CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Lafaz talak pertama ketika saya hamil anak sulung – Isteri Nubhan

16-10-2025 02:01 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 13261| Komen: 255

 


“Saya diceraikan kali pertama ketika hamil anak sulung.”

Demikian pengakuan isteri kepada penyanyi Nubhan, Dr. Afifah Hidayah Ahmad Tawfek ketika ditanya berkenaan talak yang dilafazkan suaminya pada tahun 2017.

Ini susulan wanita yang diwakili peguam syarie, Datuk Akberdin Abdul Kader memohon mahkamah mengesahkan dahulu lafaz cerai kali pertama lapan tahun lalu serta rujuk, sebelum prosiding pengesahan talak kedua pada 26 Ogos lalu disebut.

Diminta mengulas alasan tidak mendaftarkan cerai serta rujuk didakwa ketika masih dalam idah dahulu, kata Afifah, dia menyerahkan urusan terbabit kepada suami.

“Itu (patutnya diuruskan) Nubhan,” katanya yang hadir ke Mahkamah Rendah Syariah Sepang pada pukul 9.40 pagi tadi bagi prosiding pengesahan lafaz cerai difailkan suaminya.

Turut ditemani adik lelaki serta beberapa ibu saudara, Afifah Hidayah juga doktor gigi menyatakan tiada pergaduhan besar berlaku yang membawa kepada talak dilafazkan suami.


“Pada malam itu dia datang ambil di rumah. Makan malam dan berbual macam biasa, tetapi kemudian dalam perjalanan balik rumah suami lafazkan cerai.

“Saya terkejut dan tak sangka akan berlaku lagi perceraian. Saya tak tahu kenapa, mungkin wujud salah faham,” ujarnya.

Mengenai hubungan dengan ibu mentua atau dikenali sebagai Mak Jenny, katanya, dia bertemu wanita terbabit semalam.

“Mak mentua tahu (nak cerai), semalam saya ada jumpa tapi sebelum ini kami tak berhubung secara langsung,” ulasnya.

Terdahulu, selepas 10 tahun mendirikan rumah tangga, penyanyi Nubhan mencetuskan kejutan apabila memfailkan permohonan pengesahan lafaz cerai pada 2 September lalu.

Sentiasa berkongsi kebahagiaan di laman sosial, tindakan secara mengejut Nubhan atau nama sebenarnya, Ahmad Nubhan Ahamad, 39, mengundang pelbagai spekulasi.

Mengakui tidak lagi sebumbung dengan suaminya, Afifah Hidayah, 36, juga sebak ketika mengesahkan kini hanya tinggal di kediaman baharu dengan anak-anak sahaja.

Terdahulu, pasangan terbabit mendirikan rumah tangga pada 29 Ogos 2015 Dan dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Aafiya, 8; Ahmad Aaffan, 6, serta Afzan Nayille yang berusia tiga tahun. 

Sumber:– KOSMO! ONLINE

 

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote dua_chzy 16-10-2025 02:10 PM
Kesian.

Buduh kau Nubhan.
Quote dua_chzy 16-10-2025 02:11 PM
Speku : Nubhan tak straight.

Quote BoongaKertas 16-10-2025 02:24 PM
teringat psl kes video viral heols yg mrh2 wife dia. tho kemudian tu dikatakan as prank, tp bg iols mmg conclude terus tu perangai heols yg sebenar, mcm baran.
Quote BoongaKertas 16-10-2025 02:24 PM
salam takziah doc, insyaallah chuols boleh jumpa yg sekufu dari segala segi dan lebih baik.
Quote lazim 16-10-2025 02:27 PM
Kesian dowh. Punya la seprais rumah besar mewah. Last2 kena duk rmh lain dgn anak2
Quote sukanyanyi 16-10-2025 02:28 PM
BoongaKertas replied at 16-10-2025 02:24 PM
teringat psl kes video viral heols yg mrh2 wife dia. tho kemudian tu dikatakan as prank, tp bg iols  ...

Dah ckp kat tred satu lg tp nk repeat, yeah same..
Quote lazim 16-10-2025 02:29 PM
Lepas ni sapa nk layan konten dia dh. Org suka sebab dia baik dgn mak dan isteri. Kira baik la bini xbkk cerita, kata xde apa sgt. Xkan la tb2 lafaz cerr khens. Patutla bini nubhan ni mcm senang nanges,  rupanya ada le benda tersimpan dlm hati dia
Quote ayu_v6 16-10-2025 02:31 PM
Katanya.. Doc fie ni x tahu yang nubhan ada rumah dkt southville.. dia ingatkan tu rumah sepupu Nubhan.. kesian Doc ni... mungkin dia banyak makan hati sepanjang perkahwinan dgn nubhan
Quote ihy 16-10-2025 02:33 PM
Video prank tunjal kepala tu kan, lepas bini dia tau prank bini nangis tutup muka dgn tangan. Eeehh aku pulak yg sedih, sedu sedan doc tu nangis
Quote ahlam_nabiha 16-10-2025 02:34 PM
Muka bini dia terserlah sgt kesedihan tu..moga baik2 saja utk both of them
Quote Incanto 16-10-2025 02:36 PM
semoga di permudahkan segala urusan doc dan anak anak
Quote prettyuglybabe 16-10-2025 02:44 PM
kalau dah jantan gitu, elok cerai je la..
dari makin lama memendam rasa..
pikir angin dia je..
angin orang dia tak kira..
Quote kikilalapooh 16-10-2025 02:47 PM
Screenshot 2025-10-16 144421.jpg

pengesahan lafaz cerai belum disahkan lagi tapi nubhan dah bagi kenyataan media dia dan isteri berpisah secara baik. kesiannya. sediih kalau jadi wife dia. macam dia taknak berbaik langsung dah. memang nekad nak bercerai.
Quote mamaterrer 16-10-2025 02:47 PM
Xtau la nak ckp apo,TP den ni org nismilan, mmg nmpk nubhan ni jnis kasar sgt..laei 1, den tgk Dio pnyo video prank Tu pn MCm botol2.. Bini eh nmpk takot bona ngn Dio..
Quote awanearisu 16-10-2025 02:51 PM
Apa masalah lelaki begini.
Nak failkan perceraian terdahulu pun culas.
Mengharapkan isteri pula. Yang lafaz tu dah tentulah si suami.
Quote awanearisu 16-10-2025 02:52 PM
Berdasarkan perangai culas failkan perceraian tu pun dah cukup 'red flag' untuk kita.
Buat video, live banyak pula masa.
Quote Purplehaz 16-10-2025 02:54 PM
Tak tahu kenapa diceraikan ?? Takda pergaduhan besar ?? Hemmm
Kalau mcm ni selalu kes suami kuat cemburu, cemburu dlm diam, curiga isteri hubung kekasih lama ?. Ntahler
Kalau dh msg2 dah ada hati kat org lain, simpan pendam mcmanapun ttp meletup satu hari nnti.
Quote piahsemah 16-10-2025 03:44 PM
ayu_v6 replied at 16-10-2025 02:31 PM
Katanya.. Doc fie ni x tahu yang nubhan ada rumah dkt southville.. dia ingatkan tu rumah sepupu Nubh ...

Baca kat mana uols

Mcm mana last2 dr fie tahu pasal rumah tu
Quote LaskarHijayu 16-10-2025 03:47 PM
lazim replied at 16-10-2025 02:27 PM
Kesian dowh. Punya la seprais rumah besar mewah. Last2 kena duk rmh lain dgn anak2

So sapa yg duduk rumah besar mewah tu?

Lihat semua komen(255)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

13-11-2025 11:17 PM GMT+8 , Processed in 0.059517 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top