CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Siasatan PBB mengesahkan Israel lakukan jenayah perang dan genosid di Gaza

30-10-2025 09:05 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 161| Komen: 0

 


RAMALLAH: Suruhanjaya Siasatan Bebas Antarabangsa Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) mengesahkan bahawa tentera Israel melakukan jenayah perang, jenayah terhadap kemanusiaan dan genosid di Semenanjung Gaza sejak 7 Oktober 2023, lapor Agensi Berita dan Penerangan Palestin (WAFA).

Ahli suruhanjaya itu, Chris Sidoti berkata, penyiasatan itu dijalankan selama dua tahun dan berdasarkan pengumpulan lebih 16,000 bahan bukti yang didokumenkan, termasuk foto dan rakaman video yang disahkan serta disokong oleh keterangan saksi mengikut protokol ketat PBB.

Beliau berkata, suruhanjaya berkenaan menggunakan keterangan mangsa dan saksi, imejan satelit serta analisis forensik digital bagi mendokumentasikan pelanggaran secara tepat.

Sidoti menegaskan bahawa mandat suruhanjaya itu bukan sekadar untuk mendokumentasikan jenayah, tetapi juga menentukan pihak yang bertanggungjawab.


Suruhanjaya itu berjaya mengenal pasti unit-unit tentera Israel tertentu yang melakukan pelanggaran serius dan dalam beberapa kes, mengenal pasti pegawai serta komander kerajaan pendudukan dan tentera yang mengeluarkan arahan secara langsung untuk melakukan jenayah berkenaan.

Dokumen itu mewakili langkah penting dalam proses undang-undang antarabangsa, menyediakan asas kukuh bagi prosiding dan akauntabiliti terhadap pelanggaran yang berlaku sepanjang dua tahun serangan berterusan di Semenanjung Gaza, sekali gus menyerlahkan tahap penderitaan manusia serta kesan bencana pendudukan terhadap penduduknya.

Sidoti turut memaklumkan bahawa Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC) pada 21 Nov 2024 telah mengeluarkan waran tangkap terhadap Perdana Menteri Israel Benjamin Netanyahu dan bekas Menteri Pertahanan Yoav Gallant atas tuduhan jenayah perang serta jenayah terhadap kemanusiaan terhadap penduduk Palestin di Gaza.

Beliau berkata, laporan suruhanjaya itu dikemukakan kepada Majlis Hak Asasi Manusia dan Perhimpunan Agung PBB serta diterbitkan untuk umum, sambil menafikan kewujudan sebarang laporan sulit yang tidak boleh diakses oleh orang ramai. 

Sumber : – BERNAMA-WAFA

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


| Komen di Forum

Komen Terbaru


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

13-11-2025 11:21 PM GMT+8 , Processed in 0.041866 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top