CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Hanya 73 doktor pakar pulang ke Malaysia sejak 2021 - Menteri Kesihatan

30-10-2025 09:13 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 754| Komen: 5



KUALA LUMPUR: Hanya tiga daripada 73 doktor pakar warga Malaysia yang bekerja di luar negara dan pulang ke tanah air memilih berkhidmat di fasiliti Kementerian Kesihatan (KKM), berdasarkan rekod pada 2021 hingga 2025.

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad, berkata baki 70 doktor pakar pulang ke Malaysia, namun memilih untuk berkhidmat di sektor swasta dan badan berkanun.

"Tidak semua 'ground is greener next door' (rumput di seberang nampak lebih hijau) sehingga mereka memijaknya," katanya ketika perbahasan Rang Undang-Undang (RUU) Perbekalan 2026 peringkat dasar di Dewan Rakyat semalam.

Bagi menangani isu petugas kesihatan berhijrah ke luar negara, Dr Dzulkefly berkata apa yang penting adalah untuk KKM terus memperbaiki skim kerjaya khususnya terkait isu upah dan gaji.

Beliau berkata pasukannya ketika ini sedaya upaya mencari jalan bagaimana untuk mengekalkan kakitangan kesihatan antaranya dalam kalangan doktor pakar, pegawai perubatan (MO) dan jururawat.


"Ini sedang dilakukan antara lain kita perkenalkan untuk kekalkan pakar kita," katanya.

Mengenai dakwaan Kementerian Kesihatan Singapura cuba merekrut doktor pakar dan jururawat dari Malaysia untuk bekerja di fasiliti kesihatan negara itu, Dr Dzulkefly menjelaskan perkara itu dinafikan rakan sejawatnya.

Menurut apa yang dimaklumkan kepadanya beliau berkata kegiatan itu didalangi oleh agensi swasta.

"Jujurnya saya juga telah menghubungi Menteri Kesihatan Singapura. Pada awalnya, saya mendapat pengesahan daripada beliau bahawa ini adalah kegiatan agensi swasta.

"Beliau sendiri menyebut kepada saya dan rasa terkilan. Justeru, kita akan adakan libat urus seterusnya dan saya mahu perkara ini disusuli kerana ini bukan pertama kali saya ambil tindakan," katanya.

Sumber : – BH
1

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

Friends Rank (1 people)


ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Skuau 31-10-2025 03:07 PM
sapa jer nk 'duduk' ngn bangla,indon,rohingya tu semua..kt Msia ni..???
Quote Namplawan123 3-11-2025 12:09 AM
Dah tahu punca cuma malas la kot ptd nk buat akta baru
Quote tahanie 3-11-2025 07:56 AM
Bosan lah. Semua sektor pun kat swasta boleh dapat gaji lebih tinggi. Gov bukan ke ada talent corp. buatlah kerja
Quote Tinot7 3-11-2025 04:33 PM
Misi pun ramai pi middle east sbb gaji lagi besaq
Quote Firenzza 3-11-2025 08:35 PM
Selalu sgt tengok sidang parlimen byk kerusi dari mp,  klau tengok dkt UK xdenya kerusi kosong pastu dewan diorg siap duduk berhimpit2 punya la sempit x mcm parlimen kita ngalahkan stadium plk

Lihat semua komen(5)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

13-11-2025 10:20 PM GMT+8 , Processed in 0.041513 second(s), 20 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top