CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Saya tak nak bayar, pertahan prinsip – Datuk Seri Vida

31-10-2025 08:38 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 1740| Komen: 15

 


Usahawan sensasi, Datuk Seri Vida tampil menjelaskan tidak menyesal mempertahan prinsipnya walaupun pelbagai barangan termasuk kereta mewahnya dilelong petang tadi.

“Saya memang tak nak bayar. Walaupun mampu, tapi hati saya sakit. Bayar bank RM100,000 sebulan tunggu projek siap, tapi tiga tahun tak siap-siap,” luahnya secara langung di TikToknya, sebentar tadi.

Vida turut menegaskan, beliau tidak menyesal mempertahankan prinsipnya meskipun terpaksa menanggung akibat hingga ke hari ini. “Kalau saya bayar, reputasi saya hilang nilai. Tapi kalau saya lawan, orang tetap mengata. Saya tetap kuat sebab saya percaya kita kena pandang ke depan,” ujarnya.

Hari ini nama Vida kembali hangat apabila 727 barangan peribadi, termasuk Toyota Vellfire, Toyota Grand Hi-Ace dan BMW X7 dilelong dengan jumlah kutipan keseluruhan mencecah RM1 juta hasil bidaan tertinggi.


Proses lelongan yang berlangsung di kediaman Vida di Meru Heights, Perak itu bermula sekitar pukul 10.30 pagi tadi melibatkan dua pembida.

Lelongan berkenaan berakhir dengan seorang pembida berjaya memperoleh kesemua barangan yang disenaraikan dalam Notis Pengisytiharan Jualan Lelong selepas seorang pembida menarik diri.

Jualan lelong tersebut merupakan sebahagian daripada usaha penyelesaian hutang dan pengurusan semula aset peribadinya, selepas beberapa siri tuntutan mahkamah dan isu projek tergendala sejak beberapa tahun lalu. 


Sumber:– KOSMO! ONLINE 

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote L.U.S.M 31-10-2025 07:50 PM
Bodoh btol xnk byr smpi kne lelong brg..pdhl klu installment pun blh je .ni jual brg kereta lg rugi sbb harga bukan ikut market price tp lelong price...bodoh sgt
Quote Purestteam1 31-10-2025 08:19 PM
ya ya .. baik la tok
Quote sharlenetexas 31-10-2025 08:19 PM
Dulu pun lari dari gst. Prinsiplah sangat.


Quote ekselen 31-10-2025 09:17 PM
kalau dia tau dia betul then tunjukla segala bukti bayaran bagai kt maincon yg dikata dh dibyr tu.. knp taknak fight? juta2 kot.. pelik2 je statement
Quote bioessence 31-10-2025 09:54 PM
Prinsip saya suka menipu dan berhutang.
Tak gitu?
Quote MissVixen 31-10-2025 10:36 PM
Orang yang harta dilelong tu memang dah tak mampu bayar ansuran la tu. Prinsip apa dsv nak sebut kalau bab vida coin pun menipu? Aku dah serik la berusan dengan kaki hutang harta kena lelong ni. Dia punya lidah bercabang kalah ular. Suka play victim, guna ayat agama. Padehal inti dia senang je. Bayar hutang!
Quote tukul 31-10-2025 10:40 PM
Konon bijak la eh ko vida...si bodoh ramai pulak di FB sokong vida ni..
Masa kat court takde nak tunjukkan bukti2 apa yg dikata...mmg kaki kencing Hasmiza ni
Quote mrsLucky 31-10-2025 10:50 PM
Kalau tengok lifestyle Dato Vida, RM1M tu macam mampu bayar....

Since dah lama she tak ada apa2 product yang famous seperti Jus pamoga masih ramai kah yang beli...

Datuk Seri Vida didenda RM4,800

PETALING JAYA: Pengasas Vida Beauty Sdn Bhd, Datuk Seri Dr Hasmiza Othman atau lebih dikenali sebagai Datuk Seri Vida, dihukum denda RM4,800 oleh Mahkamah Majistret, di sini, selepas mengaku bersalah menyiarkan iklan tanpa kelulusan Lembaga Iklan Ubat.

Majistret Mohd Azali Ibrahim turut memerintahkan Vida selaku orang kena saman (OKS), menjalani tambahan hukuman penjara lima bulan, jika gagal membayar denda.

Berdasarkan kertas pertuduhan, Pengasas Vida Beauty Sdn Bhd, Datuk Seri Dr Hasmiza Othman Hasmiza, 46, itu didakwa menyiarkan iklan dalam rancangan Jom Singgah berhubung produk Pamoga untuk mempengaruhi pengguna sebagai ubat atau penyembuh bagi merawat kulit melecur, meredakan sakit sendi dan melegakan sakit lutut seperti yang dinyatakan dalam jadual Akta Ubat (Iklan dan Penjualan 1956), tanpa kelulusan Lembaga Iklan Ubat.

Dia dituduh melakukan kesalahan itu di Sri Pentas, Persiaran Bandar Utama, di sini, antara jam 1 hingga 1.30 tengah hari, pada 18 Julai 2016.

Pendakwaan terhadapnya dibuat mengikut Seksyen 4B Akta Ubat (Iklan dan Penjualan 1956), yang boleh dihukum mengikut Seksyen 5(1)(b) akta, yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum dua tahun atau denda atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.
Quote dua_chzy 31-10-2025 10:52 PM
Gi die la. Balasan la tu kuat nipu orang.
Quote bintangct 2-11-2025 12:59 AM
lelong kat rumah ni kita as public saja² dtg boleh ke?
Quote Jessicaadams 3-11-2025 04:17 AM
I'm so glad I read this article. Thanks for the inspiration.        uscis traductors
Quote prince_marhaen 3-11-2025 04:25 PM
Yang bida harta dia RM1 juta tu yg pakai kopiah baju hitam belang kuning tu ye... baca komen2 ka page berita semua gelak kata tu staff vida, ada muncul la kekadang dalam video tt dia... hihihiihihi.. beli balik ke harta sendiri tu...

Screenshot 2025-11-03 162335.png
Quote KamikuP 3-11-2025 05:01 PM
Ntah2 yg menang bidaan org suruhan tok vida gak.. ekekeke
Quote Kitty_catz 4-11-2025 08:44 AM
udah  masuk nov 2025

ada lagi yg mashi purchaya ke si bidaah ni? sedari dulu mmg kuat menifuuu.. kes diamond fake kasik kat tok ecah la, menifuu title la, belajo kat spain la uk la, ujung2 kamboihh aje cerita bak ditiup angin lalu



ni nak tunggu ada sesapa bukak ke citer prince syed kelempuk tu.. haaa percaya la sangat sayang bini beli brg kemain rega juta2.. now kantoi suh bini potong perut sbb next projek nak juai ubat kurus timbang kelo


Quote marchikobonzo 4-11-2025 10:19 AM
yo yo oo sangat sebab prinsip

Lihat semua komen(15)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

17-11-2025 09:46 PM GMT+8 , Processed in 0.047439 second(s), 29 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top