CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

“Saya Bantu Selamatkan Rumah Tangga” – Coach Cerai Nafi Ajar Orang Bercerai

31-10-2025 08:06 AM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 1371| Komen: 17

 


Kelibat individu bernama Mohd Izary Muhammed Ikhbal yang kini dikenali sebagai ‘Coach Cerai’ ketika kes prosiding cerai Uqasha Senrose, berkata dia dikecam hebat sehingga digelar dasim.

Memetik Harian Metro, Izary bagaimanapun tidak menyalahkan netizen kerana tidak memahami skop kerjanya sehingga disalah anggap mahu mengajar orang bercerai.

“Memang ada yang kecam hingga panggil dasim (syaitan atau jin yang merosakkan rumah tangga) dan persepsi negatif kerana anggap saya nak ajar orang bercerai.

“Tapi saya tak salahkan mereka, mungkin ada beranggapan begitu kerana tak faham skop kerja saya yang sebenarnya nak bantu selamatkan rumah tangga,” katanya.

Berkongsi lanjut, Izary berkata sebelum ini dia bekerja dalam bidang kewangan dan beralih kerjaya sebagai pembimbing merangkap penasihat pasangan selepas berpisah sejak Oktober tahun lalu.


Menurut Izary lagi, dia berdepan dua kali episod perceraian dengan bekas isteri serta memahami kesukaran selepas berpisah.

“Saya ada pengalaman bercerai, yang pertama pada 2006 dan kini dengan isteri hasil perkahwinan kali ketiga.

“Alhamdulillah, rumah tangga saya sekarang sudah bertahan selama 12 tahun dan sebelum ini, saya pernah beri nasihat kepada pasangan yang ada isu rumah tangga supaya tak bercerai,” katanya.

Dalam pada itu, Izary berkata dia turut dibantu isteri, Ungku Zuraida Ungku Izzat sebagai penasihat bagi memberikan sudut pandang wanita.

Kongsinya lagi, ada pasangan yang hampir bercerai namun membatalkan hasrat mereka selepas mengikuti programnya sekaligus dia dapat membantu menyelamatkan rumah tangga yang retak.

“Pendekatan saya adalah dengar masalah klien kemudian bimbing mengikut situasi bersandarkan pengalaman peribadi saya dan perkara pertama adalah bantu perbetulkan pemikiran mereka mengenai rumah tangga.

“Saya tak pernah galak orang bercerai tapi bagi mereka (klien) ‘cermin’ untuk lihat semula diri dan beri kesedaran, bukannya beritahu apa mereka patut buat.

“Alhamdulillah, rata-rata klien puas hati dan beri maklum balas positif. Kepuasannya dapat membantu menyelamatkan rumah tangga kerana pernah ada pasangan yang hampir nak bercerai sebelum ikuti program saya tapi batalkan hasrat keesokannya.

“Ada juga yang klien wanita trauma dengan perceraian tapi akhirnya terbuka hati nak berkahwin lagi tapi semuanya juga berlaku dengan izin Allah SWT,” katanya.

Sumber: Harian Metro, Rotikaya
 

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote coco 31-10-2025 08:17 AM
yang pelik pelik sajala manusia sekarang nak rembat duit atas kesengsaraan orang.   buat sessi kaunseling sedangkan dia pun x ada kelulusan nak kaunseling orang.   bodoh la sapa jadi pelanggan dia.  dia pun 3 kali cerai.....
Quote likilu 31-10-2025 08:23 AM
Dulu kumbre pun kemain bg talk kesana kemari time pujuk erra

Coach cerai jugak la kot ke apa time tu?
Quote alesandra 31-10-2025 08:30 AM
Oh ini ke yg aku baca lawyer jendul ni sampai tarik diri.sejenis bangang?
Quote kucingitam 31-10-2025 08:47 AM
loyer tarik diri sbb dia lebih dgr nasihat dr coach ke cemana?
Quote MissVixen 31-10-2025 09:13 AM
Paki mamak mana ni? Ini bapak kepada red flag sebab sampai 3x cerai. Kalau sekali tu boleh la cakap kemungkinan salah bini. Ungka ni macam mana kenal orang yang bermasalah macam ni? Ustaz ada, pakar kaunseling bertauliah ada tapi ini yang dipilih. Pelik2 aje.
Quote kaseh80 31-10-2025 09:37 AM
Ada pengiktirafan dari mana ????
Coach Cerai  tak pernah ada lagi
Sauk dari mana ?
Lebeh kepada who are yus?????

Quote zuuu 31-10-2025 12:30 PM
First time dengar coach cerai ni,macam2 jenis pekerjaan zaman skrg
Quote farlis 31-10-2025 01:00 PM
Aje gampang
Quote LaskarHijayu 31-10-2025 01:30 PM
kaseh80 replied at 31-10-2025 09:37 AM
Ada pengiktirafan dari mana ????
Coach Cerai  tak pernah ada lagi
Sauk dari mana ?

KA boleh saman dia tak bawah akta ganggu RT depa haha... coach cerai bagai2 laa uqa pon...
Quote Cassieopeia 31-10-2025 02:47 PM
ade dengar peguam cerai aka peguam syarie la tp coach cerai ni baik
Quote Perawankota 31-10-2025 04:19 PM
Manalah si qasha jumpa coach ni
Quote bpbbppbp 31-10-2025 04:21 PM
Kalau nak bantu, label nama tu kena btul. Mcm x kena nama coach cerai huhu. Tukar jelah. Apapun hope brjaya lah bntu. Jgn jdi mcm ehati sudah
Quote Piramida 31-10-2025 04:56 PM
OK je pekerjaan kaunselor..
Yg dia ni kaunselor bertauliah ke ni?
Nak layak as kaunselor ni ada course utk melayakkan dpt certificate dan tahu selok belok segala mala yg patut....
Quote Purestteam1 31-10-2025 07:43 PM
kenapa perlu babitkan org luar/pihak ketiga yg kita tak tau kompetennya


betul la org ckp cantik x semestinya bijak..  real life..

harap baik² semuanya
Quote Shayang 31-10-2025 09:43 PM
Semua pakat jd coach belaka eh?
Mcm kuruskan badan laa
Takde sijil pebenda pun hanya sebab ko berjaya kurus badan pastu ramai nk tau ko diet cemana dan2 la ko buka kelas diet dan jadi coach plak
Cam tu jelaa org skrg buat duit
Quote shahirakay 31-10-2025 09:45 PM
Korang terlepas hint contohhhh ke? Involves DV.
Quote mawarberbisa 31-10-2025 11:17 PM
ungka ni memang kacip

aku ingatkan semua bodoh dan kacip dia dah habis masa single dulu. rupanya sampai sekarang masih ada. orang mcm ni nak dibuat bini. bodoh punya kemal

Lihat semua komen(17)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

8-11-2025 08:48 AM GMT+8 , Processed in 0.035851 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top