|
Pelakon Anzalna Nasir menempelak seorang individu yang berani menyatakan hasrat untuk menjadi madunya semasa sesi siaran langsung di TikTok. Menerusi video yang dikongsikan semula di TikTok, individu tersebut meninggalkan komen mahu menjadi isteri kedua kepada suami Anzalna, dengan alasan mahu berkongsi resipi. “Apa masalah dia, nak jadi madu saya semata-mata nak kongsi resipi? Tak payahlah saya tujuh hari masak untuk suami. “Banyak sangat resepi tak perlu dah orang sampai nak kongsi resepi. Yang awak nak sangat suami saya kenapa,” katanya. Sementara itu, Anzalna mengatakan mengenai tanggunjgawab isteri dalam menjaga keperluan suami, namun pelakon itu berseloroh bila sentiasa pastikan suami sentiasa kemas dan wangi bimbang ada pula yang terpikat. “Susahlah, kalau kita terlebih jaga suami, mulalah orang nak suami kita. Kalau tak jaga, nanti orang mengata pula kita tak pandai jaga suami.
“Nak je suruh suami pakai wangi-wangi, tapi risau pula nanti perempuan lalu sebelah dia terpikat. Jadi serba salah, tapi tetap kena jaga suami kita,” katanya. Sumber: Rotikaya |

ADVERTISEMENT