|
PENYANYI Linda Rafar mengumumkan menarik diri daripada sebarang aktiviti bersama kumpulan Elite pada Rabu. Linda atau Azlinda Abdul Rafar, 47, berkata keputusan itu dibuat dengan penuh rasa sedih namun reda dengan ketentuan yang telah ditetapkan. “Hanya pada Allah sahaja aku berserah. Maafkan Linda jika tidak dapat nak sertai Elite lagi. “Sedih sangat, nak tulis pun tak boleh. Moga Allah kuatkan Linda dalam apa jua keadaan,” katanya. Linda berkongsi perkara itu menerusi sebuah hantaran yang dimuat naik di Threads miliknya pada Rabu. Menerusi tinjauan mStar di Instagram, Linda turut memuat naik paparan skrin tangkap layar bersama anggota kumpulan Elite yang lain termasuk Abby Abadi dan Azza Zawari yang memberi kata-kata semangat terhadap keputusan penyanyi berkenaan. Dalam perkongsian itu, Azza turut memberitahu Elite tidak akan digantikan dengan anggota baharu kerana mereka adalah ahli yang membentuk kejayaan kumpulan tersebut. Malah, terdapat juga perbualan melibatkan penglibatannya dalam konsert GenKRU The Finale yang akan berlangsung pada 22 November ini. “Elite takkan aku ganti dengan orang lain. Elite adalah kita. “Aku nak kau tahu itu,” ujarnya. Bagaimanapun, usaha mStar untuk mendapatkan kenyataan lanjut daripada Linda tidak berjaya selepas dipercayai mempunyai urusan penting yang perlu diutamakan. Sumber: mStar |

NuansaBiru replied at 29-10-2025 10:05 PM
Feelingnya
Mcm la jadual aktiviti seni kumpulan elite bersusun2, dgn konsertnya, dgn tv appear ...

motip iols ingat lagu niNuansaBiru replied at 29-10-2025 10:05 PM
Feelingnya
Mcm la jadual aktiviti seni kumpulan elite bersusun2, dgn konsertnya, dgn tv appear ...
ADVERTISEMENT