|
Penyanyi Shila Amzah meluahkan rasa syukur kerana suaminya, Ubai seorang yang memahami dan menerima kekurangannya dalam hal menguruskan kerja rumah. Menerusi perkongsian di Threads, Shila berkata suaminya tahu bahawa dia tidak suka melipat baju dan mengambil masa yang lama untuk melakukan kerja tersebut. “Ubai tahu saya memang tidak suka lipat baju. Tapi alhamdulillah dia terima kekurangan saya. “Dulu kalau kena lipat baju, duduk depan televisyen ada tiga jam tidak habis-habis. Kalau Ubai lipat, sekejap je settle, lepas tu semua sama saiz lipatan dia,” tulisnya.
Untuk rekod, Shila dan Ubai berkahwin pada Ogos 2023. Pasangan itu dikurniakan seorang cahaya mata perempuan, Rhea Akira pada 9 Mei tahun lalu. Sumber: Rotikaya |
AkokKocik replied at 31-10-2025 11:57 AM
Itu bukan kekurangan...itu kemalasan, aku bkn nk kutuk, komen jer...ramai surirumah yg malas nk lipa ...


PULANGKAN replied at 31-10-2025 10:22 AM
dulu iols kesian tengok mak lipat baju berlonggok-longgok, anak ramai, tapi leka la depan tv
kitora ...

penmerah replied at 31-10-2025 04:38 PM
Akak sangat suka lipat baju
Rasa bangga dan bahagia angkat baju dari jemuran dan terus lipat
ADVERTISEMENT