|
Pelakon Fattah Amin menyifatkan isterinya iaitu Amira Othman seorang isteri syurga serta sentiasa mengutamakan dirinya sebagai suami. Menerusi video dikongsikan pereka fesyen, Fizi Woo, Fattah berkata Amira akan mendahulukan dirinya dalam apa saja perkara serta akan bertanyakan pendapat dan meminta izin daripadanya. “Dia (Amira) selalu utamakan suami dia. Dalam apa pun, dia akan dahulukan saya. Dia akan tanya pendapat saya, tanya izin saya dan ambil tahu apa yang saya suka. Itu buat saya rasa dia istimewa. Dia isteri syurga,” katanya. Sabtu lalu, majlis resepsi pasangan itu diadakan penuh meriah di Johor Bahru bertemakan tradisional Melayu. Terdahulu, Fattah dan Amira sah bergelar suami isteri pada 14 September 2025 di Golden Palm Tree Resort, Sepang.
Sumber: Rotikaya |






noor2 replied at 15-10-2025 04:59 PM
Fatah mcm bersyukur sgt dapat AO...nampak mcm happy bukan dibuat2





BlackpingU replied at 15-10-2025 05:34 PM
Dah kau memang idaman bini kau kenalah dia utamakan kau...bak kata adik ipar kau...."kami sekeluarga ...
macamana family muslimah ckp mcm tu?tak takut benda tu kena kat family mereka ke?
ADVERTISEMENT