|
Penampilan usahawan sensasi, Kak KM atau nama sebenarnya Liana Rosli yang mengenakan hijab baru-baru ini menjadi perhatian ramai. Memetik Oh Bulan, melihatkan pujian daripada netizen sekaligus memberikan semangat kepadanya apatah lagi ramai yang turut mendoakan agar dia dibukakan hati untuk menutup aurat. “Tidak dinafikan ramai yang menonton saya memakai tudung ketika sesi siaran langsung iaitu hampir 10k penonton. “Mereka semua mendoakan untuk saya beristiqamah dalam pemakaian tudung. Mereka kata, ‘kalau boleh pakailah terus, cantik dan nampak muda.’ Netizen semuanya bagus sebab banyak bagi semangat pada saya,” katanya. Sementara itu, Kak KM mengakui dia pernah terdetik niat untuk berhijab dan dia akan cuba belajar serta perlahan-lahan untuk berbaiki diri ke arah lebih baik. “Saya pun seronok sebenarnya apabila melihat pujian-pujian itu. Saya kurang pandai nak pakai tudung sendiri, takkan setiap kali nak pakai nak minta orang ajar? Nanti mereka menyampah pula.
“Tetapi tipulah kalau saya kata saya tak pernah ada niat (untuk berhijab). Memang pernah ada niat cuma kurang pandai nak pakai. InsyaAllah perlahan-lahan saya belajar dan perlahan-perlahan saya akan berubah,” katanya. Sumber: Oh Bulan, Rotikaya |
aritu tgk dia pakai sempena ape taktau ya allah canggung betulbambimo replied at 29-10-2025 10:39 PM
Ala tak pe benda tu boleh je belajar..sapa ke Dr yg baru2 pakai tudung yg kawen mat salleh mula2 tak ...

bambimo replied at 29-10-2025 10:39 PM
Ala tak pe benda tu boleh je belajar..sapa ke Dr yg baru2 pakai tudung yg kawen mat salleh mula2 tak ...

ADVERTISEMENT