|
KUALA LUMPUR – Mahkamah Sesyen di sini hari ini diberitahu, bekas Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng tidak telus dalam melaksanakan projek terowong dasar laut secara tender terbuka di negeri itu sejak dari awal. Pegawai Penyiasat yang juga Penguasa Kanan Bahagian Siasatan Cawangan Ibu Pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Zulhilmi Ramli berkata, ini kerana Guan Eng secara terus memberikan projek tersebut kepada syarikat Beijing Urban Contruction Group (BUCG). “Siasatan saya menunjukkan orang kena tuduh (OKT) dari awal lagi tidak telus dalam memberikan projek ini kepada syarikat BUCG. Hasil siasatan saya pada peringkat ini menunjukkan keputusan OKT untuk melantik syarikat BUCG bagi menjalankan projek ini dilakukan secara terburu-buru dan mempunyai kepentingan peribadi,” kata saksi pendakwaan ke-38 itu. Menurut beliau, pada 17 Mac 2011, Kerajaan NegeriPulau Pinang telah menandatangani perjanjian persefahaman (MoU) dengan BUCG yang bertujuan untuk menyelesaikan masalah trafik di Pulau Pinang yang mana MoU itu dibuat selepas perjumpaan antara Pengarah Consortium Zenith Construction Sdn. Bhd. (CZCSB) Datuk Zarul Ahmad Mohd. Zulkifli, 66, dengan Guan Eng sekitar bulan Mac 2011.
Kata saksi itu, berdasarkan siasatannya, MOU antara kerajaan negeri dengan BUCG itu adalah sebagai satu bentuk ‘direct award kepada BUCG untuk terlibat dalam projek yang akan dijalankan di Pulau Pinang. Selain MOU pertama yang dibuat pada 17 Mac, saksi itu turut mendakwa terdapat satu lagi MOU yang mana ia dibuat pada 28 April tahun yang sama di mana tertuduh telah menandatangani MOU terbabit “Kandungan MOU juga menyatakan syarikat BUCG adalah dijemput untuk membuat kertas cadangan untuk kerja-kerja pembinaan jalan yang dianggarkan kos RM10 billion. Terdapat gambar yang telah diambil ketika majlis tandatangan MoU ini berlansung,” kata saksi itu lagi. Pernyataan lanjut saksi turut mengatakan, berdasarkan kepada keterangan yang beliau perolehi semasa siasatan, pada sekitar awal Mac 2011, Zarul Ahmad telah berjumpa dengan tertuduh di sebuah restoran di Jalan Ampang yang kemudian Zarul Ahmad menghantar tertuduh ke sebuah hotel di Mid Valley. “Dalam perjalanan pulang sekitar pukul 12 tengah malam, tertuduh mencadangkan kepada Zarul Ahmad untuk mengaturkan satu MOU antara BUCG dengan Kerajaan Pulau Pinang. Sekiranya Zarul Ahmad dapat melaksanakan majlis MOU itu, projek terowong akan diberikan kepada Zarul Ahmad secara ‘direct nego’. “Selepas menyatakan sedemikian, tertuduh telah meminta 10 peratus daripada keuntungan projek dari Zarul Ahmad dan beliau (Zarul Ahmad) telah bersetuju dengan permintaan tertuduh untuk memberikan 10 peratus daripada keuntungan projek,” kata saksi itu lagi yan turut menyatakan projek tersebut hanyalah satu perkara untuk mengaburi mata masyarakat dan ini lebih berbentuk ‘land scam’. Sementara itu dalam prosiding sama, pihak pembelaan Guan Eng memohon mahkamah menggugurkan beberapa perenggan yang didakwa lebih kepada pendapat saksi semata-mata dan bukan fakta. Perbicaraan di hadapan Hakim Azura Alwi bersambung lagi esok. Mengikut pertuduhan pindaan pertama, Guan Eng didakwa sebagai Ketua Menteri Pulau Pinang ketika itu menggunakan kedudukannya untuk menerima suapan wang berjumlah RM3.3 juta. Ia dengan membantu syarikat milik Zarul Ahmad bagi dilantik melaksanakan Projek Pembinaan Jalan Utama dan Terowong di Pulau Pinang bernilai RM6.34 juta antara Januari 2011 hingga Ogos 2017, di Pejabat Ketua Menteri Pulau Pinang. Bagi pertuduhan pindaan kedua pula, Guan Eng didakwa meminta suapan 10 peratus daripada keuntungan akan diperoleh daripada Zarul Ahmad sebagai upah, bagi membantu syarikat milik ahli perniagaan itu dilantik untuk projek sama. Kesalahan berkenaan didakwa dilakukan berhampiran sebuah hotel, Lingkaran Syed Putra, Mid Valley City di sini antara pukul 12.30 tengah malam hingga pukul 2 pagi pada Mac 2011. Selain itu, beliau turut berdepan dengan dua pertuduhan menyebabkan dua lot tanah milik Kerajaan Pulau Pinang bernilai RM208.8 juta, dilupuskan kepada syarikat pemaju berkaitan projek terowong dasar laut di negeri itu. Ahli Parlimen Bagan itu didakwa melakukan kesalahan berkenaan di Pejabat Tanah dan Galian Negeri Pulau Pinang, di Bangunan Komtar pada 17 Februari 2015 dan 22 Mac 2017. Sumber – KOSMO! ONLINE |
Itzy: Siapa yg dok percaya phdapig ni takde rasuah apa semua ni memamg BODOH dan mudah kena manipulasi/ditipu/dicuci otak. Bekas pak cik aku dulu kerja bawa ...
ADVERTISEMENT