CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

“Jangan Tayang Bahagia & Harta, Kalau Nak Keluarga Kekal Harmoni” - Ashraf Muslim

31-10-2025 08:04 AM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 372| Komen: 3

 


Pelakon Ashraf Muslim menitipkan nasihat kepada pasangan suami isteri untuk menjaga privasi keluarga kerana tidak semua perkara perlu dikongsikan.

Memetik HibGlam, Ashraf berkata kunci kebahagiaan rumah tangga bergantung pada kejujuran mengurus emosi serta menjaga batas dalam berkongsikan sesuatu di media sosial.

“Keluarga itu hak kita. Mereka harta paling mahal. Harta perlu dijaga baik-baik, disanjung, disayangi. Ada perkara boleh kita kongsi, ada perkara patut simpan untuk diri sendiri.

“Sebab kalau semua benda nak dicerita pada orang, apa pula yang tinggal untuk kita dan pasangan? Itu amanah dalam rumahtangga,” katanya.

Sementara itu, Ashraf berkata kemewahan, kesedihan mahupun kebahagiaan tidak wajar dijadikan bahan tontonan umum untuk meraih perhatian.

“Media sosial bukan tempat dapat bahagia. Banyak kesan negatif. Untuk kekalkan keharmonian, jangan rajin tunjuk bahagia, harta, sedih atau sakit.


“Perkara begitu boleh undang fitnah. Sekarang teknologi maju, jaga jari, jaga kata-kata. Jangan sampai keluarga kita terguris,” katanya.

Tambahnya lagi, Ashraf turut mengingatkan orang ramai agar tidak terlalu obses untuk mengikuti kehidupan orang lain di media sosial sehingga mengabaikan nilai agama.

“Sekarang ramai percaya media sosial lebih daripada Tuhan. Kalau rasa perkongsian bawa ke syurga, teruskanlah.

“Tapi kalau nampak mudarat kepada diri atau keluarga, lebih baik elak. Hati-hati bila berkongsi, hati-hati bila komen. Jangan sampai rosakkan jiwa kita,” katanya.


Sumber : – HibGlam, Rotikaya

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote telracs 31-10-2025 08:45 AM
Tak payah kongsi langsung dengan orang luar lagi bagus.

Tapi, dah nama selebriti, ada peminat yang sibuk je nak tahu hal mereka...

Cuma, pepandailah jawab kalau ditanya oleh wartawan...

Kalau tak de yang tanya, tak perlulah nak cerita sendiri...

Hmmmm... yang bukan retis pun sekarang terlalu ramai yang suka buka cerita hal rumahtangga di laman sosial...

Dapat apa ntah... kena kecam tahu pulak merentan memasing...

Quote KamikuP 31-10-2025 09:00 AM
Meolls setuju yaachh.. tengok contoh arwah Cik Non (kembor Shuk Gundu), masa hidop bukan main tayang kemesraan lakibini hingga ke cerita dalam kain pun bercerita, bila dah meninggal, laki dia suruh tutp aib.. cehh
Quote casper2022 31-10-2025 09:07 AM
nasihat ini terpakai untuk semua xkira retis atau rakyat marhaen.

Lihat semua komen(3)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

8-11-2025 08:24 AM GMT+8 , Processed in 0.034573 second(s), 16 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top