CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Tak baik cakap kami miskin, sudah tiada duit – Cik B

31-10-2025 08:34 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 1628| Komen: 21

 


Anak kepada usahawan sensasi Datuk Seri Vida (DSV), iaitu Cik B, tampil mempertahankan ibunya selepas isu jualan lelong barangan mewah milik mereka petang tadi.

Dalam satu siaran langsung di media sosial, Cik B menegaskan bahawa orang ramai tidak sepatutnya memperlekeh atau menuduh mereka sudah jatuh miskin kerana menurutnya, DSV masih berjuang dan mampu berdikari walaupun diuji dengan pelbagai dugaan.

“Tak baik cakap kami miskin, tak ada duit. Mama saya kuat. Dia ibu tunggal yang kerja keras dari dulu sampai sekarang.
Orang boleh cakap macam-macam, tapi dia tetap berdiri sendiri,” katanya

Menurutnya, kejadian yang menimpa ibunya berpunca daripada projek pembinaan studio yang tidak siap sejak tahun 2018, melibatkan ‘main contractor’ (maincon) dan ‘subcontractor’ (subcon) yang gagal menunaikan janji selepas menerima bayaran jutaan ringgit.

“Mama bayar kat maincon, tapi maincon tak bayar kat subcon. Mama dah bayar habis RM6 juta, bangunan tu pun Mama beli RM19 juta.

“Waktu tu Cik B umur 12 tahun, tak tahu apa-apa. Sekarang ni baru faham.
Ramai orang ambil kesempatan dengan Mama. Kawanlah, staf lah, semua nak guna dia. Saya kasihan tengok Mama,” ujarnya.

Cik B turut meluahkan rasa simpati terhadap ibunya yang terpaksa menanggung tekanan emosi dan kewangan sendirian tanpa tempat meluahkan perasaan.

Dia turut menegaskan bahawa ibunya bukan meminta simpati, sebaliknya hanya ingin bangkit semula selepas melalui tempoh sukar.

“Mama saya tak minta simpati. Dia cuma nak teruskan hidup. Orang boleh jatuh, tapi tak semestinya terus kalah,” katanya.

Terdahulu, sebanyak 727 barangan peribadi DSV termasuk tiga kereta mewah Toyota Vellfire, Toyota Grand Hi-Ace dan BMW X7 dilelong dan hasil lelongan itu dilaporkan mencecah RM1 juta daripada pembida tertinggi. 


Sumber:– KOSMO! ONLINE

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote telracs 31-10-2025 08:51 AM
Comel jer cik B ni ...
Quote telracs 31-10-2025 08:53 AM
Make up mata ni saya suka...
Quote Perawankota 31-10-2025 09:44 AM
Korang tak kan miskin tiba2 pon kan.. Tetaplah kekayaan yg ada tu masih boleh diwarisi
Quote zehra2 31-10-2025 10:00 AM
miskin dia tetaplah lebih kaya dari kita² semua.
Quote JahLupa 31-10-2025 10:04 AM
Dia ni bukan belajar dekat oversea ke
Quote prettyuglybabe 31-10-2025 10:39 AM
cik b bila nak telan qu puteh qu qurus segala bagai yang tok vida jual tu?
tak nak jadi testimoni produk sendiri ke..
Quote BungaKencana 31-10-2025 11:02 AM
Menurutnya, kejadian yang menimpa ibunya berpunca daripada projek pembinaan studio yang tidak siap sejak tahun 2018, melibatkan ‘main contractor’ (maincon) dan ‘subcontractor’ (subcon) yang gagal menunaikan janji selepas menerima bayaran jutaan ringgit. “Mama bayar kat maincon, tapi maincon tak bayar kat subcon. Mama dah bayar habis RM6 juta, bangunan tu pun Mama beli RM19 juta."


tp knp Vida yg kene? bukan ke subcon patut mnta dkt maincon? iols tak fhm yg ni.. atau ada perjanjian lain?
Quote L.U.S.M 31-10-2025 11:24 AM
Dh ko kuat meriak sgtt...mcm terpaling kaya..sekali sejuta pun xmampu nk byr smpi kena lelong barang kahkahkahhhhhhh
Quote L.U.S.M 31-10-2025 11:29 AM
BungaKencana replied at 31-10-2025 11:02 AM
Menurutnya, kejadian yang menimpa ibunya berpunca daripada projek pembinaan studio yang tidak siap s ...

Klu xmasuk court blh la temberang mcm2..

Ni court pun dh dpt order

Enforcement utk melelong pun dibuat sbb kegagalan nk byr..so cerita ko tu sgt la xvalid

Bkn sekali dua dia kantoi menipu xbyr lhdn la xbg ecah duit n bg brg fake la..now nk salahkan sub con plak...klu betul itu salah main con ke apa..tunjuk bukti kat court itu hari..bkn skrg nk sembang konon2 still ada duit..

La vidacoin pun ko menipu rmi org tp xkena tgkp
Ini kalilahhhh!!!Adan uke
Quote BungaKencana 31-10-2025 11:40 AM
L.U.S.M replied at 31-10-2025 11:29 AM
Klu xmasuk court blh la temberang mcm2..

Ni court pun dh dpt order

kannn... kalau slh maincon apasal kau yg kne, kan nmpk bodoh kt situ.. kes pulak masuk court tak kan Hakim Lawyer yg bodoh
Quote Sazreena 31-10-2025 05:48 PM
Tu namanya Allah tegur...
Quote sharlenetexas 31-10-2025 08:21 PM
Kacak tak gi spain jugakkah?


Quote alesandra 31-10-2025 08:50 PM
Tgk muka cikb ni teringat isu anak kimk baru ni.
Quote Shayang 31-10-2025 09:29 PM
Berapa dah ye umur cik B ni?dah melepasi 18 tahun kan
Quote tukul 31-10-2025 10:48 PM
Kdg kesian dgn cik b ni...hidup jauh lagi..umur pun lom 20 cik b ni kan..
Dapat mak pun walaupun bekas guru tp otak mcm tak center..
Quote cikus 2-11-2025 08:35 PM
Anak pon x berani makan produk kurruih mak dia juai...produk putih lagi laa....????????
Quote Hoola 2-11-2025 08:40 PM
achik suka personaliti cik b
cuma belajar2 la jd humble,
satu msia mmg tahu fmly korg kaya raya jenama mewah atas bawah kiri kanan lua dalam
Quote Piramida 2-11-2025 08:56 PM
Why border? Kalau masih kaya raya?
Patutnya x kena lelong or sita or apa2 lah kalau betul caranya... kann?

Btw miskin kais pagi ptg tu memang taklah... So again why border?
Quote mrsLucky 2-11-2025 08:57 PM
Edited by mrsLucky at 2-11-2025 08:59 PM

Hidup ini keras...Kadang2 di atas tiba2 boleh tergolek ke bawah...

Tengok jer apa jadi pada Dato yang pernah di gossip scam jual tanah...

Lihat semua komen(21)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

8-11-2025 09:22 AM GMT+8 , Processed in 0.056224 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top