CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Pelekat ‘Keluarga Miskin’ memalukan penerima bantuan

31-10-2025 08:52 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 2236| Komen: 26

  


JAKARTA – Sebilangan penerima bantuan sosial, Program Keluarga Harapan (PKH)  di sebuah daerah di Indonesia nekad menarik diri daripada program tersebut kerana malu rumah mereka dipasang pelekat bertulis ‘Keluarga Miskin’, lapor laman berita Tribunnews hari ini.

Program PKH menyasarkan keluarga berpendapatan rendah termasuk wanita hamil, kanak-kanak kecil, pelajar sekolah, orang kurang upaya dan warga emas.

Matlamat Jabatan Perkhidmatan Sosial dalam memasang pelekat itu adalah untuk memastikan bantuan hanya diberikan kepada mereka yang benar-benar memerlukan.

Bagaimanapun, sebilangan penerima memprotes langkah terbaharu itu kerana menyifatkan ia memalukan mereka.

Disebabkan itu, ramai antara mereka dilaporkan menarik diri daripada menjadi penerima bantuan tersebut, manakala bagi yang benar-benar tidak berkemampuan, mereka menerima langkah tersebut.


Ahli Majlis Perwakilan Rakyat Daerah (DPRD) Kepahiang, wilayah Bengkulu, Nendi Sepriadi berkata, tindakan Agensi Perkhidmatan Sosial Kepahiang adalah wajar kerana ia mahu memastikan proses pemberian bantuan sosial mencapai kumpulan sasaran.

“Bantuan sosial yang diagihkan akhirnya mencapai sasaran yang tepat. Kami melihat ramai penduduk menarik diri kerana mereka merasakan mereka mampu dan malu menerimanya (bantuan).

“Mereka malu dengan pelekat yang melabelkan mereka sebagai keluarga miskin,” katanya.

Nendi berkata, beliau berharap Agensi Perkhidmatan Sosial Kepahiang dapat memberi penerangan terperinci kepada penerima PKH sebelum pelekat dipasang.

“Masyarakat akan diberi pemahaman. Dengan cara ini, penduduk tidak akan berasa terhina atau rendah diri,” tambahnya. – AGENSI

Sumber:– KOSMO! ONLINE 
 

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote PULANGKAN 31-10-2025 10:10 AM
okay.. sapa punya idea buat pelekat gedabak label miskin ni, patut kena pecat, serius bodoh. tak kira apa pun justification di sebaliknya, ia tetap memalukan penerima

catat je la nama dan alamat penerima, masukkan dalam system, rekod. apa payahnya
Quote pisanggoreng 31-10-2025 10:48 AM
ini kelako
Quote kemaruk 31-10-2025 10:49 AM
Patut nya berkias la sket, tulis "smikin"
Quote kubong 31-10-2025 11:07 AM
sebelum pernah baca tentang tong gas subsidiLPG 3 siap tulis untuk masyarakat miskin...makna sekarang lagi memalukan masyarakat nya
Quote zarulnazmi 31-10-2025 11:41 AM
PULANGKAN: okay.. sapa punya idea buat pelekat gedabak label miskin ni, patut kena pecat, serius bodoh. tak kira apa pun justification di sebaliknya, ia tetap me ...


Saya syak diorang ni takde sistem atau database yang boleh simpan maklumat keluarga miskin. Atau mungkin pihak-pihak berwajib malas turun padang dan berharap jiran tetangga atau masyarakat sekeliling yang pergi bantu keluarga miskin sebab dah ada sticker untuk beritahu mereka.

Quote imransulaiman 31-10-2025 12:00 PM
Ok je idea ni.. Supaya isi rumah sedar dan tak miskin seumur hidup meminta..

Baik perkenalkan di Malaysia
Quote Friska 31-10-2025 12:02 PM
Berita fitnah ini, sebenarnya yang menolak itu karena malu setelah ketahuan bukan miskin!

Punya rumah yang layak, punya mobil dan motor

Makanya mereka malu ketahuan sama tetangga yang mereka ini peserta bansos.

Bisa jadi pakai dokumen palsu atau yang direkayasa pas serah dokumen untuk bansos

Jadi ketahuan telah berbohong!

Sengaja dibikin keg gini agar jera mereka

[youtube]dXkBEXjbRvI[/youtube]



Peserta bansos adalah individu atau keluarga yang memenuhi syarat dan terdaftar sebagai penerima bantuan sosial dari pemerintah. Syarat umum mencakup status WNI, memiliki KTP, tergolong keluarga miskin/rentan, dan terdaftar dalam basis data kesejahteraan sosial (DTSEN). Anda bisa memeriksa status sebagai peserta dengan mengunjungi situs resmi cekbansos.kemensos.go.id dan mengisi data diri.  

Syarat utama peserta bansos
  • Warga Negara Indonesia (WNI)
  • Memiliki Kartu Tanda Penduduk (KTP) yang valid
  • Terdaftar dalam basis data kesejahteraan sosial (DTSEN)
  • Tergolong sebagai masyarakat miskin atau rentan miskin
  • Bukan ASN, Polri, atau TNI
  • Tidak menerima bantuan ganda dari program serupa
  • Memenuhi kriteria spesifik program, seperti memiliki anak sekolah atau lansia untuk PKH

Cara mengecek status peserta bansos
  • Buka situs resmi Kemensos melalui peramban di ponsel atau komputer.
  • Isi data wilayah domisili Anda: Provinsi, Kabupaten/Kota, Kecamatan, dan Desa/Kelurahan.
  • Masukkan nama lengkap sesuai KTP.
  • Ketik kode captcha yang muncul di layar. Jika sulit dibaca, klik ikon "reload" untuk menggantinya.
  • Klik tombol "Cari Data".
  • Sistem akan menampilkan data penerima jika nama Anda terdaftar. Jika tidak terdaftar, akan muncul notifikasi "[Tidak Terdaftar Peserta/PM]


Quote FOTHER-MUCKER 31-10-2025 12:43 PM
Edited by FOTHER-MUCKER at 30-10-2025 08:45 PM

Pasal Sticker ni bukan perkara baru sudah bertahun lamanya mereka tampal di dinding hadapan rumah. Kerana terlalu berkurap mereka yang miskin tak mendapat bantuan tetapi mereka yang berduit pula menerima bantuan kemiskinan sebab itu mereka menampal Sticker miskin di rumah orang yang betul betul miskin supaya mereka dapat menerima bantuan. Orang berduit malu nak tampal Sticker seperti itu di dinding hadapan rumah mereka. Beberapa tahun lepas saya tengok di YouTube bang toha bagi penerangan kerana rumah dia ada Sticker seperti dalam gambar ni.
Quote dua_chzy 31-10-2025 01:29 PM
PULANGKAN replied at 31-10-2025 02:10 AM
okay.. sapa punya idea buat pelekat gedabak label miskin ni, patut kena pecat, serius bodoh. tak kir ...

Tak bodoh sebenarnya.

Meols ada tengok laporan berita Ndon pasal ni.

Yang betul2 miskin tegar tu, takda masalah dengan pelekat ni.

Yang malu maluin dengan sticker tu yang pretending meka miskin tegar padehal penduduk sekitar tau meka berkemampuan - jenis muka tak malu makan hak orang miskin. Tu yang gomen Ndon ke gomen wilayah (tak pasti) buat gini untuk identify sapa sebenarnya yang betul2 miskin perlu bantuan dan sapa yang berlakon ja miskin macam Friskis tu berlakon jadik Ndon.
Quote white_musk 31-10-2025 02:00 PM
Elok juga diperkenalkan di Malaysia.... kerana ramai yg berduit tapi acah acah miskin
Quote goldden 31-10-2025 02:09 PM
white_musk replied at 31-10-2025 02:00 PM
Elok juga diperkenalkan di Malaysia.... kerana ramai yg berduit tapi acah acah miskin

betul. ramai yg menipu. ambik hak org yg tak sepatutnya
Quote Skuau 31-10-2025 02:43 PM
dua_chzy replied at 31-10-2025 01:29 PM
Tak bodoh sebenarnya.

Meols ada tengok laporan berita Ndon pasal ni.

"gue bener2 indon tulin bu"-Friska
Quote s@s@ 31-10-2025 02:44 PM
tukar lah ayat tu...
letak ja "keluarga malas"
Quote OyenLemas 31-10-2025 03:10 PM
memalukan sungguh!
Quote yururi 31-10-2025 03:30 PM
Harap malaysia pon buat camni. Buat apa nak malu kalau betul miskin
Quote bpbbppbp 31-10-2025 03:53 PM
Wlaupun mcm tu, harap bntuan smpai kpd yg memerlukan dn dpt kurangkan beban
Quote Decaffeinated 31-10-2025 04:05 PM
Tahukah acikpor PPRT di tanah air ini was real satu masa dulu kemudian ditukar menjadi PPR sahaja sebab T itu bermaksud TERMISKIN.
Quote kotakbaju 31-10-2025 04:50 PM
white_musk replied at 31-10-2025 02:00 PM
Elok juga diperkenalkan di Malaysia.... kerana ramai yg berduit tapi acah acah miskin

Kita kan ada sistem e-kasih tu. Sistem yg simpan maklumat pasal miskin tegar ni.
Quote PULANGKAN 31-10-2025 05:21 PM
dua_chzy replied at 31-10-2025 01:29 PM
Tak bodoh sebenarnya.

Meols ada tengok laporan berita Ndon pasal ni.

oo wait, macam kes kita dulu, family upper M40 layak untuk dapat bantuan tu eh. ciss

so pelekat keluarga miskin ni bukan untuk menyelesaikan masalah, tapi untuk memalukan penerima yang tak layak la ye

Lihat semua komen(26)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

13-11-2025 11:22 PM GMT+8 , Processed in 0.050243 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top