CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Khairy Jamaluddin sertai UMNO semula? Zahid minta KJ hantar borang

30-10-2025 09:01 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 615| Komen: 10

 


KUALA LUMPUR: Bekas Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin dijangka menyertai semula UMNO sebelum Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah, hujung bulan depan.

Sumber berkata bekas Ahli Parlimen Rembau itu yang kini menjadi penyampai radio di Hot FM sudah mendapat 'restu' pimpinan tertinggi UMNO khususnya Presiden, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi untuk kembali ke pangkuan parti itu.

Isyarat restu itu disampaikan sendiri Timbalan Perdana Menteri kepada Khairy atau KJ ketika beliau menghadiri majlis perkahwinan anak perempuan Pengerusi Perhubungan UMNO Perlis, Datuk Rozabil Abdul Rahman, Ahad lalu.

Zahid minta KJ hantar borang

"Pada pertemuan itu Zahid sendiri memaklumkan supaya Khairy menghantar borang keahliannya untuk kembali menjadi ahli UMNO.

"Khairy dijangka membantu kempen UMNO dan Barisan Nasional (BN) dalam PRN Sabah nanti. Ini memandangkan sebahagian calon yang bakal ditampilkan parti nanti adalah seusia dan rakan-rakan politiknya," katanya.


Sumber itu berkata, Khairy juga dikatakan sudah dipertimbangkan untuk dinamakan sebagai calon BN dalam Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang bagi mewakili kawasan Parlimen Kepala Batas.

"Parlimen itu adalah kawasan tradisi bapa mentuanya, Allahyarham Tun Abdullah Ahmad Badawi," katanya.

UMNO belum terima surat permohonan KJ

Sementara itu, sumber parti yang dihubungi memaklumkan, setakat hari ini, UMNO belum menerima sebarang surat permohonan daripada Khairy untuk menyertai semula parti.

Penyertaan semula Khairy ke dalam UMNO dijangka memberi momentum baharu kepada hala tuju parti itu yang kini berusaha menambat kembali sokongan orang Melayu, khususnya anak-anak muda.

Pada Januari 2023, Khairy dipecat dari UMNO ekoran kelantangannya mengkritik kepimpinan tertinggi parti sepanjang kempen PRU ke-15, namun sejak itu, beliau berulang kali menegaskan pendirian untuk tidak menyertai mana-mana parti oleh kerana kesetiaannya kepada UMNO.

Pada PRU15, Khairy yang dipertaruhkan BN di kerusi kubu kuat Pakatan Harapan (PH) iaitu Parlimen Sungai Buloh, biarpun tewas, masih mampu meraih undi memberangsangkan, selain memecah dominasi undi besar diperoleh PH di sana.

Majoriti Ramanan merosot kepada 2,693 undi

Biarpun PH berjaya mengekalkan kemenangan di Sungai Buloh apabila calonnya, Datuk Seri R Ramanan menang di kerusi itu, undi majoriti diperoleh lawannya ketika itu merosot mendadak kepada hanya 2,693 undi.

Ia berbeza dengan pencapaian PRU terdahulu termasuk pada 2018, di mana kerusi Parlimen Sungai Buloh disandang oleh R Sivarasa daripada PKR memperoleh majoriti 26,634 undi.

Ketika PRU15, UMNO dan BN berada dalam momentum cukup lemah selepas hanya berjaya menang di 26 kerusi Parlimen, selain gagal meraih sebarang kerusi Parlimen di beberapa negeri termasuk Selangor, Melaka, Perlis, Pulau Pinang, Kedah, Kelantan serta Terengganu.

Khairy mula menyertai Kabinet di bawah kepimpinan Datuk Seri Najib Razak, menggalas portfolio sebagai Menteri Belia dan Sukan, dengan rekod cemerlang mengendali Sukan SEA 2017, selain merintis Program Podium Majlis Sukan Negara (MSN) dalam misi negara meraih emas di sukan Olimpik serta Program Pembangunan Bola Sepak Negara.

Beliau juga pernah ditugaskan menjaga portfolio sebagai Menteri Sains, Inovasi dan Teknologi, terbabit secara langsung dalam program pembangunan Aplikasi MySejahtera serta perolehan vaksin negara ketika pandemik COVID-19.

Di bawah kepimpinan Perdana Menteri kesembilan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, Khairy diamanahkan sebagai Menteri Kesihatan dan bertanggungjawab sepenuhnya dalam urusan pemberian vaksin COVID-19 kepada seluruh rakyat.

Sumber : BH

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Abahmung 30-10-2025 03:39 PM
'Saya sahkan KJ memang setia kepada UMNO, cinta kasihnya hanya pada parti ini' - Reezal Merican

bharian.com.my
Oktober 30, 2025 @ 3:07pm

Screenshot_2025-10-30-15-36-48-679_com.android.chrome-edit.jpg
Reezal Merican (kanan) mengakui Khairy masih setia kepada UMNO, biarpun pernah disingkirkan parti itu sebelum ini. - Foto NSTP



KUALA LUMPUR: Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican mengakui bekas Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin, masih setia kepada UMNO, biarpun pernah disingkirkan parti itu sebelum ini.

Bagaimanapun, Reezal Merican yang juga Ketua UMNO Bahagian Kepala Batas menyerahkan sepenuhnya kepada bekas Ketua Pemuda UMNO itu untuk menentukan hala tuju politiknya selepas ini.

Beliau juga mengesahkan berada dalam sebuah majlis perkahwinan di Perlis yang turut menemukan Khairy dan Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi minggu lalu.

"Saya ada pada masa kenduri (kahwin) itu, saya sekali dengan dia, duduk dengan dia. Cuma satu benda saya boleh maklumkan, memang kasih dan cinta Khairy ini hanya pada UMNO saja. Itu saya boleh sahkan.


"Tetapi (berkaitan dakwaan sertai semula UMNO) itu bukan keputusan saya, ia keputusan pimpinan atasan dan keputusan MKT, saya tidak boleh mendahului," katanya seperti dilapor sebuah portal hari ini.

Menurut laporan itu, beliau yang pernah berada dalam kepimpinan pemuda UMNO ketika diketuai Khairy sebelum ini turut berharap hasrat Khairy menyertai UMNO menjadi kenyataan.

Reezal Merican bagaimanapun tidak dapat mengesahkan dakwaan sama ada bekas Ahli Parlimen Rembau itu bakal dinamakan sebagai calon Barisan Nasional (BN) bagi kerusi Parlimen Kepala Batas pada Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU16) nanti.

"Itu pun saya tak dapat nak sahkan. Saya ini ahli parti, benda itu akan ditentukan oleh pimpinan pada peringkat atas," katanya seperti dipetik laporan itu.

BH hari ini melaporkan Khairy dijangka menyertai semula UMNO sebelum Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah yang dijadual berlangsung pada hujung bulan depan.

Hasrat pemimpin itu yang kini bertugas sebagai penyampai radio di Hot FM untuk kembali kepada UMNO, dikatakan sudah mendapat 'restu' pimpinan tertinggi parti itu khususnya Ahmad Zahid.

Ahmad Zahid dikhabarkan sudah meminta Khairy menghantar dokumen permohonan bagi menyertai semula UMNO, selepas dipecat pada Januari 2023.

Sejak dipecat, Khairy menghabiskan masanya dan aktif dalam platform audio siar yang diasaskan beliau iaitu Keluar Sekejap yang kini meraih 397,000 pengikut atau subscriber.

Menerusi platform itu, beliau bersama bekas Ketua Penerangan UMNO yang digantung keahliannya oleh UMNO sebelum ini, Shahril Hamdan, berkongsi pandangannya berkenaan pelbagai isu semasa yang turut menyentuh politik, ekonomi serta hal ehwal antarabangsa.

Quote ffwefwef 30-10-2025 10:14 PM
https://wa.me/+923259110999
https://wa.me/+923000114357
https://wa.me/+923000288848
https://wa.me/+923249100600
https://wa.me/+923184644545
https://wa.me/+971568795882
https://api.whatsapp.com/send/?phone=%2B923184644545
https://api.whatsapp.com/send/?phone=%2B923227602588
Quote mrseller 31-10-2025 12:21 AM
Portfolio siapa dia akan caras kalau menang kapla batas
Quote kelapaparut 31-10-2025 12:25 AM
Ade pjanjian blkg tabir ni antara kj dgn jahid 47 kes ni.. Ramai yg ade dlm umno xpuas hati oiii, kj tu ingat senang ke nak kmbli ke lubuk buaya ni.
Quote rgergerg 12-11-2025 09:09 PM
https://wa.me/+971554629810
https://wa.me/+971557260638
https://wa.me/+971568795882
https://wa.me/+971503540691
https://wa.me/+971564438593
https://www.messenger.com/ch/Abbl4y1s4fujn7zs/
https://www.messenger.com/ch/AbZDvrdN46qSEef_/
https://www.messenger.com/ch/AbbLaxh3oMbUyh73/
https://www.messenger.com/ch/Aba7cBH4QzcZ3bDJ/
https://www.messenger.com/ch/AbY0WSI6CT1hpdKt/
https://www.messenger.com/ch/Abb3O6WdQ8nuRZIf/
https://www.messenger.com/ch/AbYL3arXM4yM4uNw/
https://www.messenger.com/ch/AbZAsztADPyhP-5M/
https://www.messenger.com/ch/AbZbF7NnKeImNlfd/
https://www.messenger.com/ch/AbaRq3-tbUAfAr-O/
https://www.messenger.com/ch/AbZtLaW5oYMyDzMv/
https://www.messenger.com/ch/AbbX4qAkOWe8Vyph/
https://www.messenger.com/ch/AbZ2gf_72y5-rAuw/
https://www.messenger.com/ch/AbZ3axWC6sE4saG9/
https://www.messenger.com/ch/AbZdVLHzGl7b4j58/
https://www.messenger.com/ch/AbbBgy9m_xndAMSM/
https://www.messenger.com/ch/AbZ4GQmpXLAvcIRy/
https://www.messenger.com/ch/AbZ3l6MeWEoCHAmK/
https://www.messenger.com/ch/AbadU1G0jaAmrffX/
https://www.messenger.com/ch/AbYlUNmAgjRF3m0N/
https://www.messenger.com/ch/AbaJhYHtJvSeiKdU/
Quote silance 12-11-2025 09:44 PM
Dulu masa jadi Menteri ramai yang menyampah sampai kalah pru. Aku pun nyampah kena paksa amik bekcin.
Ok lah untuk isi kekosongan, bak kata bekas wartawan Karam, takde rotan pelempang pun berguna juga.
Quote stingerkentot 12-11-2025 10:15 PM
Beware lah yer!
Closeted macai Jibun dah penat jd DJ ke tu?
Once a lalat...always a lalat ..akan ke taik jua... kan @kemaruk



Quote sharlenetexas 12-11-2025 10:44 PM
Keluar sekejap masuk sekejap


Quote kemaruk 13-11-2025 07:34 AM
Diharap dapat ganti menteri2 PH yang hauk2 belaka
Quote B40tastePosh 13-11-2025 07:54 AM
Aku harap next PRU DAP menang besar

Lihat semua komen(10)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

13-11-2025 11:03 PM GMT+8 , Processed in 0.065928 second(s), 26 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top