|
Isteri kepada penyanyi Nubhan iaitu Dr Afifah Hidayah berkata suaminya tidak berbincang dengan kedua ibu bapanya berkenaan kemelut rumah tangga mereka. Memetik HibGlam, Dr Afifah berkata suaminya juga tidak memaklumkan kepada keluarganya bahawa penyanyi itu sudah menceraikannya dan hal perkahwinan mereka terus dibawa ke mahkamah seperti yang diinginkan Nubhan. “Nubhan tak maklum sudah ceraikan saya kepada keluarga, malah ayah akui mereka lama tak berhubung. Saya tetap hormati dia. Sebenarnya saya tak perlu balas apa-apa tetapi apabila nama ayah saya disebut-sebut, saya kena beritahu perkara sebenar. “Walaupun ayah saya tak campur urusan rumah tangga kami, hal besar seperti ini (perceraian) kena maklumkan kepadanya. Memang dia tidak beritahu walaupun selepas talak dilafazkan mahupun ketika nak naik mahkamah. “Makcik saya yang maklumkan perkara ini di grup WhatsSpp famili, barulah ayah dan ibu saya tahu. Mereka terkejut,” katanya.
Sementara itu, Dr Afifah menafikan dakwaan suaminya bahawa mereka sudah berjumpa dengan pakar kaunseling untuk menyelamatkan rumah tangga mereka. “Seingat saya kami tidak berjumpa dengan mana-mana pakar kaunseling rumah tangga, namun ada bertemu seorang ustaz yang juga kenalannya. Tidak mengapalah, kalau dia cakap begitu. “Sepanjang perkahwinan saya jalankan tanggungjawab terhadap suami dan anak-anak sebaik mungkin. Saya juga mencari pendapatan tambahan agar tidak dikata terlalu bergantung kepada suami,” katanya. Sumber : – HibGlam |

bluebutter replied at 30-10-2025 10:34 AM
Rasanya wife dia ni nampak cam bonyok cam tu, jenis tak active, terlalu menurut, tak makan Daging ra ...
BoongaKertas replied at 30-10-2025 10:11 AM
“Sepanjang perkahwinan saya jalankan tanggungjawab terhadap suami dan anak-anak sebaik mungkin. Say ...

BoongaKertas replied at 30-10-2025 10:11 AM
“Sepanjang perkahwinan saya jalankan tanggungjawab terhadap suami dan anak-anak sebaik mungkin. Say ...
Nurul_007 replied at 30-10-2025 12:33 PM
Kesian juga tgk bila tgk isteri dh bt yg terbaik tk ada sb nk cerai tp diceraikan sb hanya kerana la ...
vender replied at 30-10-2025 01:07 PM
Pendapatan tambahan tu maksudnya apa eh...dia mmg bekerja kan ada klinik sendiri. Blaja pun dentis ...
ADVERTISEMENT