|
DUA daripada empat pelajar lelaki yang dipercayai terbabit dalam kejadian rogol pelajar Tingkatan Tiga serta merakam perbuatan itu menggunakan dihadapkan ke Mahkamah Kanak-kanak, Melaka pada Khamis. Kedua-dua remaja berusia 17 tahun yang juga calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) itu didakwa di hadapan Majistret Dr Teoh Shu Yee atas tiga pertuduhan membabitkan kes rogol secara berkumpulan, persetubuhan bertentangan aturan tabii dan amang seksual fizikal. Memetik laporan Sinar Harian, seorang daripada mereka mengaku bersalah terhadap semua pertuduhan manakala rakannya mengaku tidak bersalah dan mohon dibicarakan. Berikut kesalahan mengikut pertuduhan: Pertuduhan pertama - Rogol secara berkumpulan Didakwa melakukan rogol terhadap seorang pelajar perempuan berusia 15 tahun lapan bulan di sebuah kelas Tingkatan Tiga.
Kesalahan di bawah Seksyen 375B Kanun Keseksaan itu membawa hukuman penjara antara 10 hingga 30 tahun, jika sabit kesalahan. Pertuduhan kedua - Persetubuhan bertentangan aturan tabii Didakwa melakukan perbuatan terhadap mangsa sama. Kesalahan di bawah Seksyen 377B Kanun Keseksaan, memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun serta sebatan, jika disabitkan. Pertuduhan ketiga - Amang seksual fizikal Didakwa memegang payudara mangsa. Semua kesalahan itu didakwa dilakukan dalam sebuah kelas di sebuah sekolah menengah di Alor Gajah, sekitar pukul 2.50 petang pada 30 September lalu. Pendakwaan dikendalikan Pengarah Pendakwaan Negeri, Datuk Ahmad Sazali Omar, yang memohon hukuman setimpal dan mencadangkan jaminan RM20,000 bagi setiap pertuduhan terhadap setiap tertuduh. Peguam Chua Yong Yi yang mewakili tertuduh pertama memohon jaminan rendah atas faktor pembedahan Sinus selain menghidap penyakit angin pasang. Manakala peguam Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan (YBGK) bagi tertuduh kedua turut memohon jaminan lebih rendah dan menyatakan kesediaan anak guam mematuhi syarat mahkamah. Majistret Dr Shu Yee kemudian membenarkan setiap tertuduh diikat jamin RM7,000 keseluruhan serta menetapkan 26 November depan bagi serahan dokumen dan laporan akhlak sebelum hukuman dijatuhkan. mStar pada Sabtu melaporkan empat pelajar lelaki yang bakal menduduki peperiksaan SPM pada November ini direman enam hari selepas disyaki merogol pelajar perempuan secara bergilir-gilir di sekolah. Difahamkan kejadian berlaku di dalam sebuah kelas dan turut dirakam menggunakan telefon bimbit oleh dua daripada suspek. Sumber : mStar |

hanamunir replied at 16-10-2025 09:42 PM
kisah plak kau sakit apa..
masa tengah merogol tu, tak ingat sakit..
siap meliwat ea korang, semoga ...
Decaffeinated replied at 17-10-2025 12:38 AM
Kat mana dalam report tu sebut liwat? This is how tokok tambah normally started.
Decaffeinated: Kat mana dalam report tu sebut liwat? This is how tokok tambah normally started.
Prickford replied at 17-10-2025 09:03 AM
Pertuduhan kedua - Persetubuhan bertentangan aturan tabii
Didakwa melakukan perbuatan terhadap man ...
Kitty_catz replied at 17-10-2025 01:25 AM
gengbeng low budget ke apa ni? buat kat sekolah, after skul? aoyoyo karawaleeee
Prickford replied at 17-10-2025 02:04 AM
Kejadian nak dekat pukul 3 petang. Tak sure la sekolah tu 1 sesi atau 2 sesi, sebab kebanyakkan se ...


Kitty_catz replied at 17-10-2025 02:06 AM
rasa satu sesi ni.. sbb mcm bukan pestaim kut.. salu kantoi bila dah masuk 3 ke atas
machiam2 per ...

Prickford replied at 17-10-2025 02:21 AM
dulu2 ada peminat letak surat kat laci bawah meja. dapat bunga masa hari kantin la. idokkk lerrr t ...
Prickford replied at 17-10-2025 10:04 AM
Kejadian nak dekat pukul 3 petang. Tak sure la sekolah tu 1 sesi atau 2 sesi, sebab kebanyakkan se ...
ADVERTISEMENT