|
Pelakon dan usahawan, Fazura meminta orang ramai agar mendoakan yang terbaik buat rumah tangga pasangan selebriti Uqasha Senrose dan Kamal Adli. Menerusi sesi siarang langsung, Fazura meminta orang ramai agar tidak masuk campur urusan rumah tangga pasangan tersebut dan biar mereka selesaikannya. “Kita doakan yang terbaik buat Uqasha dan Kamal. Kita sebagai umat Islam kita jangan campur urusan rumah tangga orang. “Uqasha ke, Kamal? No team- team. Itu adalah urusan rumah tangga mereka berdua sahaa. Biar mereka selesaikan. Kita doakan yang baik-baik. Kalau yang baik yang Allah reda itulah yang terbaik buat mereka,” katanya. Sementara itu, Fazura berkata tindakan masuk campur rumah tangga orang lain adalah tidak bermoral dan dalam perkahwinan hanya suami isteri sahaja tahu kebaikan dan keburukan masing-masing. “Jangan campur urusan rumah tangga orang. Itu adalah sifat atau perangai tidak baik dan tak bermoral. Jangan. Saya nasihatkan diri saya juga dan semua, sama-sama kita berjuang. Jangan campuri urusan rumah tangga orang,” katanya.
Dalam pada itu, Fazura turut menegur segelintir pihak yang suka mengkritik wanita lain dalam soal tanggungjawab sebagai ibu dan jika tiada apa yang baik untuk diperkatakan lebih baik berdiam sahaja. “Apabila kita melihat terutamanya para wanita..jangan nak condem wanita-wanita lain pula. Anak satu ke? Anak dua ke? Anak tiga? Anak empat? Tak kisah…masing-masing ada struggle masing-masing. “Don’t judge, be a good Muslim, good human being, bagi motivasi. Kalau taka ada apa-apa nak cakap, say nothing at all,” katanya. Sumber: Xtra, Rotikaya |
telracs replied at 31-10-2025 08:35 AM
Saya doakan Fazura juga dilimpahkan kebahagiaan dunia akhirat.
Amein Amein Amein Ya Rabbal Alamein.




kakasotong2 replied at 31-10-2025 09:33 AM
1st thing 1st, tala nasihat tu dekat kengkawan engko dulu kot yg serba serbi toksik supaya jangan ma ...
telracs replied at 31-10-2025 08:35 AM
Saya doakan Fazura juga dilimpahkan kebahagiaan dunia akhirat.
Amein Amein Amein Ya Rabbal Alamein.
SisLena replied at 31-10-2025 09:28 AM
BTW lawo ye dia gi tgk tayangan perdana malam terlarang smlm. Siap ade borak dgn Jul Ripin lg. Haha. ...
KBW2 replied at 31-10-2025 09:39 AM
Nasihat no 2 chuol ni tala juga pada semua panataik baik belah sana atau belah sini, semua kita ka ...

ADVERTISEMENT