CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Lepas anakanda Sultan Brunei, giliran anak PM Timor-Leste pula digilai

1-11-2025 12:52 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 3151| Komen: 40

 


PETALING JAYA – Jika sebelum ini Perdana Menteri Timor-Leste, Kay Rala Xanana Gusmao sering menjadi sorotan media dan orang ramai, kini anak lelaki keduanya pula menjadi ‘buruan’.

Bukan sahaja dikenali sebagai seorang yang peramah, mesra rakyat dan suka membantu, malah ketampanannya membuatkan pemuda itu semakin digilai ramai termasuk dari Malaysia.

Menerusi perkongsian di akaun media sosial @Timor-Leste, Kay Olok Gusmao kini menjadi perhatian ramai selepas dilihat bakal mengikuti jejak ayahnya dalam mengurus negara.

Dengan keperibadian mesra rakyat dan dedikasi tinggi, ramai meramalkan Kay Olok bakal menjadi figura penting dalam kepimpinan Timor Leste suatu hari nanti.

Hantaran berkenaan meraih perhatian orang ramai yang rata-rata teruja dengan perkongsian itu, malah ada yang tanpa segan silu memuji dan berharap dapat menjadi pasangan Kay Olok.


“Era putera Sultan Brunei dah tamat, sekarang anak Perdana Menteri Timor-Leste pula,” kata @Missy.Messy.

“Saya sedia menggalas tanggungjawab sebagai isteri dia,” ujar pengguna yang lain.

“Mak, nak yang ni!” komen @Baby Chris. 


Sumber – KOSMO! ONLINE

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote silance 1-11-2025 01:38 PM
Ayahnya masa baru jadi PM lagi elok, nampak berkarisma as pemimpin. Cuma sayang negara miskin.
Quote Decaffeinated 1-11-2025 01:47 PM
Perempuan sekarang.
Quote Suchi 1-11-2025 03:07 PM
silance replied at 1-11-2025 01:38 PM
Ayahnya masa baru jadi PM lagi elok, nampak berkarisma as pemimpin. Cuma sayang negara miskin.

Haa betul ayahnya masa muda helok
Ada gak yg kata muka ayah dia mcm presiden Cuba dulu tu apa ke namanya Castro ke apatah tu
Quote Samerosie 1-11-2025 04:53 PM
Tampan ke?
Quote dua_chzy 1-11-2025 05:12 PM
Edited by dua_chzy at 1-11-2025 09:19 AM

Ha ko tengok. Timorese berduit rupa hapgred sangat k!

Tapi generasi muda Timorese memang helok2. Ye la. Zaman 90an dulu meols tak pernah nampak Timorese kulit cerah putih melepak. Sekarang hado.
Quote dua_chzy 1-11-2025 05:13 PM
Samerosie replied at 1-11-2025 08:53 AM
Tampan ke?

Tampan berbanding leluhur meka.
Quote ekselen 1-11-2025 05:19 PM
Decaffeinated replied at 1-11-2025 01:47 PM
Perempuan sekarang.

hahahaha... mateen lg herlok chuols
Quote gigahertz 1-11-2025 06:08 PM

kat fb ada sorang agent property rupa gini.
Masta apa ntah nama dia. melayu. acah acah cina sikit.
pakai boot besar kuning.
Quote nurkasih74 1-11-2025 06:12 PM
Dlm gambo tu dis gantung puting ke? Haha
Quote cmf_almondpecan 1-11-2025 06:15 PM
dua_chzy replied at 1-11-2025 05:12 PM
Ha ko tengok. Timorese berduit rupa hapgred sangat k!

Tapi generasi muda Timorese memang helok2. Y ...

Mak dia orang putih Australia
Quote dua_chzy 1-11-2025 06:19 PM
cmf_almondpecan replied at 1-11-2025 10:15 AM
Mak dia orang putih Australia

Patutttt laaaarrrrrr

Tapi Xanana pun, rupa herlok. Tak Timorese totok sangat macam suami kepada penyanyi pop juga ratu wushu negara Indonesia, acik Krisdayanti.
Quote Limao 1-11-2025 06:35 PM

Hihihi...boleh bayang jer muka pokcik risau sebagai ayah
Tapi betul la kan?
Quote alesandra 1-11-2025 06:36 PM
Suchi replied at 1-11-2025 03:07 PM
Haa betul ayahnya masa muda helok
Ada gak yg kata muka ayah dia mcm presiden Cuba dulu tu apa ke n ...

fidel castro ke?masa muda ke masa tua. mcm tak je.mungkin sbb pakai military uniform tu nampak sama
Quote cmf_almondpecan 1-11-2025 06:43 PM
dua_chzy replied at 1-11-2025 06:19 PM
Patutttt laaaarrrrrr

Tapi Xanana pun, rupa herlok. Tak Timorese totok sangat macam suami kepada p ...

Rupa Xanana ni memang elok especially masa dia umur 50an.
Quote Samerosie 1-11-2025 07:18 PM
dua_chzy replied at 1-11-2025 05:13 PM
Tampan berbanding leluhur meka.

Itupun mak omputih chuols.  Patut pak pun heskem ada la rupa sikit kan.

1000081295.gif
Quote pusak_lanji 1-11-2025 09:17 PM
Semoga menjaga nama baik bapa nya....
Jangan "berolah" yer anak pm yg ensemmm...
Sekarang zaman viral... CCTV merata...
Quote Jitu 1-11-2025 09:22 PM
ehh gelenyarnya
Quote Tinot7 2-11-2025 09:44 AM
Awat pesen dia loud sgt?
Quote TeropongThaico 2-11-2025 10:11 AM
Isk isk iskkkkkk
Pantang tengok lelaki berdahi licin.... Meleleh jer ayor lior masing2

Lihat semua komen(40)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

13-11-2025 10:13 PM GMT+8 , Processed in 0.259645 second(s), 50 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top