CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Isteri dedah Nubhan ada rumah di Dengkil tanpa pengetahuannya, kes cerai tangguh ke 2 Disember

16-10-2025 06:58 PM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 3910| Komen: 24

 


KES pengesahan lafaz cerai antara penyanyi Nubhan dengan isterinya Dr Afifah Hidayah Ahmad Tawfek yang berlangsung di Mahkamah Rendah Syariah Sepang, Selangor ditangguhkan ke 2 Disember depan.

Perkara itu diputuskan oleh Hakim Syarie Tuan Muhamad Nazri Basrawi selepas mendengar keterangan daripada kedua-dua pihak serta peguam yang mewakili mereka dalam prosiding yang berlangsung pada Khamis.

Prosiding berkenaan antara lain membincangkan permohonan yang dikemukakan oleh pihak defendan, Dr Afifah yang diwakili peguam syarie Datuk Akberdin Abdul Kadir, bagi mengesahkan terlebih dahulu lafaz cerai kali pertama yang berlaku lapan tahun lalu serta proses rujuk selepas itu.

Permohonan itu perlu diselesaikan sebelum mahkamah mendengar kes pengesahan lafaz talak kedua yang didakwa berlaku pada 26 Ogos lalu.

Selain itu, prosiding pada Khamis turut menjelaskan persoalan mengapa kes tersebut difailkan di Mahkamah Syariah Sepang dan bukan di Seremban yang merupakan lokasi kediaman pasangan berkenaan.


Menurut keterangan di mahkamah, Nubhan mempunyai sebuah rumah di Southville, Dengkil, Selangor yang terletak dalam mukim Sepang, sekali gus memberi bidang kuasa kepada Mahkamah Syariah Sepang untuk mendengar kes berkenaan.

Bagaimanapun, difahamkan Dr Afifah tidak mengetahui tentang kewujudan rumah tersebut kerana menyangka ia merupakan rumah milik sepupu suaminya. 

Malah, Dr Afifah juga mengesahkan tidak pernah menjejakkan kaki ke kediaman itu sepanjang tempoh perkahwinan mereka

Isu berhubung perkara itu bagaimanapun telah diselesaikan dalam prosiding sama. 

Dalam prosiding tersebut, Nubhan selaku plaintif diwakili oleh peguam syarie Mohd Redzuan Ramli.

Pada pagi Khamis, Akberdin memaklumkan Nubhan pernah melafazkan cerai terhadap isterinya pada tahun 2017, namun pasangan itu kembali rujuk dalam tempoh idah.

Sebelum ini, Akberdin juga memberitahu pihak plaintif telah memfailkan permohonan pengesahan lafaz cerai yang berlaku di luar mahkamah, iaitu dalam sebuah kereta pada 26 Ogos lalu.

Menurutnya, perceraian berkenaan berlaku secara baik tanpa sebarang konflik besar, sebaliknya berpunca daripada perselisihan faham kecil dalam rumah tangga.

Difahamkan sejak kejadian itu, pasangan berkenaan tidak lagi tinggal sebumbung.

Terdahulu, Akberdin juga mendedahkan pihaknya pernah menerima surat daripada pihak isteri berhubung perbincangan mengenai hak-hak selepas perceraian, namun ia tidak diteruskan selepas kedua-dua pihak memilih untuk berdiam diri.

Untuk rekod, Nubhan dan Dr Afifah yang juga seorang doktor gigi mendirikan rumah tangga pada 29 Ogos 2015.

Hasil perkongsian hidup selama 10 tahun, pasangan ini dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Aafiya, 8, Ahmad Aaffan, 6, dan Afzan Nayille, 3 tahun.

Sumber : mStar

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote penmerah 16-10-2025 07:01 PM
Alaaaa reporter Cari ni tak boleh ke stick 1 benang jet
Payah akak nak keep track mana benang utk akak hamun si jantan tunjal nihhhhh
Quote Rotipitadaging 16-10-2025 07:02 PM
Kalau aku jd Dr ni aku angkat kaki je la.tiber betul laki tetibe ceraikan.mentang2 la dah kaya sikit
Quote sarah_ary2 16-10-2025 07:09 PM
Sepupu Nubhan tue lelaki ke perempuan? Yg wife dia ingatkan rumah Nubhan tu rumah sepupu Nubhn
Quote BlackpingU 16-10-2025 07:37 PM
Cehh dah kaya sorok2 harta dari bini... lepas ni sales sambal mak jenny sure jatuh merudum
Quote sukacactus 16-10-2025 07:53 PM
Apa ni? Laki bini kan
Beli rumah kot bkn tukar sport rim nak sembunyi2
Quote Akalditipumata 16-10-2025 08:25 PM
Benarlah.. lelaki diduga time dia ade segalanya ...
Quote lanacondor 16-10-2025 08:25 PM
Dah ada bini baru ke nubhan. Selalu kalau ada rumah lain senyap2 ni maksud ada bini lagi satu dduk rumah tu
Quote brainbiru 16-10-2025 09:28 PM
Menurut keterangan di mahkamah, Nubhan mempunyai sebuah rumah di Southville, Dengkil, Selangor yang terletak dalam mukim Sepang, sekali gus memberi bidang kuasa kepada Mahkamah Syariah Sepang untuk mendengar kes berkenaan.Bagaimanapun, difahamkan Dr Afifah tidak mengetahui tentang kewujudan rumah tersebut kerana menyangka ia merupakan rumah milik sepupu suaminya.

Malah, Dr Afifah juga mengesahkan tidak pernah menjejakkan kaki ke kediaman itu sepanjang tempoh perkahwinan mereka

Okay.
Quote brainbiru 16-10-2025 09:29 PM
2015 kawen
2017 cerai kali pertama, tp rujuk balik.
Maksudnya 2 tahun lps kawen dah bercerai.
Quote TravellingBear 16-10-2025 09:39 PM
sarah_ary2 replied at 16-10-2025 07:09 PM
Sepupu Nubhan tue lelaki ke perempuan? Yg wife dia ingatkan rumah Nubhan tu rumah sepupu Nubhn

Sepupu angkat ke #tanyajer
Quote sleepandream 16-10-2025 10:32 PM
beli rumah prepare untuk jadi duda ke... huhu
Quote sarah_ary2 16-10-2025 10:45 PM
TravellingBear replied at 16-10-2025 09:39 PM
Sepupu angkat ke  #tanyajer

kan? sepupu angkat or adik angkat?
Quote KamikuP 17-10-2025 09:18 AM
HAbis le merudum le ko Nubhan oii ... betoi ke masa live ko tengking2 bini ko? Jatuh maruah bini diperlakukan sedemikian demi secebis like dan viewss.. chooooiii
Quote MakcikTermenong 17-10-2025 11:20 AM
Dari dulu tapenah berkenan tgk mamat berwajah poyo nih tapi biasalah khennnnnn..netijen kan memuja2 gak dia nih sebab sangat2 lah baeeeeeeekkk dengan omak eh...udah kaya, begitulah penghujung nyaaaaaa....
Quote Akalditipumata 17-10-2025 02:35 PM
Sepupunya laki ke popuannn?
Quote Purplehaz 17-10-2025 05:50 PM
Tgok news dulu dpt klinik Gigi hadiah surprise dari nuhban kan.
Tapi dasyat juga beli harta rumah mewah senyap2 ni. Sebab apa
Quote jargon 17-10-2025 08:15 PM
Entah..terpaling negeri sembilan selain tok hattan,jabil..tp dia ni la terpaling sekali negeri sembilannyaaa wlpun job lg dua retis tu lg lebat dr nubis ni
Quote AWEKSAMURAI 18-10-2025 03:30 PM
BlackpingU replied at 16-10-2025 07:37 PM
Cehh dah kaya sorok2 harta dari bini... lepas ni sales sambal mak jenny sure jatuh merudum

Dh otw weh .. aku tgok tr video sambal dgn mak jenny ramai org nk boikot dh ahhaha org dh x suka sekali mak jenny sekali
Quote AbukRokok 18-10-2025 03:50 PM
mesti meroyan 2 golongan ni

1. die hard fan nuhan
2. persatuan lelaki anti perempuan

Lihat semua komen(24)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-11-2025 04:01 PM GMT+8 , Processed in 0.051926 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top