CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Kadar kemiskinan tegar di Malaysia turun dengan ketara - Menteri Kewangan II

30-10-2025 09:31 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 214| Komen: 3

 


KUALA LUMPUR: Kadar kemiskinan tegar nasional mencatat penurunan kepada 0.09 peratus tahun lalu berbanding 0.2 peratus pada tahun sebelumnya, demikian Dewan Rakyat dimaklumkan hari ini.

Menteri Kewangan II, Datuk Seri Amir Hamzah Azizan, berkata penurunan itu menunjukkan hanya kira-kira 7,000 individu kini berstatus miskin tegar di seluruh negara.

Beliau menjelaskan kejayaan itu hasil pelaksanaan berterusan pelbagai inisiatif dan pendekatan di bawah Kerajaan MADANI bagi menangani isu kemiskinan secara menyeluruh.

"Hanya ada tiga negeri masih merekodkan kelompok miskin tegar dan kita akan terus berusaha mengurangkannya.

"Kita juga memperkenalkan Indeks Kemiskinan Pelbagai Dimensi (MPI) bagi memperkukuh usaha menangani kemiskinan, bukan sekadar dari sudut kewangan semata-mata, tetapi turut mengambil kira aspek kemudahan asas dan kesejahteraan rakyat. Terdapat banyak penambahbaikan yang dapat dilihat dalam data semasa," katanya.


Beliau berkata demikian ketika menggulung perbahasan Rang Undang-Undang Perbekalan (Belanjawan) 2026 peringkat dasar bagi Kementerian Kewangan di Dewan Rakyat hari ini.

Sementara itu, Amir Hamzah menegaskan Agenda Pemerkasaan Bumiputera tidak pernah diketepikan oleh kerajaan, sebaliknya diteruskan melalui pelaksanaan Pelan Transformasi Ekonomi Bumiputera 2035 (PuTERA35) yang sedang diterjemahkan oleh semua kementerian dan agensi berkaitan.

Beliau berkata, dalam melaksanakan agenda itu, kerajaan mengambil pendekatan negara menyeluruh, bukan hanya melibatkan agensi kerajaan semata-semata, tetapi turut membabitkan pelbagai pihak lain.

"Hasilnya, pelaksanaan Agenda Pemerkasaan Bumiputera setakat ini menunjukkan pencapaian yang positif," katanya.


Sumber : – BH

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote nono86 30-10-2025 08:23 PM
Seriously???!!! Dengan duit SARA dan STR ka? Kira tak miskin dah la? Bisaaaaa.. negeri miskin tu, kelate, sabah dan ?
Quote Tunan 30-10-2025 09:10 PM
Nak tau gak 3 negeri tu apa
Quote Kitty_catz 31-10-2025 02:40 PM
Tunan replied at 30-10-2025 01:10 PM
Nak tau gak 3 negeri tu apa

salah satu ekekekekekekeeeeee

kelantan.gif

Lihat semua komen(3)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

13-11-2025 11:11 PM GMT+8 , Processed in 0.063437 second(s), 20 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top