|
Pelakon dan pengarah terkenal, Erma Fatima berkongsikan maksud cinta sejati daripada pemahamannya dimana baginya apabila kita berjumpa pasangan hidup akan dianggap cinta sejati. Menerusi perkongsian di Instagram, Erma bagaimanapun berkata namun kita lupa bahawa cinta sejati yang sebenar adalah milik Allah dan sampai masa ianya akan diambil semula. “Saya tengah nak hadam maksud cinta sejati. Betul juga, setiap kali kita berjumpa dengan pasangan hidup itulah yang kita akan anggap cinta sejati. Mana ada istilah lain. Takkan cinta monyet atau cinta makrifat. Tetapi kita lupa cinta sejati itu milik Allah. “Sampai masanya dia akan ambil semula dan kalau nasib baik dia hadirkan pula insan lain yang juga cinta sejati dengan durasi yang kita sendiri tidak ketahui sampai bila-bila,” tulisnya. Sementara itu, Erma berkata dua perkara yang manusia tidak tahu atau kendalikan adalah jodoh dan maut serta mengingatkan bahawa apa saja cinta ianya milik Allah.
“Dia maha mengetahui segalanya. Dua hal yang kita tidak mampu mengendalikannya ialah jodoh dan maut. “Makanya siapa pun pasangan hidup yang hadir dalam hidup kita., masa tengah angau bercinta tu akan kita rasakan sebagai cinta sejati meskipun pengakhirannya membawa pada kekecewaan namun insan itu tetap pernah menjadi cinta sejati kita. Cuma jangan lupa cinta apa pun itu milik Allah,” tulisnya. Sumber: Rotikaya |

sharlenetexas replied at 29-10-2025 01:37 PM
Macam tarabas dan fantaghiro.



Ai_kiu replied at 30-10-2025 07:00 AM
Porumer jilaker mana yg sibuk main poll kat bodgos arini?...
Habis naik semua thread zaman tok aji ...

bintangct replied at 29-10-2025 11:19 PM
muka dia makin lama mcm muka adik dia betty

kerani_je replied at 30-10-2025 12:12 AM
Dah acuan yg sama..Perangai pun sama aje..Tp i respect jgk die ni masa cerai tak merempan, tak byk ...
sharlenetexas replied at 29-10-2025 09:37 PM
Macam tarabas dan fantaghiro.
akies replied at 29-10-2025 11:33 PM
Ckp cinta sejati je pun..
bukan dia kata cinta skrg lebih hebat dari terdahulu.
Frasa ayat tu pun n ...
Ai_kiu replied at 30-10-2025 07:00 AM
Porumer jilaker mana yg sibuk main poll kat bodgos arini?...
Habis naik semua thread zaman tok aji ...
ADVERTISEMENT