CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Polis sahkan temui mayat wanita tidak berpakaian, tangan diikat di Seri Kembangan

30-10-2025 09:27 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 3407| Komen: 38

 


SERDANG: Polis mengesahkan penemuan mayat seorang wanita dalam keadaan tidak berpakaian dan tangan terikat di kawasan semak berhampiran bulatan Blue Water Estate, Seri Kembangan, di sini hari ini.

Ketua Polis Daerah Serdang, Asisten Komisioner Muhamad Farid Ahmad berkata, jasad wanita itu ditemui orang awam yang kemudian membuat laporan pada 3.45 petang.

"Balai Polis Serdang menerima panggilan telefon berhubung penemuan mayat seorang wanita warganegara belum dipastikan dalam keadaan tidak berpakaian dan tangan diikat.

"Tinggi mangsa ialah 144 sentimeter, berambut perang dan panjang melepasi paras bahu, berkuku panjang, memakai subang perak di kedua telinga, memakai gelang kain berwarna hijau dan merah serta memiliki tatu di tangan kanan," katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurutnya, siasatan lanjut dijalankan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman mati kepada pelaku sekiranya disabitkan kesalahan.


"Orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kes diminta menghubungi balai polis berhampiran atau Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Serdang di talian 0380742222," katanya.

Terdahulu akhbar melaporkan misteri bau busuk berhampiran Jalan Anggerik, Seri Kembangan, terungkai apabila polis menemukan satu jasad manusia di sini, hari ini.


Sumber : – BH

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote PULANGKAN 30-10-2025 11:05 AM
memakai gelang kain berwarna hijau dan merah serta memiliki tatu di tangan kanan


gelang kain?
Quote emera 30-10-2025 01:58 PM
Gaya mcm pendtg.
Quote Purplehaz 30-10-2025 02:01 PM
Pompuan Vietnam, china, laos , thai kot, Tali benang tu selalu dipakai bangsa dorang
Quote nisako 30-10-2025 02:02 PM
ishhhh mcm mcm
Quote Decaffeinated 30-10-2025 02:13 PM
Rambut perang tu macam caucasian. Tapi kalau asian rambut perang tu baik tak payah describe rambut fake tu buat misleading ja.
Quote SalenaGomez 30-10-2025 02:23 PM
PULANGKAN replied at 30-10-2025 11:05 AM
gelang kain?

Mcm benang … slalu india pakai
Quote Kitty_catz 30-10-2025 03:19 PM
Tinggi mangsa ialah 144 sentimeter,


kemetotnya... mesti bukan msian ni.. mesti konoha tak cukup makan
Quote dua_chzy 30-10-2025 03:22 PM
Nah, akak sapa kena bunuh ni norkie? Ada kaitan dengan aktiviti haram ke like dadah, etc?
Quote prince_marhaen 30-10-2025 03:26 PM
- Check parut BCG/Small pox, baru boleh declare warganegara,
- then skin color (kalau dah reput pun boleh check underskin melanin), baru boleh narrow down bangsa & keturunan apa secara general.- Then pemakaian, tanda agama (bracelet, rantai, etc).
Cuma zaman skrg dah susah sebab pemakaian, gaya rambut, accessories pun dah tak boleh nak detect sangat, dah menyerupai "kaum-kaum yang selain kamu."
- Then semak data laporan orang hilang.
- post mortem, check perut last pemakanan apa, darah ada kandungan apa-apa bahan

- punca kematian - berhenti jantung kenapa?
- dan macam2 lagi ujian, last baru DNA jika ada yang claim tuntutan atau semakan padanan jenayah (ada suspek).

Quote Cyempaka 30-10-2025 03:33 PM
tadi jumpa orang tepek gambar kat tiktok sana. pompuan india, ada tatu tatu. gelang kain tu macam tali merah yang selalu derang pakai tu.
Quote kalchi 30-10-2025 03:44 PM
Pic yg drg tepek kt tt tu taktau sahih ke tak. Tapi rupa mcm local indian.
Quote Decaffeinated 30-10-2025 03:54 PM
prince_marhaen replied at 30-10-2025 03:26 PM
- Check parut BCG/Small pox, baru boleh declare warganegara,
- then skin color (kalau dah reput pun  ...

Kalau lelaki dorang tengok kote sunat ka tak

Quote MsKathryn 30-10-2025 04:28 PM
Gelang kain selalunya india yg pakai
Quote hart_attack 30-10-2025 05:21 PM
Mmg warganegara la,tp mcm lbh kpd bangsa I
Quote Mahathirina 30-10-2025 09:55 PM
4 kaki 8 inci je minah ni..
Quote asfaz 31-10-2025 08:17 AM
kalchi replied at 30-10-2025 03:44 PM
Pic yg drg tepek kt tt tu taktau sahih ke tak. Tapi rupa mcm local indian.

Rasanya betul,sb ada tgk tt adiknya and komen2 takziah kat situ
Btw bukan 144,154 tingginya.
1000197367.jpg 1000197364.jpg
Quote asfaz 31-10-2025 08:18 AM
1000197369.jpg
Quote kalchi 31-10-2025 10:45 AM
Alahai kesiannya. Sapa yg buat tu. Kekasih? Forener?
Quote pocongkiutss 31-10-2025 10:48 AM
asfaz replied at 31-10-2025 08:18 AM

Mmg dia ke chuols..ada tatu ke

Lihat semua komen(38)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

17-11-2025 10:14 PM GMT+8 , Processed in 0.063373 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top