|
KUALA LUMPUR: Bendahari Pemuda Barisan Nasional (BN), Datuk Shahrul Nasrun Kamarudin, direhatkan sementara daripada tugasnya susulan dakwaan kontroversi oleh bekas isterinya yang tular di media sosial. Ketua Pemuda BN, Datuk Dr Muhamad Akmal Saleh, berkata keputusan itu dibuat bagi memberi ruang kepada Shahrul Nasrun untuk menyelesaikan urusan peribadinya selepas isu berkenaan mendapat perhatian umum. "Buat masa ini, Datuk Shahrul direhatkan sementara daripada tugasnya sebagai Bendahari Pemuda BN bagi membolehkan beliau menumpukan perhatian kepada urusan peribadinya. "Mengenai hal peribadinya, kami tidak akan campur tangan dan akan memberinya ruang yang diperlukan untuk menyelesaikannya," katanya, seperti dilaporkan sebuah portal berita, hari ini. Kontroversi membabitkan Shahrul Nasrun tercetus baru-baru ini, selepas bekas isterinya, Datin Amyera Zainal, membuat beberapa dakwaan melalui media sosial.
Pempengaruh dan usahawan itu, berkata beliau berbuat demikian kerana merasakan ada pihak tertentu yang cuba merosakkan reputasinya. Dakwaan itu tercetus hanya beberapa hari selepas Shahrul Nasrun bertunang pada 25 Oktober lalu, yang mencetuskan perbincangan meluas di media sosial mengenai kredibilitinya sebagai seorang tokoh politik. Shahrul Nasrun kemudian mengeluarkan kenyataan di media sosialnya, yang menafikan dakwaan itu dan menyatakan kekesalan kerana isu peribadinya menjadi perhatian umum. Beliau juga mempertahankan tunangnya, Meerween Hanees Natasha Meeat dan menegaskan bahawa wanita itu tidak terbabit dalam skandal berkenaan. Sumber : – BH |

PULANGKAN replied at 30-10-2025 11:03 AM
wait what, isu ape ni. iols ketinggalan kereta api

pooh~key replied at 30-10-2025 11:05 AM
Isu butt plug sissy.
edayildiz: i pnh crush kt dia..huhu...skr ...
renko replied at 30-10-2025 10:43 AM
kemal berkutik tapi cakap baik je
xmau lak terlolong


ADVERTISEMENT