempat aku wajib minum Kopi Cempaka Melur

Ni gambar aku bancuh senja tadi

IMG20251104190936.jpg
IMG_20251104_191259.jpg

Quote sharlenetexas 4-11-2025 09:54 PM
Boikotdubai


Quote sharlenetexas 4-11-2025 09:54 PM
B40tastePosh replied at 4-11-2025 07:14 PM
Di Kampung Ghaib Nuruttimuran
kami minum Kopi Cempaka dan Melur.


Pokok bunga cempaka kuning dan putih iols tak berbunga lagi. Dah empat tahun menunggu.


Quote Jitu 4-11-2025 09:56 PM
menda la merepek rasa bunga2, buah2an mcm madu
org minum kopi sbb nak kafein boost je
bkn nak rasa premium ke hapa

Lihat semua komen(64)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-11-2025 01:15 AM GMT+8 , Processed in 0.059882 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top