|
PERKONGSIAN ringkas penyanyi Zehra Zambri tentang statusnya sebagai seorang ibu tunggal turut memberi bayangan seolah-olah dia pernah menderita ketika masih bergelar isteri. Biarpun hanya menulis kapsyen pendek, namun apa yang diluahkan itu menggambarkan pengalaman yang dilaluinya sebelum sah bercerai. “Kalau mereka kata betapa hina dan rendahnya jadi janda atau ibu tunggal, maka akan aku ceritakan betapa menderitanya punya suami,” katanya. Zehra menulis perkara tersebut dalam satu hantaran yang dimuat naik di Instagram Story (Instastory) miliknya pada Rabu.
Kapsyen berkenaan diluahkan bersama video dirinya yang kelihatan sedang memandu seorang diri. Video tersebut juga menggunakan latar hitam putih. Untuk rekod, Zehra, 38, sah bercerai talak satu dengan Nur Mohd Iqwan Samsudin pada 20 Ogos lalu di Mahkamah Rendah Syariah Hulu Langat, Bangi. Pasangan itu mendirikan rumah tangga pada 10 November 2021 dan dikurniakan seorang cahaya mata perempuan, Zahiyah Iqleela, yang kini berusia tiga tahun. Sumber: mStar |

Maroon_nerds replied at 29-10-2025 09:44 PM
Right spouse is fantastic, wrong spouse is disaster.
MatDeghem replied at 30-10-2025 12:56 AM
Jangan bukak aib bekas suami...keledek² malaya marah. Dorang tak suka.
Nanti pajura punya nama ju ...
ADVERTISEMENT