CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Trump beri kebenaran Korea Selatan bina kapal selam kuasa nuklear

30-10-2025 08:55 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 164| Komen: 0

 


GYEONGJU: Donald Trump memberi kebenaran kepada Korea Selatan membina kapal selam berkuasa nuklear, selang sehari selepas kedua-dua negara secara umum mengumumkan mencapai perjanjian perdagangan.

Perkara itu dimaklumkan Presiden Amerika Syarikat (AS) ketika bertemu rakan sejawatnya dari Korea Selatan, Lee Jae Myung sejurus tiba di selatan Gyeongju bagi menghadiri sidang kemuncak Forum Kerjasama Ekonomi Asia-Pasifik (APEC), semalam.

Trump dalam kenyataan di Truth Social hari ini, pula berkata: "Saya beri kebenaran membina kapal selam berkuasa nuklear, bukannya yang berkuasa diesel dan kurang tangkas seperti dimiliki Korea Selatan ketika ini."

Beliau dalam entri berasingan berkata: "Korea Selatan akan membina kapal selam berkuasa nuklear di Limbungan Kapal Philadelphia, AS. Industri pembinaan kapal di AS akan kembali meraih kegemilangannya tidak lama lagi."


Sementara itu, pembantu Jae Myung semalam, berkata kedua-dua negara mencapai perjanjian menyeluruh yang merangkumi pelaburan dan pembinaan kapal, manakala Trump pula berkata kesepakatan berkenaan 'hampir' dimuktamadkan.

Jae Myung semalam, turut meminta Trump 'membuat keputusan membenarkan Korea Selatan mendapatkan bekalan bahan api bagi kapal selam berkuasa nuklear'.

"Kita tidak bercadang membina kapal selam dilengkapi senjata nuklear, sebaliknya berkuasa diesel dengan keupayaan menyelam lebih terhad, sekali gus mengehadkan keupayaan menjejak kapal selam Korea Utara atau China," katanya.

Berdasarkan Pejabat Presiden Korea Selatan, pencuci mulut dihidangkan pada majlis makan tengah hari untuk Trump menampilkan perkataan 'PEACE!', dikatakan bagi mengimbau pertemuan pertama kedua-dua pemimpin itu ketika mereka berikrar bertindak sebagai 'pendamai' dan 'pemacu keamanan' di Semenanjung Korea.

Namun, ketegangan dengan Korea Utara yang memiliki senjata nuklear kekal di tahap tinggi, selepas Pyongyang mengetepikan usaha rundingan Jae Myung dan terus memperkukuh hubungan ketenteraan serta ekonomi bersama Russia.

Semalam, Trump mengakui gagal mengatur pertemuan dengan pemimpin Korea Utara, Kim Jong Un, ketika lawatan ke Korea Selatan, sekali gus menamatkan spekulasi hangat mengenai kemungkinan sidang kemuncak selepas beberapa tahun berdepan kebuntuan diplomatik.


Sumber : BH

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


| Komen di Forum

Komen Terbaru


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

13-11-2025 10:48 PM GMT+8 , Processed in 0.038243 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top