CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

“Tak Nak Kerjasama Dengan Orang Mengarut” – Zul Ariffin Tak Jadi Pindah Mekah

31-10-2025 08:11 AM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 2121| Komen: 30

 


Sebelum ini pernah berhasrat untuk menetap di Mekah atas urusan perniagaan, pelakon Zul Ariffin membatalkan hasrat untuk berhijrah ke sana.

Memetik Oh Bulan, Zul berkata semua berhajat untuk tinggal di Mekah namun keputusan itu dibuat selepas dia menilai semula keadaan dan tidak semua yang dirancang akan menjadi.

“Kadang-kadang kita bersembang, kita rancang, kita gembira, kita kongsi dan kalau tak jadi nak buat macam mana. Kita pun kadang-kadang jumpa orang mengarut yang Allah bagi.

“Saya rasa ketika itu saya tengah gembira selain pernah duduk sana pun beberapa kali. Paling lama tinggal sampai tiga bulan. Rasanya itu (tinggal di Mekah) adalah hajat semua orang,” katanya.

Sementara itu, Zul berkata dia tidak mahu melepaskan kerjayanya sebagai pelakon serta berpendapat diluar sana macam-macam orang mengarut dan tidak mahu bazirkan waktu dengan perkara yang tidak pasti.


“Kadang-kadang sebagai artis ada benda yang kita rancang seperti perniagaan dan sebagainya tapi bisnes bukan keluar berniaga sahaja boleh terus jadi kaya. Kalau menjadi Alhamdulillah tapi tidak semua berjaya, lagi pula saya bukan orang daripada keluarga peniaga.

“Dalam karier dan keadaan sekarang, kalau saya lepas (kerjaya) semata-mata ambil risiko bekerjasama dengan orang kita sendiri tak tahu betul atau tidak agak mustahil.

“Sekarang ini tahulah di luar itu ada macam-macam orang mengarut. Agak buang masa dan karier saya sekarang pun okey, satu demi satu tawaran datang,” katanya.

Tambah Zul lagi, lakonan adalah bidangnya dan dia gembira dengan kerjayanya serta mahu memberi fokus dengan apa yang dimilikinya kini.

“Sekarang saya hanya padam saja niat itu dan tolak tepi sebab saya tak nak bekerjasama dengan orang mengarut. Itu saja.

“Kita ada fasa jumpa orang bagus dan ada juga bertemu orang mengarut. Saya anggap benda itu adalah fasa jumpa orang mengarut. Itu sahaja,” katanya.

Sumber: Oh Bulan, Rotikaya

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote apedehal 31-10-2025 08:20 AM
Kawen la zul...jgn sia-siakan baka yg herlok tu
Quote lasagna 31-10-2025 08:30 AM
apedehal replied at 31-10-2025 08:20 AM
Kawen la zul...jgn sia-siakan baka yg herlok tu

heols bkn xmo kawen, nak jer tu..
tapi tu laa lom berjodohan.
Quote apedehal 31-10-2025 08:35 AM
lasagna replied at 31-10-2025 08:30 AM
heols bkn xmo kawen, nak jer tu..
tapi tu laa lom berjodohan.

Tunggu kak gaya revert ker??smpai ke sudahh..huhuhu
Quote BoongaKertas 31-10-2025 08:43 AM
mlm td premier tu, nmpk kak gaya elegan betul. pinang jer lah kak gaya tu zul oi. btw, bila dia dah kurus ni, he's back to his shape masa zmn citer dia jd pilot tu.
Quote shalalat 31-10-2025 09:28 AM
BoongaKertas replied at 31-10-2025 08:43 AM
mlm td premier tu, nmpk kak gaya elegan betul. pinang jer lah kak gaya tu zul oi. btw, bila dia dah  ...

Takde pict kak gaya ke? Agak2 dah almost 60 agaknya kak gaya now
Quote BoongaKertas 31-10-2025 09:29 AM
shalalat replied at 31-10-2025 01:28 AM
Takde pict kak gaya ke? Agak2 dah almost 60 agaknya kak gaya now

ala takdelah chuols. iols tgk igs fazura mlm td. nmpk kak gaya, vanida imran, sein ruffedge, normah damanhuri...eh lawanya vanida imran. tiberr.
Quote lightheaded67 31-10-2025 09:52 AM
ok la tu
Quote Perawankota 31-10-2025 11:38 AM
Masa dia duduk kt mekah 3bln tu, pakai visa apa ek? Visa pelancong ke?
Quote cicicumel 31-10-2025 11:52 AM
apedehal replied at 31-10-2025 08:20 AM
Kawen la zul...jgn sia-siakan baka yg herlok tu

Terbaca komen walafaz cuba kenenkan idolanya dgn Zuk Ripin hehe
Quote Rogue98 31-10-2025 01:09 PM
cicicumel replied at 31-10-2025 11:52 AM
Terbaca komen walafaz cuba kenenkan idolanya dgn Zuk Ripin hehe

He deserves better..
Quote lasagna 31-10-2025 01:17 PM
apedehal replied at 31-10-2025 08:35 AM
Tunggu kak gaya revert ker??smpai ke sudahh..huhuhu

kalau kata betul, lama dah dlu sheol reverted..
tp nmpk gaya mcm tak nk pun, so xkn ler heols nk paksa2 kann.
tp iols ske tgk heols dgn zahirah dlu,
tp tu lahh apak sheol plak tak merestui..
Quote lasagna 31-10-2025 01:27 PM
Perawankota replied at 31-10-2025 11:38 AM
Masa dia duduk kt mekah 3bln tu, pakai visa apa ek? Visa pelancong ke?

dia camni... nak buat umrah guna visa umroh, yg ni valid 30-90days.

kalau nk travel, guna tourist visa (Saudi eVisa or Visit Visa),
validity - boleh multiple entry eVisa smp 1 year, stay up to 90days per entry lah.
flexiblenya boleh freely across all cities dlm Saudi tu, dan visa tourist ni bleh guna utk perform umroh juga, kecuali musim Haji.
so the best choice, kalau nk stay up to 3 bulan, travel around, pastu combine dgn umrah, betul lah tu visa pelancong.

Quote makadek 31-10-2025 01:30 PM
nasib ko tk collabs dgn mek kalau tk mampus ko kena paksa kawin dgn janda bijik tersentil
Quote Perawankota 31-10-2025 04:10 PM
lasagna replied at 31-10-2025 01:27 PM
dia camni... nak buat umrah guna visa umroh, yg ni valid 30-90days.

kalau nk travel, guna tourist ...

Oooo thanks for the information
Quote songket_merah 31-10-2025 04:13 PM
BoongaKertas replied at 31-10-2025 08:43 AM
mlm td premier tu, nmpk kak gaya elegan betul. pinang jer lah kak gaya tu zul oi. btw, bila dia dah  ...

uols dah tengok ke malam terlarang? kasi spoiler terus, best ke
Quote apedehal 31-10-2025 04:38 PM
lasagna replied at 31-10-2025 01:17 PM
kalau kata betul, lama dah dlu sheol reverted..
tp nmpk gaya mcm tak nk pun, so xkn ler heols nk p ...

Kalau jd letop muka anak internesenel
Quote adelea 31-10-2025 04:45 PM
lasagna replied at 31-10-2025 01:17 PM
kalau kata betul, lama dah dlu sheol reverted..
tp nmpk gaya mcm tak nk pun, so xkn ler heols nk p ...

Bukan heols marah sbb zahirah selfi kat kubut mak dia … pastu masa tu kan bergaduh ramai dgn kamal adli and gf dia masa tu emma kot … sampai duduk 4 sembang 4 org tu ye
Quote apedehal 31-10-2025 04:52 PM
adelea replied at 31-10-2025 04:45 PM
Bukan heols marah sbb zahirah selfi kat kubut mak dia … pastu masa tu kan bergaduh ramai dgn kama ...

Eh yg ni yg mana ek?igt dlu masa kapel smpai jahirah kena buat cerita diculik la apa kat tmpat parking
Quote sphinx 31-10-2025 04:55 PM
heols ni mmg jenis bercakap tak buka mulut eyh.. ke heols tak reti project suara.. iols based on igs kakafaz masa theyols bersembang kejap tu.. org buka mulut, suara keluar tp dia ni buka mulut, suara ke dalam.. tah camne nk describe

Lihat semua komen(30)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

8-11-2025 09:29 AM GMT+8 , Processed in 0.039985 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top