CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Kes terhadap Farhash ditutup selepas siasatan Timbalan Pendakwa Raya

30-10-2025 09:09 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 372| Komen: 6

 


KUALA LUMPUR: Keputusan untuk menutup kes membabitkan ahli perniagaan, Datuk Seri Farhash Wafa Salvador berhubung penerokaan mineral di Sabah dibuat selepas siasatan Timbalan Pendakwa Raya mendapati tiada kesalahan dijumpai.

Malah, tiada lesen dikeluarkan bagi keluasan tanah seperti didakwa dan tiada sebarang pertukaran hak milik tanah berlaku.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang dan Reformasi Institusi), Datuk Seri Azalina Othman Said, berkata siasatan kes itu dibuat oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan hasil siasatan diserah kepada Timbalan Pendakwa Raya untuk penelitian.

"Timbalan Pendakwa Raya memutuskan penutupan kes ini atas sebab hasil siasatan menunjukkan tiada kesalahan yang dijumpai, tiada lesen dikeluarkan bagi keluasan 70,000 tanah hektar dan tiada sebarang pertukaran hak milik tanah berlaku.

"Justeru, berdasarkan perkara itu, tiada isu yang timbul atau wujud kesalahan di bawah Akta SPRM 2009 (Akta 694) atau undang-undang yang lain.


"Bagaimanapun, kes jenayah, tidak seperti kes sivil, tidak tertakluk kepada had tempoh masa. Justeru, jika terdapat perkembangan baharu pada masa akan datang, siasatan dan semakan lanjut terhadap kes ini masih boleh dijalankan," katanya dalam jawapan bertulis di Dewan Rakyat, semalam.

Beliau menjawab soalan Datuk Seri Takiyuddin Hassan (PN-Kota Bharu) mengenai justifikasi dan alasan perundangan SPRM dalam menutup kes yang dikatakan skandal perlombongan Sabah mengaitkan Farhash seperti yang diumumkan Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki, baru-baru ini.

Pada 9 September lalu, SPRM mengesahkan siasatan ke atas Farhash berhubung penerokaan mineral di Sabah selesai dan ditutup.

Azam berkata, keputusan untuk menutup siasatan terbabit dibuat susulan Timbalan Pendakwa Raya memutuskan tiada kes jenayah yang boleh dikenakan kepada mana-mana pihak.

Katanya, SPRM memanggil semua pihak yang berkaitan dan merekodkan keterangan, termasuk daripada Sabah Mineral Management dan kerajaan negeri.

Siasatan berhubung isu berkenaan timbul selepas terdapat dakwaan bahawa syarikat berkaitan Farhash mendapat kelulusan kerajaan negeri untuk meneroka mineral di Sabah.

Sumber : – BERNAMA 

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote kemaruk 30-10-2025 09:24 AM
Hmmmm........
Quote L.U.S.M 30-10-2025 01:54 PM
Laju eh siasatan settle
Quote s@s@ 30-10-2025 02:32 PM
tahniah.... berjaya menghapuskan korupsi
Quote Purestteam1 30-10-2025 03:46 PM
nnti naik kerajaan baru baru buka semula kes kot... haha..
Quote blakcswan 30-10-2025 03:51 PM
hhahahaaa..ini lah negaraku
Quote zeed 30-10-2025 03:59 PM
tahniah kerana buktikan cakap tak serupa bikin time guling2 dulu

Lihat semua komen(6)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

13-11-2025 09:57 PM GMT+8 , Processed in 0.043706 second(s), 21 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top