CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Bekas Presiden Perancis,Nicolas Sarkozy dijadual jalani hukuman penjara 21 Okt

14-10-2025 04:07 PM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 280| Komen: 1

 


PARIS: Bekas Presiden Perancis, Nicolas Sarkozy, dijadual mula menjalani hukuman penjara pada 21 Oktober ini di sebuah penjara di Paris.

Menurut sumber yang dipetik AFP, Sarkozy, 70 tahun, akan menjadi bekas ketua negara Kesatuan Eropah pertama dan pemimpin pascaperang Perancis pertama yang dipenjarakan, selepas dijatuhi hukuman lima tahun penjara oleh mahkamah bulan lalu.

Ia atas kesalahan konspirasi jenayah.

Menurut sumber, beliau akan ditempatkan di Penjara La Santé di Paris, dengan kawalan keselamatan tambahan dijangka dilaksanakan bagi menjamin keselamatannya.

Sarkozy berkemungkinan akan diletakkan di unit khas bagi banduan berisiko tinggi atau di dalam sel pengasingan.

Sarkozy, yang memimpin Perancis dari tahun 2007 hingga 2012, disabitkan bersalah pada akhir September lalu, berhubung skim pembiayaan tidak sah melibatkan bekas diktator Libya, Moamer Kadhafi, yang dikatakan membantu membiayai kempen pilihan raya presidennya pada 2007.


Sarkozy menafikan semua tuduhan itu dan telah memfailkan rayuan.

Perbicaraan baharu dijangka berlangsung dalam beberapa bulan akan datang, dengan Mahkamah Rayuan Paris mempunyai tempoh sehingga 18 bulan untuk menjadualkan perbicaraan itu. – AFP

Sumber  – Buletin TV3

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Inigo-Montoya 15-10-2025 05:07 PM
meanwhile trump seru ampun kan setanhayu semua kes rasuahnya

Lihat semua komen(1)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

13-11-2025 09:32 AM GMT+8 , Processed in 0.030521 second(s), 16 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top